wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Puan Siti ___________________ terhincut-hincut kerana tumit kaki kirinya melecet sebab memakai kasut bertumit tinggi.

a)

berjalan

b)

berlari

c)

merangkak

d)

bertongkat

2.

Amalan menabung dapat mengelakkan daripada bebanan hutan. _______________, kita dapat menggunakan wang tabungan ketika kecemasan.

a)

Kemudian

b)

Di samping itu

c)

Namun begitu

d)

Natijahnya

3.

Suasana ___________ di Stadium Ipoh Perak dengan __________ penonton setelah pasukan negeri Perak berjaya menjaringkan dua gol berturut-turut.

a)

hingar-bingar .... jerit-pekik

b)

riuh-rendah .... sorak -sorai

c)

kelam kabut .... jerih- perih

d)

gilang-gemilang ... gerak-geri

4.

"Perintahkan Laksamana Hang Tuah menghadap __________ sekarang juga," kata Bendahara Tun Perak kepada pengawal.

a)

tuanku

b)

patik

c)

beta

d)

hamba

5.

Para nelayan kelihatan bimbang ________________ melihat di langit gumpalan awan mulai gelap.

a)

apabila

b)

supaya

c)

agar

d)

bahawa

6.

Dia terpaksa ____________ sekeping papan untuk menyeberangi longkang besar itu.

a)

melompat

b)

meniti

c)

memijak

d)

menyeberangi

7.

Samad berasa ________ kerana terpaksa bertarung dengan lawan yang jauh lebih berpengalaman dalam perlawanan badminton peringkat daerah itu.

a)

kecewa

b)

gusar

c)

takut

d)

keliru

8.

Ahmad menjumpai _________ kunci berhampiran dengan ____________ pokok tebu.

a)

sejambak ... serumpun

b)

selonggok ....serumpun

c)

seberkas ... serumpun

d)

segugus ... seberkas

9.

Suriani _______ daripada lamunanya apabila dia disergah dari belakang oleh kawan serumahnya.

a)

terduduk

b)

termangu

c)

tecengang

d)

tersentak

10.

Pemain badminton dari Negara Indonesia itu ________ belaka.

a)

bijak-bijak

b)

hebat-hebat

c)

handal-handal

d)

panda-pandai

11.

Surat pekeliling itu telah ditampalkan _______________ papan kenyataan.

a)

di

b)

pada

c)

atas

d)

kepada

12.

Rombongan __________ dari Korea Selatan telah sampai ke Putrajaya untuk bertemu dengan Perdana Menteri sebelum menyertai Seminar Pelaburan Asean.

a)

usahawan

b)

negarawan

c)

hartawan

d)

seniman

13.

Guru Besar ________ hadiah kepada para pemenang pertandingan mewarna sekolah itu.

a)

menyempurnakan

b)

mempersetujui

c)

menyatakan

d)

menyampaikan

14.

Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam kejadian ini?

a)

dapat

b)

harus

c)

sudah

d)

mesti

15.

Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan ___________ kerana dia mempelajari seni pertahanan bela diri.

a)

lasak

b)

cekap

c)

tangkas

d)

kencang

16.

Kata-kata orang yang ______________ memang sentiasa berubah.

a)

lidah bercabang

b)

banyak mulut

c)

mulut murai

d)

berat mulut

17.

Sikap Sabri ______yang berhati-hati apabila menyelesaikan masalah antara Amin dan Safuan itu _______________ kerana dia tidak mahu menyinggung perasaan mereka.

a)

bagai menghintung bintang di langit

b)

bagai menarik rambut dalam tepung

c)

seperti menatang minyak yang penuh

d)

seperti mencurah air ke daun keladi

18.

Para pengusaha kilang diarahkan supaya melakukan proses pembuangan sisa kilang secara terancang.

Pilih perkataan seerti bagi pembuangan.

a)

pemansuhan

b)

pemusnahan

c)

peralihan

d)

pelupusan

19.

Setelah mendapat gaji yang lumayan, kini Jamal mampu melangsaikan semua pinjamannya.

Perkataan berlawanan bagi melangsaikan ialah

a)

melunaskan

b)

menangguhkan

c)

menghabiskan

d)

membelanjakan

20.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


i Peraturan di sekolah saya memang ketat.

ii Baju kebaya yang dipakai oleh Danila agak ketat.

iii Polis mengawal ketat kedai emas yang dirompak itu.

iv Azam tidak dapat menaiki bas itu kerana terlalu ketat.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

i, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

21.

Telur ayam itu baru ________ pagi tadi.

a)

mengeram

b)

memecah

c)

merekah

d)

menetas

22.

"Siapakah antara _________ yang akan memenangi pertandingan ini?" tanya Zainal kepada Firdaus.

a)

aku

b)

kamu

c)

kalian

d)

mereka

23.

__________ tuan-tuan berikan kerjasama kepada petugas kami.

a)

Sila

b)

Harap

c)

Jemput

d)

Usah

24.

Kakak sedang __________ ketupat di dapur.

a)

menganyam

b)

mengupas

c)

menyirat

d)

menjala

25.

Salmiah jalan __________ kerana kakinya luka terkena kayu ketika hendak menjemur pakaian.

a)

berjinjing

b)

berjengket

c)

berbimbit

d)

berlompat

26.

