wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Hassan ditegur oleh ibunya kerana bersikap __________ walaupun akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

a)

ambil berat

b)

ambil hati

c)

ambil angin

d)

ambil mudah

2.

Wanita itu sangat disayangi oleh ketuanya walaupun dia hanya pandai _______ serta sombong.

a)

berpaling tadah

b)

berpeluk tubuh

c)

bermuka-muka

d)

bertegang urat

3.

Kami masih belum mendapat __________ daripada ayah tentang cadangan untuk berpindah ke bandar.

a)

cakap besar

b)

ganti rugi

c)

bunga wang

d)

kata putus

4.

Firdaus berasa _______apabila sering dipandang rendah oleh kawan-kawannya.

a)

sakit hati

b)

rambang mata

c)

putus akal

d)

rendah diri

5.

Arimah berasa __________kerana tidak cukup tidur malam tadi.

a)

berat mata

b)

buah hati

c)

besar hati

d)

buah mulut

6.

Zainol berasa marah apabila mendapat tahu bahawa _______nya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

a)

harga diri

b)

hati emas

c)

isi hati

d)

buah hati

7.

Para penduduk berasa ________apabila masalah mereka mendapat perhatian daripada wakil rakyat.

a)

besar hati

b)

batu api

c)

isi hati

d)

jalan keluar

8.

Sikap Zulpardi yang ______ itu akhirnya terbongkar apabila dia ditangkap ketika sedang berjudi.

a)

kaki judi

b)

kaki temberang

c)

kaki lima

d)

kaki bangku

9.

Kamaluddin tidak mempunyai ramai kawan kerana dia seorang yang _________.

a)

putih tulang

b)

kutu embun

c)

hidung tinggi

d)

buaya darat

10.

Peniaga yang __________ itu telah kehilangan kebanyakan pelanggannya kerana menjual barangan dengan harga yang mahal.

a)

hutang darah

b)

cakap besar

c)

hutang nyawa

d)

hisap darah

11.

Mak Cik Limah meminta Melor membaca surat yang dikirimkan oleh anaknya itu kerana dia__________.

a)

buta huruf

b)

banyak mulut

c)

hilang akal

d)

batu api

12.

Suraya berasa kecewa kerana mempunyai ketua yang mengamalkan sikap ___________ terhadap pekerjanya.

a)

pilih kasih

b)

putih tulang

c)

panas hati

d)

putih mata