wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SAINS MEN RENDAH SET C

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Affan ingin menyukat 25 ml larutan natrium hidroksida dengan tepat. Radas yang paling sesuai digunakan ialah

a)

A. buret

b)

B. silinder penyukat

c)

C. bikar

d)

D. pipet

2.

Hormon dihasilkan oleh

a)

A. sistem peredaran darah

b)

B. sistem endokrin

c)

C. sistem respirasi

d)

D. sistem perkumuhan

3.

Unsur bukan logam yang manakah wujud sebagai cecair pada suhu bilik?

a)

A. Fosforus

b)

B. Iodin

c)

C. Bromin

d)

D. Klorin

4.

Manakah antara yang berikut tidak membebaskan tenaga haba?

a)

A. Bijih benih yang bercambah

b)

B. Mentol yang menyala

c)

C.Spring keluli yang sedang berayun

d)

D. Mercun yang meletup

5.

Manakah di antara pernyataan-pernyataan berikut tidak benar?

a)

A. Tekanan gas adalah disebabkan oleh perlanggaran zarah-zarah di antara satu sama lain

b)

B. Semakin tinggi sesuatu tempat dari permukaan Bumi, semakin rendah tekanan udara

c)

C. Tekanan gas akan bertambah jika jisim gas di dalam sesuatu bekas dikurangkan

d)

D. Gas yang dimampatkan pada tekanan yang tinggi akan bertukar menjadi cecair

6.

Kambing biri-biri mempunyai bulu yang tebal untuk mengekalkan suhu badannya. Bulu yang tebal boleh

a)

A. memerangkap banyak udara sebagai penebat yang baik

b)

B. memancarkan haba yang berlebihan daripada badannya

c)

C. menyerap haba Matahari yang diterima

d)

D. memantulkan haba Matahari yang diterima

7.

Antara berikut, buah yang tidak dipencarkan dengan cara yang sama dengan yang lain ialah

a)

A. buah saga

b)

B. buah pokok getah

c)

C. buah keembung

d)

D. buah tomato

8.

Salah satu cara untuk menghapuskan nyamuk ialah dengan menyembur minyak ke dalam parit dan longkang. Ini kerana

a)

A. nyamuk dewasa akan mati apabila terkena minyak

b)

B. minyak akan melekat pada kepak nyamuk dan menyebabkannya tidak dapat terbang

c)

C. lapisan minyak di permukaan air mengurangkan kandungan oksigen yang melarut di dalam air

d)

D. lapisan minyak di permukaan air menghalang jentik-jentik nyamuk daripada bernafas

9.

Bima Sakti ialah galaksi yang berbentuk

a)

A. pilin

b)

B. elips

c)

C. lingkaran berpalang

d)

D. tak seragam

10.

Manakah antara buruj berikut tidak termasuk dalam Zodiak?

a)

A. Pisces

b)

B. Leo

c)

C. Belantik

d)

D. Sagittarius