NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN 9 ( BM PEMAHAMAN)-BY CIKGU SYAFIQ
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
tajam
kasar
kesat
tumpul
Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
jernih
hitam
kotor
bersih
Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.
baik
cergas
nyaman
indah
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan
air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
sombong
senang
ramah
kasar
Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.
kegelapan
kedinginan
kemalapan
kepanasan
Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.
lengang
senyap
muram
suram
Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Seri Kelebang.
luas
sempit
senang
besar
Tapak tangan Pak Asyraf _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.
menggelupas
menggerutu
melecur
melecet
Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.
kesat
telap
telus
kalis
Pak Izwan begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .
terkilan
runsing
murung
sengsara
Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .
pelik
gawat
runsing
rencam
Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.
pantas
laju
cepat
deras
Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.
baru
antik
retak
runtuh
Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________ .
hapak
tengik
haring
hamis
Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.
pilu
gusar
geram
marah
Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.
kelajuan
kehebatan
keberanian
kelalaian
Pemerintah negara itu sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya.
baik
keras
kejam
waras
Anak Encik Ahnaf yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan komputer.
geliga
cekap
petah
fasih
Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah.
manis
masam
kelat
pahit
