wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sport science kssm

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Definisi sains sukan yang paling tepat ialah

a)

Kajian yang sistematik membabitkan sains dalam sukan

b)

Kajian yang membabitkan aplikasi-aplikasi sains dalam sukan

c)

Satu cabang kajian saintifik tentang perlakuan atlit dalam sukan

d)

Satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan pengaruh sukan kepada atlit

2.

Sains Sukan adalah penting dari aspek prestasi sukan, kesihatan, rekreasi, ekonomi dan kejayaan. Kenyataan yang manakah BENAR tentang kepentingan mempelajari sains sukan dari aspek prestasi sukan?

a)

Mewujudkan peluang kerjaya dalam bidang sukan.

b)

Memberi peluang kepada penyertaan yang maksimum

c)

Membantu atlit dan jurulatih dalam peningkatan prestasi.

d)

Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menyeluruh.

3.

“Konsep kalah dan menang adalah lumrah kehidupan”


Apakah yang perlu dilakukan oleh atlet sekiranya berlaku kekalahan?

a)

Atlet perlu meneruskan usaha untuk melakukan perubahan dalam teknik latihan bagi mencapai kejayaan

b)

Atlet perlu meneruskan latihan bersendirian apabila sudah tamat pengajian untuk menghadapi pertandingan.

c)

Penonton hanya memberi sorakan dan galakkan jika pemain atau atlet menang sahaja dalam pertandingan

d)

Majlis Sukan Negara (MSN) tidak masuk campur terhadap persatuan sukan yang menghadapi masalah dalam meneruskan program pembangunan sukan mereka

4.

Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan intergrasi nasional yang merangkumi sukan untuk semua dan juga sukan berprestasi tinggi. Sukan untuk semua juga dikenali sebagai...

a)

Sukan massa

b)

Piala Dunia (FIFA World Cup)

c)

Pertandingan Olimpik

d)

Sukan Komanwel

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem liga satu kumpulan?

a)

Peserta yang kalah masih berpeluang menjadi johan dan hanya tersingkir apabila mengalami kekalahan kali kedua

b)

Peserta atau pasukan yang telah kalah sekali terus terkeluar daripada pertandingan

c)

Dijalankan apabila terdapat antara enam hingga lapan pasukan atau peserta yang mengambil bahagian

d)

Dijalankan apabila terdapat antara tiga hingga lima pasukan atau peserta yang mengambil bahagian

6.

Manakah pernyataan yang TIDAK BENAR mengenai sistem kalah mati?

a)

Masa untuk menyelesaikan pertandingan adalah singkat

b)

Separuh daripada bilangan peserta akan terkeluar apabila tamat pusingan pertama

c)

Kedudukan dalam kumpulan adalah berdasarkan pungutan mata

d)

Pertandingan perlu dicepatkan kerana kekangan masa dan juga kewangan penganjur

7.

Sistem ini berperanan untuk mengawal atur dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon yang dirembeskan ke dalam aliran darah. Sistem ini adalah...

a)

Sistem rangka

b)

Sistem Respiratori

c)

Sistem Endokrin

d)

Sistem Kardiovaskular

8.

Sistem otot amat penting dalam mengekalkan postur badan tubuh badan dan juga menyokong tubuh badan manusia. Di dalam sukan, sistem otot amat penting dalam...

a)

Mengawal dan menyelaraskan aktiviti tubuh

b)

Menghasilkan pergerakan atau lakuan motor

c)

Sistem kawalan tindak balas refleks badan

d)

Melindungi organ-organ penting

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan ligamen?

a)

Sejenis tisu berfiber kenyal yang berfungsi untuk menghubungkan tulang dengan tulang.

b)

Sejenis tisu yang bersifat lembut tetapi kuat, elastik dan tiada salur darah

c)

Sejenis tisu berfiber yang kuat tetapi tidak kenyal

d)

Struktur penting sebagai tempat pertemuan antara dua atau lebih tulang rangka yang berartikulasi

10.

Apakah otot terbesar dalam tubuh badan manusia

a)
b)
c)
d)