WorksheetsSAINS TAHUN 5 CAHAYA
Total questions: 27
Worksheet time: 22mins
Rajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan menggunakan susunan radas seperti di bawah. Didapati cahaya lilin boleh dilihat melaui lubang C. Apakah yang dapat dibuktikan melalui penyiasatan ini?
cahaya bergerak lurus
cahaya boleh dibiaskan
cahaya boleh dipantulkan
Apabila kadbod C dialihkan ke tepi, cahaya lilin tidak dapat dilihat melaui lubang C. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penyiasatan ini?
cahaya bergerak lurus
cahaya boleh dibiaskan
cahaya boleh dipantulkan
Rajah di bawah menunjukkan bayang-bayang sekuntum bunga yang terbentuk di skrin. Bagaimanakah bayang-bayang ini terbentuk?
cahaya boleh dipantulkan
cahaya boleh menembusi objek legap
cahaya tidak boleh menembusi objek legap untuk membentuk bayang-bayang
cahaya boleh menembusi objek legap untuk membentuk bayang-bayang
Bagaimanakah cara untuk menambahkan saiz bayang-bayang bunga seperti rajah di bawah?
menambahkan jarak antara objek dengan sumber cahaya
mengurangkan jarak antara objek dengan sumber cahaya
mengurangkan jarak antara objek dengan skrin
menambah saiz lampu suluh
Rajah di bawah menunjukkan saiz bayang-bayang yang terhasil apabila objek berada di kedudukan Y. Ramalkan kedudukan objek untuk menghasilkan saiz bayang-bayang yang lebih besar?
X
Y
Z
Satu penyiasatan telah dijalankan untuk mengkaji saiz bayang-bayang yang terhasil apabila objek diletak dengan jarak yang berbeza dari skrin. Hasil penyiasatan adalah seperti dalam jadual di bawah.
Apakah pembolehubah yang dimanipulasikan dalam penyiasatan di atas?
saiz bayang-bayang
bentuk bayang-bayang
jarak objek dengan skrin
jarak objek dengan sumber cahaya
Satu penyiasatan telah dijalankan untuk mengkaji saiz bayang-bayang yang terhasil apabila objek diletak dengan jarak yang berbeza dari skrin. Hasil penyiasatan adalah seperti dalam jadual di bawah.
Apakah pembolehubah yang bergerakbalas?
saiz bayang-bayang
bentuk bayang-bayang
jarak objek dengan skrin
jarak objek dengan sumber cahaya
Satu penyiasatan telah dijalankan untuk mengkaji saiz bayang-bayang yang terhasil apabila objek diletak dengan jarak yang berbeza dari skrin. Hasil penyiasatan adalah seperti dalam jadual di bawah.
Apakah kesimpulan yang dapat dinyatakan berdasarkan penyiasatan di atas?
semakin bertambah jarak objek dengan skrin, semakin berkurang saiz bayang-bayang
semakin bertambah jarak objek dengan skrin, semakin bertambah saiz bayang-bayang
semakin bertambah saiz bayang-bayang, semakin bertambah jarak objek dengan skrin
semakin bertambah saiz bayang-bayang, semakin berkurang jarak objek dengan skrin
Satu penyiasatan telah dijalankan untuk mengkaji saiz bayang-bayang yang terhasil apabila objek diletak dengan jarak yang berbeza dari skrin. Hasil penyiasatan adalah seperti dalam jadual di bawah.
Ramalkan saiz bayang-bayang jika jarak antara objek dengan skrin adalah 40cm?
kecil
lebih kecil
besar
lebih besar
Pilih penyataan yang betul berdasarkan rajah di bawah.
Saiz bayang-bayang bertambah besar jika objek digerakkan pada jarak 25cm daripada lampu suluh
Saiz bayang-bayang bertambah besar jika objek digerakkan pada jarak 20cm daripada lampu suluh
Saiz bayang-bayang bertambah besar jika objek digerakkan pada jarak 15cm daripada lampu suluh
Saiz bayang-bayang bertambah besar jika objek digerakkan pada jarak 5cm daripada lampu suluh
Maklumat di bawah menunjukkan satu keputusan ujikaji yang dijalankan mengenai pembentukan bayang-bayang. Dua objek digunakan iaitu gelas kaca dan bongkah kayu. Di akhir ujikaji didapati bahawa apabila lampu suluh disuluh pada gelas kaca, tiada bayang-bayang terbentuk manakala bongkah kayu pula menghasilkan bayang-bayang. Apakah yang dapat dibuktikan dalam ujikaji ini?
cahaya boleh dibiaskan
cahaya boleh dipantulkan
cahaya tidak boleh menembusi objek legap
Apakah yang akan berlaku apabila objek didekatkan dengan skrin?
bayang-bayang akan hilang
saiz bayang-bayang akan mengecil
saiz bayang-bayang kekal sama
saiz bayang-bayang kekal sama
Rajah menunjukkan satu penyiasatan. Saiz bayang-bayang yang terbentuk apabila gunting berada di kedudukan Y adalah 4cm. Ramalkan berapa saiz bayang-bayang yang terbentuk jika gunting berada di kedudukan Z?
