wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

4.3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MU

Total questions: 23

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah tokoh di atas tidak disenangi oleh orang Melayu?

a)

Menentang demonstrasi yang diadakan oleh orang Melayu

b)

Ugutan bunuh terhadap raja-raja Melayu

c)

Mengancam raja-raja Melayu

d)

Memaksa orang Melayu menerima Malayan Union

2.

Pengisytiharan Malayan Union telah mendapat bantahan daripada raja-raja Melayu.Bagaimanakah bantahan tersebut dilakukan?

a)

Membawa kes ke mahkamah British

b)

Membuat perjanjian dengan British

c)

Meminta bantuan bekas pegawai British

d)

Menghantar surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan London

3.

Apakah peranan akhbar-akhbar seperti Majlis, Warta Negara dalam penubuhan Malayan Union?

a)

Menggalakkan pendidikan agama

b)

Menggalakkan perkembangan ekonomi

c)

Membolehkan bantahan terhadap Malayan Union disuarakan

d)

Membolehkan penggunaan bahasa Inggeris

4.

Kongres Melayu pertama pada 1-3 Mac 1946 telah dihadiri oleh 41 persatuan Melayu dari seluruh Tanah Melayu. Apakah nilai positif yang boleh kita belajar daripada sikap orang Melayu tersebut?

a)

Harga budaya Melayu

b)

Gigih berusaha

c)

Aktif berpersatuan

d)

Bersatu padu

5.

Antara sebab Raja-raja Melayu menentang pelaksanaan pentadbiran Malayan Union adalah

a)

Malayan Union merupakan satu bentuk penjajahan secara mutlak oleh British

b)

Malayan Union merupakan satu bentuk pemerintahan demokratik

c)

Raja-raja Melayu menginginkan bentuk pemerintahan republik

d)

Raja-raja Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik

6.

Cara-cara bantahan terhadap pelaksanaan pentadbiran Malayan Union berikut telah digunakan oleh Raja-raja Melayu KECUALI

a)

Menghantar surat bantahan ke London

b)

Menyokong Kongres Melayu

c)

Bantahan melalui akhbar seperti Majlis dan Utusan Melayu

d)

Memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan Union

7.

Perasmian pembukaan Kongres Melayu yang pertama dilaksanakan oleh

a)

Sultan Johor

b)

Sultan Pahang

c)

Sultan Selangor

d)

Sultan Perak

8.

Bagaimanakah bantahan terhadap Malayan Union dilaksanakan melalui akhbar?

a)

Mengajak orang Melayu berfikir secara rasional

b)

Membongkarkan kegiatan Malayan Union dalam akhbar

c)

Mengutuk Malayan Union kerana merugikan orang Melayu

d)

Sentiasa melaporkan perkembangan berita penentangan orang Melayu terhdap Malayan Union

9.

Perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union telah memaparkan nilai yang perlu dicontohi oleh rakyat pada masa kini. Apakah nilai tersebut?

a)

Semangat juang yang tinggi

b)

Kesabaran yang tinggi

c)

Kerjasama yang padu

d)

Kegigihan yang kuat

10.

Kongres Melayu Mac 1946

Hasil daripada kongres di atas ialah

a)

penubuhan United Malays National Organization

b)

pelaksanaan Malayan Union ditangguhkan

c)

orang Melayu menentang Malayan Union

d)

Malayan Union dibubarkan

11.

Bekas-bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu turut membantah pelaksanaan Malayan Union KECUALI

a)

Rinchard Winstedt

b)

George Maxwell

c)

George Henry Hall

d)

Frank Swettenham

12.

Apakah tujuan penubuhan Kongres Melayu?

a)

Merancang demonstrasi menentang Malayan Union

b)

Menunjukkan kesungguhan orang Melayu menolak Malayan Union

c)

Memberi sumbangan idea bagi menentang Malayan Union

d)

Menghimpunkan pemimpin-pemimpin Melayu bagi membantah Malayan Union

13.

