NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN 10 ( BM PEMAHAMAN ) PENGGANDAAN
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
kisi-kisi
orang-orang
tupai-tupai
layang-layang
Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.
riuh-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang
A
B
C
D
Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.
teresak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergelak-gelak
Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.
haru-biru
keluh-kesah
kusut-masai
tunggang-langgang
Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.
ulang-alik
bolak-balik
mundar-mandir
lalu-lalang
Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.
kekuda
sesiku
kekisi
lelabu
Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.
bersaing-saing
berbaris-baris
berluncur-luncur
berderet-deret
Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang mengetahuinya.
lambat-laun
sorok-sorok
senyap-senyap
sayup-sayup
Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedai emas kelmarin.
bertukar-tukar
berbelas-belas
berbalas-balas
berganti-ganti
Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan.
huru-hara
remeh-temeh
kelam-kabut
kacau-bilau
Pendapat pemuda itu telah ditolak __________ oleh majikannya.
mentah-mentah
senang-senang
semua-semua
terus-terus
Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.
terlompat-lompat
tersekat-sekat
terhuyung-hayang
terhincut-hincut
Hal yang __________ tidak sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat tadi.
hangar-bingar
kucar-kacir
dolak-dalik
remeh-temeh
Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan Renjer kerana mereka lebih mengetahui __________ hutan simpan itu.
simpang-siur
selok-belok
lekak-lekuk
hiruk-pikuk
