Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pendidikan Moral Ting 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Yang berikut adalah contoh norma masyarakat kecuali,

a)

memakai pakaian yang sopan dan kemas

b)

menghormati orang yang lebih tua

c)

masuk ke bilik orang lain tanpa mengetuk pintu

d)

beratur apabila membeli makanan di kantin

2.

Yang manakah merupakan kesan pengabaian norma masyarakat.

a)

Hubungan sosial semakin erat

b)

Masyarakat kurang beradab

c)

Masyarakat lebih bertolak ansur

d)

Keharmonian masyarakat meningkat

3.

" Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia", definisi ini merujuk kepada nilai moral ...............

a)

Kejujuran

b)

Rasional`

c)

Hemah tinggi

d)

Harga diri

4.

Ciri-ciri individu yang berkeperibadian mulia adalah seperti yang berikut, kecuali,

a)

Berpegang teguh kepada prinsip moral

b)

bersederhana dari aspek pertuturan

c)

jujur dalam melakukan sesuatu perkara

d)

berfikiran agresif

5.

Yang manakah mengamalkan prinsip keprihatinan?

a)

Cikgu Ali memberi hukuman kepada Teddy kerana dia lambat datang ke sekolah.

b)

Wei Sheng melaporkan kepada guru disiplin apabila dia nampak rakannya cuba ponteng sekolah.

c)

Pei Xuan menderma RM10 kepada mangsa banjir di Jepun.

d)

Chai Lian melapor polis apabila mendapati pekerjanya mencuri barang-barang di kedainya.

6.

Kesan tidak mengambil kira prinsip keadilan dan keprihatinan. Padanan yng manakah tidak tepat?

a)

Keluarga - kebahagian keluarga terjejas

b)

Sosial- keruntuhan akhlak remaja

c)

Negara - keamanan negara terjejas

d)

Ekonomi - ekonomi negara meningkat

7.

Susunkan strategi penyelesaian konflik dengan betul.

I - membuat keputusan dalam pemilihan prinsip

II - mengenal pasti konflik

III - menjustifikasikan kewajaran dalam membuat keputusan

IV - membuat pertimbangan moral

a)

II, IV, I, III

b)

II, IV, III, I

c)

II, I, IV, III

d)

II, III, IV, I

8.

Pilih padanan yang tidak tepat.

a)

Keprihatinan - Polis trafik memberi amaran bersyarat kepada Ali kerana beliau memandu laju untuk menghantar anaknya yang berdemam panas ke hospital.

b)

Keadilan - Wei Chong mencatat nama kawan baiknya kerana lambat datang ke sekolah.

c)

Keprihatinan - Semua pelajar sekolah mesti mematuhi peraturan sekolah.

d)

Keadilan - Hukuman mati dikenakan kepada pengedar dadah

9.

Yang manakah adalah etika penggunaan TMK yang betul.

a)

Wei Liang memuat turun bahan daripada internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

b)

Pei Yan berkongsi maklumat yang belum sahih di Facebooknya.

c)

Meng Tong memberikan kata laluan (password) e-mel kepada kawan baiknya.

d)

Punitha memberikan maklumat peribadi yang betul apabila mendaftar e-mel baru.

10.

Puan Mary merupakan orang kaya yang sering menderma wang kepada rumah anak yatim dan beliau tidak pernah memandang rendah terhadap orang lain. Nilai-nilai moral berikut diamalkan oleh Puan Mary kecuali,

a)

Kasih sayang

b)

Baik hati

c)

Toleransi

d)

Kepercayaan kepada Tuhan