Antara berikut, siapakah tokoh wanita yang terlibat dalam menentang Malayan Union?

a)

Cikgu Ajibah Abol

b)

Cikgu Lily Everwin

c)

Cikgu Zaharah Abdullah

d)

Halimahton Abdul Majid

14.

Tarikh penubuhan Malayan Union ialah pada

a)

1 April 1945

b)

1 April 1946

c)

1 April 1948

d)

1 April 1950

15.

Orang Melayu menganggap hari lahirnya Malayan Union sebagai "Hari Kematian" Bagaimanakah orang Melayu bertindak sebagai tanda berkabung?

a)

Memakai pakaian berwarna hitam

b)

Memakai kain hitam di lengan

c)

Memakai lilitan kain putih di songkok

d)

Memakai pakaian berwarna putih

16.

Pernyataan berikut merupakan menerangkan mengenai Kongres Melayu 1946.


Kongres Melayu 1946, dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu dari seluruh tanah melayu.


Apakah nilai positif yang boleh dicontohi daripada sikap orang melayu tersebut?

a)

Rajin bermesyuarat

b)

Gigih berusaha

c)

Berkeyakinan

d)

Bersatu padu

17.

Pernyataan berikut berkaitan dengan tindakan orang melayu menentang Malayan Union.


Demontrasi menentang Malayan Union telah diadakah di Kota Bharu dan Alor Setar.


Mengapakah demontrasi tersebut berlaku?

a)

Penduduk kehilangan sumber pendapatan

b)

Penduduk dipaksa supaya bayar cukai tanah

c)

Kaum imigran memperoleh kerakyatan Tanah Melayu

d)

Tindakan Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu

18.

Apakah kepentingan peristiwa Kongres Melayu pertama diadakan?

a)

Tunjuk perasaan berlaku

b)

UMNO berjaya ditubuhkan

c)

Malayan Union dipulaukan

d)

Perasaan perkauman dihapuskan

19.

Mengapakah Raja-Raja Melayu membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England?

a)

Menentang prinsip jus soli

b)

Raja-Raja Melayu tidak diberikan kuasa pentadbiran

c)

Tidak puas hati dengan konsep pengasingan kuasa

d)

Cara MacMichael tidak sah dari segi perundangan British

20.

"Jika apa sekalipun terjadi, kami kaum wanita akan turut menggembleng tenaga bersama-sama kaum lelaki bagi mendapat kembali hak-hak kami."

Siapakah yang mengungkapkan kata-kata di atas?

a)

Halimahton Abd Majid

b)

Cikgu Zaharah Abdullah

c)

Saleha Mohd Ali

d)

Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid

21.

Antara berikut merupakan bekas pegawai British yang turut mengkritik keseluruhan rancangan Malayan Union KECUALI

a)

Frank Swettenham

b)

Edward Gent

c)

Cecil Clementi Smith

d)

George Maxwell

22.

ANTARA BERIKUT, MANAKAH BENTUK SOKONGAN YANG DILAKUKAN OLEH SULTAN HISHAMUDIN ALAM SHAH KEPADA KONGRES MELAYU?

a)

MELAKUKAN PERJUMPAAN DI K.KANGSAR

b)

MENDERMA SEBANYAK RM 15 RIBU

c)

MERASMIKAN PEMBUKAAN KONGRES

d)

MELAKUKAN DEMOSTRASI BESAR-BESARAN

23.

BANTAHAN TERHADAP MALAYAN UNION JUGA DSERTAI OLEH PARA CENDIAKAWAN. APAKAH PERANAN UTAMA DIMAINKAN OLEH TOKOH-TOKOH INI?

a)

MENGERAKKAN ORANG MELAYU DENGAN PELBAGAI STRATEGI

b)

MEMASTIKAN ORANG MELAYU TERUS MENYOKONG MU

c)

MENDIDIK ORANG MELAYU UNTUK TERUS TUNDUK DENGAN BRITISH

d)

MELUAHKAN PERASAAN MELALUI PENULISAN