wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah T2

Total questions: 60

Worksheet time: 2hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

1) Apakah gelaran bagi ketua masyarakat Iban?

a)

Peran Lepo

b)

Laih Rayeh

c)

Tuai Rumah

d)

Kelunan Maren

2.

2) Nyatakan sumber Majapahit yang mencatatkan tentang kewujudan kerajaan di Sarawak?

a)

Nagarakertagama

b)

Tantu Panggelaran

c)

Mahabhrata

d)

Pararaton

3.

3) Apakah peranan Bobohizan?

a)

Mengurus soal adat

b)

Menyelesaikan pertikaian harta pusaka

c)

Menjaga keamanan dan keselamatan penduduk

d)

Mendamaikan perselisihan atau pergaduhan rakyat

4.

4) Antara berikut yang manakah merupakan orang Ulu?

a)

Bidayuh

b)

Bisaya

c)

Penan

d)

Iban

5.

5) Apakah keunikan Kaum Bajau Sama yang tinggal di kawasan pantai barat Sabah?

a)

Tarian Sumazau

b)

Menunggang kuda

c)

Lumba Perahu Naga

d)

Alat muzik Sompoton

6.

6) Terendak merupakan penutup kepala. Kaum yang menghasilkan Terendak ialah

a)

Melayu

b)

Melanau

c)

Bidayuh

d)

Iban

7.

7) Kaum Rungus menggubah Inavol. Apakah Inavol?

a)

Baju

b)

Seluar

c)

Selendang

d)

Jaket kulit

8.

8) Di manakah lokasi kerajaan Funan?

a)

Lembah Sungai Musi

b)

Lembah Sungai Brantas

c)

Sungai Mas dan Sungai Bujang

d)

Lembah Sungai Mekong

9.

9) Apakah yang menyebabkan kerajaan Srivijaya menjadi lemah?

a)

Kelemahan Pemimpin

b)

Berlaku bencana alam

c)

Perpecahan masyarakat

d)

Serangan Tentera Chola

10.

10) Siapakah tokoh yang memainkan peranan utama dalam usaha perluasan kuasa kerajaan Majapahit?

a)

Patih Gajah Mada

b)

Raden Wijaya

c)

Raden Adjeng Kartini

d)

Tribuna Tungadewi

11.

11) Kedah Tua juga dikenali sebagai Chieh Ch’a. Sumber manakah yang menyebut demikian?

a)

Arab

b)

China

c)

India

d)

Yunani

12.

12) Apakah hasil kerajaan Gangga Negara yang mendorong kedatangan pedagang luar?

a)

Kayu balak

b)

Rempah ratus

c)

Emas dan perak

d)

Emas dan bijih timah

13.

13) Apakah nama kerajaan awal Alam Melayu yang terletak di Tanah Melayu?

a)

Funan

b)

Majapahit

c)

Kedah Tua dan Gangga Negara

d)

Johor Tua

14.

14) Dari manakah asal Kalendar Saka yang digunakan oleh kerajaan Funan?

a)

China

b)

India

c)

Arab

d)

Mesir

15.

15) Bilakah agama Islam mula tersebar di Champa?

a)

Abad kelima

b)

Abad keenam

c)

Abad ketujuh

d)

Abad kelapan

16.

16) Apakah nama tulisan yang digunakan oleh kerajaan Majapahit?

a)

Kawi

b)

Jawi

c)

Palava

d)

Khmer

17.

17) Prapanca adalah seorang penulis yang terkenal dalam kerajaan Majapahit. Apakah karya beliau?

a)

Tantu Panggelaran

b)

Mahabhrata

c)

Negarakertagama

d)

Pararaton

18.

18) Antara berikut yang manakah binaan terkenal kerajaan Champa?

a)

Candi Go Cay Thi

b)

Candi Prambanan

c)

Candi Borobudur

d)

Candi Mi Son

19.

