wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fizik T4 : 2.7 - Impuls dan Daya Impuls

Total questions: 12

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Sebiji bola berjisim 1.0 kg ditendang dengan daya 10 N. Jika daya dikenakan dalam masa 0.2 s, berapakah impuls yang dialami oleh bola?

[Petua menjawab : Lihat unit jawapan dan buat pengiraan]

a)

0.8 Ns

b)

2.0 Ns

c)

10.2 Ns

d)

30.0 Ns

2.

Apakah kesan terhadap masa berhenti dan daya impuls apabila dia membengkokkan kakinya semasa mendarat?

a)

Masa berhenti berkurang

Daya impuls berkurang

b)

Masa berhenti berkurang

Daya impuls bertambah

c)

Masa berhenti bertambah

Daya impuls berkurang

d)

Masa berhenti bertambah

Daya impuls bertambah

3.

Satu daya yang besar bertindak pada bola tenis apabila menghentam tali pada sebuah raket disebabkan oleh

a)

bola itu mengalami perubahan jisim apabila menghentam tali raket

b)

perubahan momentum bola berlaku dalam tempoh masa yang panjang

c)

perubahan momentum bola berlaku dalam tempoh masa yang pendek

d)

sedikit udara terlepas keluar dari bola itu apabila menghentam tali raket

4.

Mengapakah budak itu membengkokkan kakinya semasa mendarat?

a)

Untuk memanjangkan masa jatuh ke tanah

b)

Untuk memendekkan masa jatuh ke tanah

c)

Untuk memanjangkan masa hentaman kaki dengan tanah

d)

Untuk memendekkan masa hentaman kaki dengan tanah

5.

Apakah fungsi beg udara yang dipasang di dalam kereta?

a)

Untuk menambah masa hentaman

b)

Untuk mengurangkan momentum

c)

Untuk menambah daya impuls

d)

Untuk menambah geseran

6.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan mengapa telur itu tidak pecah?

a)

Kedua-dua kain dan kulit telur dibuat dari bahan yang lembut

b)

Telur itu mempunyai momentum yang boleh diabaikan

c)

Kain itu memanjangkan masa perlanggaran maka daya impuls dikurangkan

d)

Kain itu memendekkan masa perlanggaran maka daya impuls dikurangkan

7.

Zon remuk pada kereta direka untuk

a)

Mengurangkan inersia

b)

Mengurangkan momentum

c)

Mengurangkan masa hentaman

d)

Mengurangkan daya impuls

8.

Mengapakah penting untuk memakai tali keledar apabila menaiki kereta?

a)

Untuk menambahkan impuls sewaktu kemalangan

b)

Untuk menambahkan kesan inersia sewaktu kemalangan

c)

Untuk menambahkan masa tindakbalas sewaktu kemalangan

d)

Untuk menambahkan daya impuls sewaktu kemalangan

9.

Yang manakah antara berikut memerlukan daya impuls yang tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

Satu daya yang besar bertindak pada muka pemain itu sebab

a)

Bola itu mengalami perubahan jisim apabila apabila menghentam muka pemain

b)

Perubahan momentum bola berlaku dalam tempoh masa yang pendek

c)

Perubahan momentum bola berlaku dalam tempoh masa yang panjang

d)

Sedikit udara terlepas keluar dari bola itu apabila menghentam muka pemain

11.

Dua biji telur serupa dijatuhkan dari ketinggian yang sama, h, ke atas lantai dan span masing-masing. Inferens manakah yang betul?

a)

Daya impuls bergantung kepada halaju telur

b)

Daya impuls bergantung kepada masa hentaman

c)

Daya impuls bergantung kepada daya gravity

d)

Daya impuls bergantung kepada ketinggian telur

12.

Antara pernyataan berikut yang manakah benar tentang daya impuls?

a)

Daya impuls ialah perubahan momentum

b)

Daya impuls berkadar songsang dengan masa perlanggaran

c)

Daya impuls merujuk kepada daya yang disebabkan tarikan gravitI

d)

Daya impuls boleh ditingkatkan dengan meningkatkan masa perlanggaran