wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI TINGKATAN 2 (BAB 4)-CIKGU HANI

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah ciri utama iklim Khatulistiwa?

a)

Suhu tinggi dan sekata

b)

Julat suhu tahunan besar

c)

Hujan turun sepanjang tahun

d)

Mengalami musim yang kering dan nyata

2.

Yang manakah antara berikut menerangkan ciri-ciri hujan di Malaysia?

a)

Jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah kira-kira 2600 mm setahun.

b)

Taburan hujan adalah sekata.

c)

Hujan maksimum berlaku semasa peralihan monsun iaitu pada bulan April dan Oktober.

d)

Negara kita menerima hujan pada pertengahan tahun sahaja.

3.

Dua jenis hujan di Malaysia ialah .........................

a)

Hujan batu

b)

Hujan panas

c)

Hujan bukit

d)

Hujan perolakan

4.

*Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari.

*Air tersejat dan membentuk wap air.

*Udara panas dan wap air naik ke atmosfera.

*Awan kumulonimbus terbentuk.

*Hujan lebat turun disertai petir dan kilat.


Proses di atas menerangkan pembentukan...........

a)

Musim panas

b)

Hujan Bukit

c)

Hujan Perolakan

d)

Angin Sumatera

5.

*Bertiup dari bulan Mei hingga September

*Berasal dari Benua Australia

*Merentasi Lautan Hindi dan sampai ke Malaysia

*Hujan sederhana lebat kerana terhalang oleh tanah Sumatera


Berdasarkan penyataan berikut, apakah fenomena yang berlaku di Malaysia?

a)

Angin Sumatera

b)

Angin tempatan

c)

Angin Monsun Barat Daya

d)

Angin Monsun Timur Laut

6.

Apakah faktor yang mempengarui kegiatan tanaman hawa sederhana dijalankan di Cameron Highlands dan Kundasang?

a)

Hujan

b)

Suhu

c)

Angin

d)

Panas

7.

Pada musim tengkujuh, nelayan di pantai timur Semenanjung tidak dapat turun ke laut kerana laut bergelora. Apakah aktiviti yang mereka lakukan pada waktu itu?

a)

Aktiviti menjemur ikan

b)

Membaiki pukat dan jala

c)

Membuat produk kraftangan

d)

Menjahit pakaian sekolah

8.

Mengapakah nelayan di pantai barat Semenanjung dapat menjalankan aktiviti perikanan sepanjang tahun?

a)

Hujan lebat

b)

Pinggir laut yang cetek

c)

Pengaruh bayu laut dan bayu darat

d)

Terlindung daripada tiupan angin kencang

9.

Apakah fenomena yang dikaitkan dengan maklumat di bawah?


*Aras laut meningkat

*Pencairan ais di kutub

a)

Jerebu

b)

Hujan asid

c)

Kesan rumah hijau

d)

Penipisan lapisan ozon

10.

Antara berikut, faktor yang manakah menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba di bandar?

a)

Permukaan simen dan berturap

b)

Pokok banyak ditanam di bandar

c)

Penggunaan kenderaan awam meningkat

d)

Pembebasan asap kenderaan bermotor dan kilang

11.

Apakah jenis iklim di Malaysia

a)

monson tropika

b)

tundra

c)

khatulistiwa

d)

siberia

12.

Taburan hujan di Malaysia tidak sekata kerana dipengaruhi oleh 

a)

bentuk muka bumi

b)

jenis awan

c)

tiupan angin monsun

d)

siklon

13.

jenis hujan di Malaysia ialah

a)

hujan batu

b)

hujan perolakan

c)

hujan bukit

d)

hujan panas

14.

"Udara lembap dari laut dipaksa naik ke cerun bukit kerana di haling oleh tanah tinggi "

Pernyataan ini merujuk kepada

a)

hujan perolakan

b)

hujan bukit

c)

hujan panas

d)

hujan lebat

15.

Dikenali sebagai angin "skual"

a)

Angin Tempatan

b)

Bayu Darat

c)

Angin Sumatera

d)

Bayu Laut

16.

Iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun mengalakkan penanaman

a)

kelapa sawit

b)

tebu

c)

padi

d)

lada hitam

17.

berikut ialah kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia kecuali

a)

Pulau Haba

b)

kesan rumah hijau

c)

hujan asid

d)

jerebu

e)

pemanasan global

18.

Keadaan kemarau di Malaysia akibat daripada perubahan cuaca dan iklim dikenali sebagai

a)

Fenomena pemanasan global

b)

Fenomena La Nina

c)

Fenomena El Nino

d)

Kesan rumah hijau

19.

Apakah fenomena cuaca yang berkaitan dengan pergerakan udara terhalang oleh bangunan konkrit di bandar-bandar besar?

a)

Jerebu

b)

Hujan asid

c)

Pulau haba

d)

Kesan rumah Rijau

20.

Apakah punca kejadian jerebu?

a)

Perladangan giat

b)

Penebangan hutan

c)

Pembakaran terbuka

d)

Penggunaan racun serangga