19) Apakah bukti yang menunjukkan masyarakat Gangga Negara menganut agama Buddha?

a)

Penemuan kitab

b)

Penemuan batu bersurat

c)

Penemuan candi

d)

Penemuan arca

20.

20) Kerajaan Demak di Jawa terkenal sebagai

a)

Pusat pengajian Islam

b)

Pusat kebudayaan Islam

c)

Pusat pertahanan

d)

Pusat kesenian

21.

21) Penyerapan budaya-budaya yang berbeza hingga menjadi satu merujuk kepada istilah

a)

Animisme

b)

Asimilasi

c)

Realisasi

d)

Dinamisme

22.

22) “Pelabuhan ini berfungsi sebagai membekalkan bahan dagangan dan bekalan makanan kepada pedagang”. Pernyataan tersebut merujuk kepada

a)

Pelabuhan kerajaan

b)

Pelabuhan entrepot

c)

Pelabuhan pembekal

d)

Pelabuhan antarabangsa

23.

23) Tulisan Palava dan Kawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu berasal dari

a)

Arab

b)

China

c)

Ceylon

d)

India

24.

24) Masyarakat Alam Melayu telah mempamerkan keintelektualan melalui

a)

Keagamaan

b)

Pendidikan

c)

Persuratan

d)

Kesenian

25.

25) Golongan agama dianggap penting bagi raja kerana

a)

Mengukuhkan kedudukan

b)

Memberi nasihat

c)

Pengawal peribadi

d)

Menjadi jurutulis

26.

26) Apakah kepentingan pokok bakau yang terdapat di pesisir pantai Melaka?

a)

Terlindung dari angin monsun

b)

Panduan pedagang

c)

Sumber kayu kayan

d)

Benteng pertahanan

27.

27) Pemerintah Melaka dikatakan bersusur galur dengan Iskandar Zulkarnain. Apakah kepentingan perkaitan tersebut terhadap Melaka?

a)

Tumpuan pedagang

b)

Menjamin taat setia rakyat

c)

Taraf kedudukan tinggi kepada pemerintah

d)

Terhindar dari musuh

28.

28) Apakah yang dimaksudkan dengan istilah “Daulat”?

a)

Kebijaksanaan raja

b)

Kuasa dan kewibawaan raja

c)

Semangat dan keberaniaan raja

d)

Kepakaran raja dalam pertahanan

29.

29) Bidang kuasa seorang raja ditetapkan mengikut

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Undang-undang Laut Melaka

c)

Adat-istiadat Raja-raja Melayu

d)

Sistem Pembesar Empat Lipatan

30.

30) Pembesar Empat Lipatan Juga dikenali sebagai

a)

Orang Kanan Berempat

b)

Orang Besar Berempat

c)

Orang Penting Berempat

d)

Orang Kaya Berempat

31.

31)”Pekerjaan yang dibuat tanpa sebarang upah”. Maklumat tersebut merujuk kepada istilah?

a)

Kerah

b)

Serah

c)

Paksa

d)

Sukarela

32.

32) Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka melakukan penaklukan wilayah?

a)

Memperkukuh kedudukan di Alam Melayu

b)

Menjamin keselamatan dan kemakmuran kerajaan

c)

Menguasai laluan perdagangan di Alam Melayu

d)

Menguasai perdagangan rempah ratus

33.

33) Kerajaan awal yang menerima pengaruh Islam di Alam Melayu sebelum Melaka ialah

a)

Inderagiri

b)

Perlak

c)

Demak

d)

Rokan

34.

34) Siapakah pemerintah Melaka yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi?

a)

Sultan Mansur Syah

b)

Sultan Ahmad Shah

c)

Sultan Iskandar Syah

d)

Sultan Muzaffar Syah

35.

35) “Barang siapa menguasai Melaka, ia boleh menggugat Venice”. Siapakah yang melontarkan pernyataan tersebut?

a)

Christopher Colombus

b)

Tom Pires

c)

Vasco Da Gama

d)

Leonardo Da Vinci

36.

