wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERNIAGAAN BAB 3 F4(2)

Total questions: 23

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.


Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.


Apakah ciri objektif yang terlibat?

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka masa

d)

Boleh diukur

2.

Apakah maksud berdaya saing perniagaan?

a)

Jenama produk mendapat sambutan di pasaran

b)

Kemampuan untuk terus bertahan dalam industri

c)

Perniagaan menikmati kedudukan kewangan yang baik

d)

Kemampuan untuk melakukan promosi yang berterusan

3.

Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?

a)

Sumber manusia

b)

Ekonomi

c)

Undang-undang

d)

Politik

4.
Perancangan terperinci berkaitan aktiviti rutin harian bagi satu-satu unit kerja atau individu.
a)
Perancangan Jangka Pendek
b)
Perancangan Jangka Sederhana
c)
Perancangan Jangka Panjang
d)
Perancangan Konseptual
5.
Jadual yang menunjukkan susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu projek dan masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut
a)
Carta Gantt
b)
Carta Pert
c)
Titik pulang modal
d)
Belanjawan
6.
Apakah yang dimaksudkan dengan Titik Pulang Modal?
a)
Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan (hasil) dengan kos untuk menentukan titik di mana jumlah jualan akan menyamai jumlah kos iaitu titik pulang modal.
b)
Satu bentuk perancangan yang memperuntukkan sumber kewangan untuk pelaksanaan sesuatu aktiviti, projek atau program bagi sesuatu tempoh tertentu.
c)
Jadual yang menunjukkan susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu projek dan masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut
d)
Rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan masa yang diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek
7.
Tujuan visi, misi dan objektif ialah ?
a)
Panduan dalam pengurusan organisasi dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan yang diambil
b)
panduan untuk mendapat keuntungan yang tinggi
c)
panduan dalam menuju kejayaan
d)
panduan ke hati awak
8.
Visi ialah ?
a)
Penyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan
b)
penetapan perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang
c)
merupakan pembentukan matlamat yang lebih khusus
d)
penetapan kejayaan sesebuah syarikat
9.
Misi ialah ?
a)
merupakan panduan matlamat yang lebih khusus
b)
sasaran boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi
c)
merupakan satu penyataan ringkas yang menjelaskan tujuan atau matlamat utama sesebuah perniagaan
d)
pemacu kepada pencapaian dan kesinambungan sesebuah organisasi perniagaan
10.
Objektif ialah ?
a)
merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus
b)
untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan
c)
asas pembentukan strategi perniagaan
d)
bermotifkan untung
11.
Perbezaan antara OBU dengan OBBU dari segi tujuan ialah ?
a)
OBU mengeluarkan barang dan perkhidmatan manakala OBBU tertumpu kepada perkhidmatan kepada masyarakat
b)
sumber kewangan OBU daripada pemilik, pinjaman dan keuntungan perniagaan manakala OBBU pula daripada pembiayaan kerajaan
c)
OB memaksimumkan keuntungan manakala OBBU pula memberi kepuasan dan menjaga kebajikan ahli
d)
OB ramai ahli OBBU tidak ramai ahli
12.

Organisasi manakah yang merupakan contoh Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?

a)
b)
c)
d)
13.

Apakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan objektif perniagaan?

a)

Ekonomi

b)

Sumber manusia

c)

Sosiobudaya

d)

Undang-undang

14.

Sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. Apakah maksud spesifik?

a)

Jangka masa untuk sesuatu objektif dicapai perlu dinyatakan secara tepat

b)

Objektif yang dibentuk perlu dinyatakannya dengan jelas dan bersistem

c)

Objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik

d)

Objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh masa yang diberikan

15.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri objektif yang baik?

I Dibuat secara umum

II Boleh diterjemahkan

III Mempunyai satu tarikh tertentu

IV Mempunyai sasaran yang boleh dicapai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan visi yang tepat?

a)

Sekolah dapat mengekalkan kelulusan 100% setiap tahun

b)

Menjadi sekolah terbaik di daerah Gombak menjelang 2020

c)

Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah

d)

Melahirkan para graduan yang berdaya saing dan mampu mengurus dengan baik

17.

Encik Jasmi telah menubuhkan perniagaan kraftangan di Merlimau, Melaka pada 1 Julai 2017


Apakah visi yang sesuai bagi perniagaan Encik Jasmi?

a)

Jualan sebanyak 50 unit bakul rotan sebulan

b)

Melahirkan pekerja yang mahir membuat bakul rotan

c)

Menghasilkan pengeluaran sebanyak 200 unit sebulan

d)

Untuk menjadi sebuah perniagaan yang disegani dan dicontohi

18.

Kegagalan mendapat untung boleh menyebabkan imej perniagaan terjejas. Apakah kesannya kepada perniagaan?

a)

Sukar untuk mendapat pembiayaan bank

b)

Terpaksa membayar pembekal secara tunai

c)

Pengguna tidak akan membeli produk syarikat

d)

Sukar untuk mendapatkan bekalan bahan mentah

19.

dimanakah sebuah organisasi bermotifkan untung perlu didaftarkan

a)

suruhanjaya syarikat malaysia (ssm)

b)

suruhanjaya koperasi malaysia (skm)

c)

pejabat pendaftaran pertubuhan belia (ROY)

d)

jabatan pendaftaran pertubuhan malaysia (ROS)

20.

berikut merupakan ciri-ciri SMART

spesifik - Q - munasabah

Q mungkin sekali

i. boleh diukur

ii. boleh dicapai

iii. boleh difahami

iv. jangka masa pendek

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

21.

pernyataa berikut berkaitan dengan suatu ciri objektif

"jika kita hendak membentuk objektif, maka objektif yang dibentuk mestilah bersifat praktikal dan boleh dilaksanakan.


Apakah ciri yang dimaksudkan di atas?

a)

spesifik

b)

munasabah

c)

boleh diukur

d)

boleh dicapai

22.

apakah maksud syer pasaran?

a)

jumlah penduduk yang terdapat di sebuah pasaran

b)

jumlah barang yang dijual oleh penjual di pasaran

c)

peratus barang yang dikeluarkan di sebuah perniagaan

d)

peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang sesebuah perniagaan

23.

perniagaan yang gagal harus mengambil tindakan yang wajar untuk menangani kegagalan tersebut.


antara yang berikut tindakan manakah yang wajar diambil oleh peniagan?

a)

menaikkan harga produk

b)

menyemak semula objektif

c)

pengeluaran terpaksa dihentikan

d)

mendapat khidmat nasihat daripada pakar