Haziq seorang murid yang cemerlang. ___________ pihak sekolah menganugerahinya Tokoh murid cemerlang tahun ini.

a)

Sejak itu

b)

Jika begitu

c)

Namun begitu

d)

Lantaran itu

27.

Haziq seorang murid yang cemerlang. ___________ pihak sekolah menganugerahinya Tokoh murid cemerlang tahun ini.

a)

Sejak itu

b)

Jika begitu

c)

Namun begitu

d)

Lantaran itu

28.

Azam datang ___________ apabila dipanggil oleh Guru Besar ke pejabat.

a)

serta-merta

b)

lintang-pukang

c)

mundar-mandir

d)

tunggang-langgang

29.

Pelancong haruslah mematuhi _________ berpakaian ketika melawat ke Masjid Putrajaya.

a)

tatacara

b)

tataetika

c)

tatatertib

d)

tatasusila

30.

Kakak Zahidah berjaya menurunkan berat badannya ___________ kelihatan kurus dan langsing.

a)

sejak

b)

selain

c)

seperti

d)

sehingga

31.

Kakak Zahidah berjaya menurunkan berat badannya ___________ kelihatan kurus dan langsing.

a)

sejak

b)

selain

c)

seperti

d)

sehingga

32.

Pekerja yang mengorek tanah di tapak pembinaan itu menemui dua ________ pasu lama.

a)

biji

b)

butir

c)

buah

d)

timbun

33.

Wajah pelakon yang _____________ telah menjadi tumpuan tetamu pada malam itu.

a)

bagai pinang dibelah dua

b)

bagai bulan penuh purnama

c)

seperti bulan dipagari bintang

d)

seperti cincin dengan permata

34.

Zamani menceritakan kisah itu dengan nada yang sebak


Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

a)

geram

b)

lantang

c)

girang

d)

duka

35.

Pilih ayat yang betul.

a)

Oh, sekarang tahulah dia bahawa tugas itu sangat berat!

b)

Nah, manis sekali anak gadis Pak Enon!

c)

Ah, lagi-lagi itu yang engkau minta!

d)

Aduh, engkau yang bersorak tadi!

36.

Pilih ayat yang betul.

a)

Lambat amat sekali budak itu sampai ke sekolah.

b)

Tingkah laku anak-anak Puan Murni benar baik.

c)

Cantik nian wanita yang duduk di penjuru bilik itu.

d)

Kerja tangannya yang dipamerkan itu agak kemas.

37.

Tok muda telah menceburi bidang ____________ tembaga sejak berusia 15 tahun lagi.

a)

ukiran

b)

berukir

c)

mengukir

d)

pengukiran

38.

Sebaik sahaja sampai di rumah, kakak _______________ badan untuk berehat.

a)

merebahkan

b)

membaringkan

c)

menggulingkan

d)

menumbangkan

39.

________________ di tengah-tengah sawah itu dibuat oleh Pak Samad.

a)

Topi-topi

b)

Baju-baju

c)

Orang-orang

d)

Patung-patung

40.

Terendak itu diperbuat ________________ daun mengkuang.

a)

dari

b)

oleh

c)

dengan

d)

daripada

41.

Dalam majlis itu, Anisah telah memberi _______________ bunga kepada guru kesayanganya.

a)

seikat

b)

setangkai

c)

sejambak

d)

sekuntum

42.

Setiap tahun sebelum menjelangnya hari raya, Fahim akan membantu ayahnya _____________ lemang.

a)

menyalai

b)

memasak

c)

membakar

d)

memanggang

43.

" Saya mempunyai empat orang pekerja. _________ yang membuat kerja-kerja tersebut," kata Encik Razak Ahmad.

a)

Dia

b)

Kita

c)

Kami

d)

Mereka

44.

Nazrul ___________ lembaran kamus itu untuk mencari makna perkataan yang tidak difahaminya.

a)

melihat-lihat

b)

mengkaji-kaji

c)

membelek-belek

d)

memusing-musing

45.

Apa____ yang hendak dibimbangkan, awakkan orang bijak pandai.

a)

jua

b)

lah

c)

tah

d)

pun

46.

Mariamah masih menolak pelawaan itu _________ kami telah mengajaknya berkali-kali.

a)

lalu

b)

malahan

c)

meskipun

d)

ketika

47.

Permainan kasar oleh pasukan bola jaring SK Bandar Laguna Merbok menyebabkan pasukan SK Taman Ria Jaya tidak berpuas hati. ___________, mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan permainan.

a)

Sungguhpun

b)

Sementara

c)

Malahan

d)

Oleh itu

48.

Beberapa orang daripada kumpulan pendaki gunung itu masih dalam perjalanan manakala yang lain telah sampai ke ______________nya.

a)

pangkal

b)

dasar

c)

puncak

d)

hujung

49.

Penternak itu terkejut apabila mendapati ___________ekor lembunya mati .

a)

semua

b)

sebahagian

c)

beberapa

d)

setengah

50.

Hussin ________ sahaja ketika kami membincangkan aktivti perkhemahan itu.

a)

tebal telinga

b)

pasang telinga

c)

ringan mulut

d)

telinga lintah