NEW
Font size
WorksheetsGelombang
Total questions: 30
Worksheet time: 19mins
Rajah 1 menunjukkan satu gelombang.
Laju gelombang itu ialah 4.0 m s-1. Jarak bagi 5 puncak berturutan ialah 8 m. Berapakah frekuensi gelombang itu?
0.4 Hz
0.5 Hz
2.0 Hz
2.5 Hz
Rajah 2 menunjukkan gelombang bunyi yang dihasilkan oleh tala bunyi. Halaju bunyi di udara ialah 340 m s-1.
Berapakah frekuensi bagi gelombang bunyi itu?
204.0 Hz
283.3 Hz
341.2 Hz
408.0 Hz
Alat manakah yang digunakan untuk menunjukkan bahawa cahaya adalah gelombang melintang?
Prisma kaca
Sisip dwicelah
Parutan belauan
Blok palaroid
Rajah 3 menunjukkan sebuah troli diikat pada dua spring yang serupa dan bergetar secara mengufuk. Jika eksperimen itu diulang di Bulan, frekuensi getaran spring
Bertambah
Berkurang
Tidak berubah
Rajah 4 menunjukkan graf sesaran-jarak bagi suatu gelombang melintang.
Berapakah amplitud dan panjang gelombang dalam cm?
a = 6 cm; λ = 1 cm
a = 6 cm; λ = 2 cm
a = 12 cm; λ = 1 cm
a = 12 cm; λ = 2 cm
Rajah 5 menunjukkan bandul ringkas berayun pada frekuensi aslinya. Sudut ayunan ialah ɵ
Sudut ayunan, ɵ kemudiannya ditambah. Kuantiti manakah turut bertambah?
Amplitud
Frekuensi
Tempoh
Panjang gelombang
Kuantiti fizik bagi gelombang yang manakah berubah apabila gelombang itu dipantulkan?
Laju
Frekuensi
Panjang gelombang
Arah perambatan gelombang
Pernyataan manakah betul apabila gelombang air dipantulkan oleh pemantul?
Halaju gelombang air sebelum dan selepas pantulan adalah sama.
Panjang gelombang menjadi lebih panjang selepas pantulan.
Amplitud gelombang air menjadi lebih kecil selepas pantulan.
Rajah 6 menunjukkan suatu tangki riak dengan plat perspeks dan penggetar lurus.
Apabila penggetar itu dihidupkan, corak gelombang manakah yang dilihat pada skrin?
Rajah 7 menunjukkan corak pembiasan bagi gelombang air dari P ke Q.
Pasangan manakah yang betul mengenai ciri-ciri bagi gelombang air dalam Q?
frekuensi lebih tinggi, laju gelombang lebih tinggi
frekuensi lebih tinggi, laju gelombang lebih rendah
frekuensi tidak berubah, laju gelombang lebih tinggi
frekuensi tidak berubah, laju gelombang lebih rendah
Rajah 8 menunjukkan gelombang air merambat dari laut ke pantai.
Ciri-ciri gelombang manakah di tanjung dan di teluk yang betul?
Tanjung: Tenaga disebarkan,
Teluk: Panjang gelombang lebih panjang
Tanjung: Tenaga ditumpukan
Teluk: Panjang gelombang lebih pendek
Tanjung: Panjang gelombang lebih panjang.
Teluk: Tenaga ditumpukan
Tanjung: Panjang gelombang lebih pendek.
Teluk: Tenaga disebarkan
Rajah 9 menunjukkan perambatan gelombang bunyi di udara dari kawasan udara lebih sejuk ke kawasan udara lebih panas.
Perbandingan manakah tentang gelombang itu adalah betul?
Panjang gelombang pada aras atas < aras bawah
Amplitud pada aras atas < aras bawah
Kelajuan pada aras atas > aras bawah
Frekuensi pada aras atas > aras bawah.
Antara kuantiti yang berikut, yang manakah semakin berkurang apabila suatu sistem getaran mengalami pelembapan?
Amplitud
Halaju
Panjang gelombang
Frekuensi
Rajah 10 menunjukkan satu penghalang ombak. Apakah fungsi bukaan di antara penghadang ombak?
Untuk mengurangkan panjang gelombang
Untuk mengurangkan halaju gelombang
Untuk mengurangkan amplitud gelombang
Untuk mengurangkan frekuensi gelombang.
Apakah kuantiti yang berkurang apabila suatu gelombang merambat melalui satu celah?
Laju
Frekuensi
Amplitud
Panjang gelombang
Corak belauan manakah yang betul apabila gelombang melalui satu halangan?