2cm
4cm
6cm
8cm
Rajah menunjukkan satu sifat cahaya. Alat yang manakah berfungsi berdasarkan sifat cahaya yang ditunjukkan di bawah?
Rajah menunjukkan sebuah periskop daripada sebuah kapal selam. Apakah sifat cahaya yang membolehkan alat tersebut berfungsi?
cahaya boleh dibiaskan
cahaya boleh dipantulkan
cahaya bergerak lurus
cahaya boleh melalui objek tertentu
Rajah di bawah menunjukkan seekor kucing sedang duduk dihadapan sebuah cermin. Mengapakah imej kucing terbentuk dalam cermin?
cahaya boleh dibiaskan
cahaya boleh dipantulkan
cahaya bergerak lurus
cahaya tidak boleh menembusi objek legap
Rajah di bawah menunjukkan lakaran sebuah periskop ringkas yang dibina oleh Ali. Apakah yang akan berlaku jika cermin bahagian atas pecah dan digantikan dengan sekeping kayu keras?
objek boleh dilihat
objek boleh dilihat tetapi kurang jelas
objek tidak boleh dilihat langsung
objek dapat dilihat dengan jelas
Rajah menunjukkan sejambak bunga dalam pasu kaca jernih. Batang pokok bunga kelihatan bengkok. Mengapakah batang pokok bunga itu kelihatan bengkok?
berlakunya pantulan cahaya
berlakunya pembiasan cahaya
berlakunya penyerapan cahaya
berlakunya pembebasan cahaya
Apakah yang menyebabkan berlakunya pembiasan cahaya?
apabila cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang lain
apabila cahaya bergerak melalui satu medium sahaja
apabila cahaya bergerak dari tempat cerah ke tempat gelap
apabila cahaya bergerak dari tempat panas ke tempat sejuk
Rajah menunjukkan sebatang pensil dalam segelas air. Apakah kesimpulan tentang penyiasatan ini?
air merupakan bahan legap
cahaya boleh dipantulkan
pensil kelihatan bengkok
cahaya boleh dibiaskan
Ali membela dua ekor ikan emas di dalam sebuah balang kaca. Dia mengeluarkan seekor ikan emas untuk di masukkan ke dalam balang lain. Dia mendapati bahawa ikan emasnya lebih kecil berbanding semasa berada di dalam balang. Mengapakah perkara ini berlaku?
cahaya bergerak lurus
cahaya boleh dipantulkan
cahaya tidak boleh menembusi objek legap
cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang berlainan
Mengapakah kerajang aluminium kelihatan berkilat apabila diletakkan di bawah cahaya matahari?
kerajang aluminium menyerap cahaya
kerajang aluminium memantulkan cahaya
kerajang aluminium membiaskan cahaya
kerajang aluminium mengeluarkan cahaya
Rajah menunjukkan satu alat yang menggunakan prinsip pantulan cahaya. Mengapakah alat ini diletakkan di kawasan lereng bukit?
untuk memerhati kelajuan kenderaan
untuk mencantikkan alam sekitar
untuk melihat kenderaan di bahagian belakang
untuk melihat kenderaan yang datang dari arah bertentangan
Satu penyiasatan telah dijalankan oleh sekumpulan murid. Mengapakah cahaya boleh terkena pada mata?
cahaya bergerak lurus
cahaya boleh melalui cermin
cahaya dibiaskan oleh cermin
cahaya dipantulkan oleh cermin
Peralatan yang manakah dicipta berdasarkan prinsip cahaya seperti di atas?
Amir menjalankan satu penyiasatan. Dia menggulungkan sekeping kertas. Dia melihat cahaya lilin melalui gulungan kertas tersebut dan dia boleh melihat cahaya lilin melalui gulungan kertas itu. Apabila dia membengkokkan gulungan kertas itu, cahaya lilin tidak dapat dilihat. Mengapa?
cahaya bergerak lurus
cahaya boleh dibiaskan
cahaya boleh dipantulkan
Satu penyiasatan seperti di atas dijalankan untuk mengkaji perubahan bentuk bayang-bayang yang terhasil. Apakah faktor perubahan bentuk bayang-bayang berdasarkan rajah di atas?
kedudukan sumber cahaya
orientasi objek
jarak objek dari sumber cahaya
jarak objek dari skrin
