wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN UNIT 3 PENGENALAN MORAL TINGKATAN 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Dalam unit ini, pelajar dapat belajar tentang

i) kepentingan mempelajari moral

ii) cara hidup bermoral dan tidak bermoral

iii) manfaat mempelajari moral dalam kehidupan

iv) kepentingan menjadi insan bermoral

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

i, ii, iii dan iv

2.

Antara berikut yang manakah merupakan nilai yang dipelajari dalam unit ini.

a)

Prihatin

b)

Kasih sayang

c)

Berterima kasih

d)

Kepercayaan kepada Tuhan

3.

Saya sentiasa berfikir dan bertingkah laku selaras nilai-nilai murni yang sepatutnya, pernyataan ini merujuk kepada kepentingan mempelajari moral dalam aspek

a)

Menjadi insan berakhlak mulia

b)

Membentuk perpaduan

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Mengamalkan Integriti

4.

Saya perlu berpegang teguh kepada agama, nilai Dan peraturan ketika bertindak dan bertingkah laku dalam pelbagai situasi, pernyataan ini merupakan kepentingan mempelajari moral dalam aspek

a)

Menjadi insan berakhlak mulia

b)

Membentuk perpaduan

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Mengamalkan Integriti

5.

Saya perlu berganding bahu untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu, pernyataan ini merupakan kepentingan mempelajari moral dalam aspek

a)

Menjadi insan berakhlak mulia

b)

Membentuk perpaduan

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Mengamalkan Integriti

6.

Saya sentiasa bersedia menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni yang diterima oleh semua, pernyataan ini merupakan kepentingan mempelajari moral dalam aspek

a)

Menjadi insan berakhlak mulia

b)

Membentuk perpaduan

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Mengamalkan Integriti

7.

Saya perlu peka dan prihatin serta memainkan peranan dalam usaha mengatasi isu-isu sejagat demi kesejahteraan kehidupan bersama, pernyataan ini merupakan kepentingan mempelajari moral dalam aspek

a)

Mengamalkan kesejahteraan sejagat

b)

Menjadi insan berakhlak mulia

c)

Mempunyai nilai sejagat

d)

Membentuk perpaduan

8.

Berikut merupakan salah satu cara hidup bermoral KECUALI

a)

Bijak menangani stres

b)

Suka membantu

c)

Melepak

d)

Menepati masa

9.

Berikut merupakan salah satu cara hidup tidak bermoral KECUALI

a)

Mencuri

b)

Gangsterisme

c)

Membuli

d)

Berintegriti

10.

Gambar menunjukkan suasana semasa

a)

Sambutan hari jadi

b)

Upacara keagamaan

c)

Majlis perkahwinan

d)

Rumah terbuka

11.

Pergi ke sungai membawa pukat,

Pukat diambil diatas para;

Salam diberi tanda muafakat,

Senyum dan sapa pembuka bicara.

Pantun diatas bermaksud

a)

Sentiasa senyum dan menyapa orang lain.

b)

Sentiasa bersatu padu

12.

Berikut merupakan adab semasa menghadiri rumah terbuka KECUALI

a)

Berpakaian sopan

b)

Menjamu makanan dengan berhemah

c)

Bertegur sapa dengan tuan rumah dan tetamu

d)

Membawa balik makanan dari rumah terbuka

13.

Berikut bukan tujuan mengadakan rumah terbuka KECUALI

a)

Mendapat populariti

b)

Menunjuk-nunjuk kemewahan

c)

Mengeratkan silaturahim

d)

Membazirkan makanan

14.

Boros, berbohong dan berjudi merupakan cara hidup bermoral

a)

Betul

b)

Salah

15.

Bertoleransi, amanah dan berintegriti merupakan cara hidup tidak bermoral

a)

Betul

b)

Salah