Rajah 11 menunjukkan gelombang air merambat melalui suatu celah yang kecil.
Ciri gelombang terbelau manakah yang betul?
Amplitud berkurang
Panjang gelombang berkurang
Kelajuan berkurang
Frekuensi bertambah.
Rajah 12 menunjukkan corak gelombang di atas permukaan air sejurus selepas seorang lelaki masuk ke dalam kolam.
Corak gelombang air yang terhasil itu adalah disebabkan oleh
Pantulan gelombang
Pembiasan gelombang
Pembelauan gelombang
Inteferens gelombang.
Rajah 13 menunjukkan dua denyutan gelombang yang dihasilkan pada P dan Q.
Bentuk gelombang yang manakah diperhatikan di X?
Rajah 14 menunjukkan corak inteferens yang dihasilkan oleh dua sumber koheren di dalam tangki riak. X, Y dan Z adalah tiga titik yang berada pada corak interferens itu.
Kombinasi yang manakah yang betul?
X: Interferens membina
Z: Interferens memusnah
X: Interferens membina
Y: Interferens memusnah
Z: Interferens membina
X: Interferens memusnah
Z: Interferens membina
Y: Interferens memusnah
Rajah 15 menunjukkan satu corak interferens.
Apakah panjang gelombang bagi gelombang itu?
0.27 cm
0.71 cm
1.88 cm
3.75 cm
Rajah 16 menunjukkan corak interferens terbentuk dalam eksperimen dwicelah Young. Diberi a= 2.0 x 10-2 m, D= 3.0 m, λ = 6.8 x 10-7 m.
Berapakah nilai x ?
4.5 x 10-9 m
1.1 x 10-5 m
1.0 x 10-4 m
6.0 x 10-2 m
Rajah 17.1 dan Rajah 17.2 menunjukkan paparan gelombang terbentuk pada skrin osiloskop sinar katod daripada dua sumber berbeza.
Pasangan amplitud dan frekuensi manakah yang betul untuk menerangkan Rajah 17.2 jika dibandingkan dengan Rajah 17.1?
Amplitud lebih rendah, frekuensi lebih rendah
Amplitud lebih rendah, frekuensi lebih tinggi
Amplitud lebih tinggi, frekuensi lebih tinggi
Amplitud lebih tinggi, frekuensi lebih rendah
Rajah 18 menunjukkan kedudukan penembak dan dinding konkrik apabila penembak melepaskan tembakan.
Apakah sela masa antara bunyi tembakan dengan gemanya yang didengari oleh penembak ?
[ halaju bunyi di udara ialah 330 m s-1]
0.0 s
0.5 s
1.0 s
2.0 s
Rajah 19 menunjukkan suatu spektrum gelombang elektromagnet.
Kuantiti fizik manakah bertambah daripada sinar gama ke gelombang radio?
Tenaga
Frekuensi
Laju gelombang
Panjang gelombang.
Rajah 20 menunjukkan penggunaan gelombang elektromagnet.
Pasangan manakah yang betul tentang ciri-ciri gelombang yang digunakan?
Frekuensi tinggi, panjang gelombang pendek
Frekuensi tinggi, panjang gelombang panjang
Frekuensi rendah, panjang gelombang panjang
Frekuensi rendah, panjang gelombang pendek
Gelombang elektromagnet manakah mempunyai frekuensi paling rendah dan panjang gelombang paling besar?
Gelombang radio
Gelombang mikro
Sinar gama
Sinar ultra ungu.
Sinar ultraungu boleh digunakan untuk
Membunuh sel-sel kanser
Mengesan wang kertas palsu
Menentukan kedalaman lautan
Memeriksa bagasi di lapangan terbang.
Penjelasan manakah yang benar mengenai gelombang elektromagnet?
Gelombang elektromagnet mengalami fenomena pantulan, pembiasan, pembelauan dan interferens.
Gelombang elektromagnet membawa cas
Gelombang elektromagnet merambat dalam vakum dengan laju c = 3 x 107 m s-1.
Gelombang elektromagnet ialah gelombang membujur.
Rajah 26.1 menunjukkan penggunaan termometer dalam mengukur suhu badan bayi.
Rajah 26.2 menunjukkan bagaimana termometer itu digunakan untuk mengesan haba dalam telinga. Pangkal kuar “Probe tip” mengesan sinaran inframerah yang dipancarkan oleh gegendang telinga dan menukarkan sinaran itu dalam bacaan suhu.
Rajah 26.3 menunjukkan spektrum elektromagnet.
Kedudukan manakah yang betul bagi sinaran yang dikesan oleh kuar itu ?
J
K
L
M