36) Siapakah pengasas Kesultanan Johor Riau?

a)

Sultan Alauddin Riayat Syah

b)

Sultan Mahmud Syah

c)

Raja Ali

d)

Bendahara Seri Nara Diraja

37.

37) Mengapah Sultan Alauddin Riayat Syah I memilih Kota Kara sebagai pusat pemerintahan?

a)

Sungai yang dalam dan lebar

b)

Kedudukan strategik

c)

Terdapat bukit sebagai benteng

d)

Terlindung dari tiupan angina monsun

38.

38) Perang antara Acheh, Johor dan Portugis berakhir apabila Johor meminta bantuan kuasa luar bagi mengalahkan Portugis. Apakah kuasa luar tersebut?

a)

Perancis

b)

Sepanyol

c)

Britain

d)

Belanda

39.

39) Mengapakah Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718?

a)

Ingin menguasai Johor

b)

Menjalankan perluasan kuasa

c)

Menuntut takhta kerajaan Johor

d)

Menguasai perdagangan di Selat Melaka

40.

40) Apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh Johor ketika membantu Portugis

a)

Membuat tapak meriam

b)

Memberikan peralatan perang

c)

Menyediakan tentera bantuan

d)

Membina kubu pertahanan

41.

41) Siapakah yang menguruskan jual beli dan kutipan cukai di pelabuhan?

a)

Bendahara

b)

Temenggung

c)

Laksamana

d)

Syahbandar

42.

42) Sistem Naungan diamalkan dalam perdagangan di Johor Riau. Apakah yang diperolehi oleh pedagang melalui sistem ini?

a)

Jaminan keselamatan

b)

Surat kebenaran

c)

Potongan cukai jalan

d)

Disediakan tempat tinggal

43.

43) Orang Laut menyumbang terhadap kegemilangan Kesultanan Johor Riau? Apakah sumbangan tersebut?

a)

Mahir membuat senjata

b)

Mahir membuat kapal

c)

Mahir dalam perdagangan

d)

Mahir dalam peperangan

44.

44) Siapakah yang telah menyusun dan menulis semula karya Sulalatus Salatin?

a)

Raja Abdullah

b)

Tun Mahathir Mohamad

c)

Tun Sri Lanang

d)

Bukhari Al-jauhari

45.

45) Mengapakah Tun Saban dan Nakhoda Kassim menjemput Raja Muzaffar dari Kampar ke Perak?

a)

Menghadiri majlis berendoi

b)

Dijadikan pensihat raja

c)

Menghadiri majlis pernikahan raja

d)

Ditabalkan menjadi Sultan Perak

46.

46) Siapakah pemerintah yang telah menggubal Undang-undang Tubuh Bagi Diri Kerajaan Terengganu?

a)

Sultan Zainal Abidin III

b)

Sultan Zainal Abidin IV

c)

Sultan Mizan Zainal Abidin

d)

Sultan Muhammad II

47.

47) Apakah Surat Ciri?

a)

Puisi yang memuji kebesaran Raja-raja Melayu

b)

Buku adat istiadat Raja-raja Melayu

c)

Peraturan perdagangan

d)

Kata alu-aluan majlis

48.

48) Apakah fungsi Dewan di-Raja yang dibentuk oleh Kesultanan Selangor?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Menjaga keselamatan sultan

c)

Mengekalkan adat istiadat

d)

Menjadi penasihat sultan

49.

49) Apakah yang menjadi asas kelahiran undang-undang bertulis di Negeri-negeri Melayu?

a)

Arahan dan titah raja

b)

Hukum Kanun Melaka

c)

Warisan Adat Istiadat

d)

Undang-undang Laut Melaka

50.

50) Apakah tujuan adat melenggang perut diadakan bagi ibu yang mengandung?

a)

Membolehkan bayi aktif

b)

Agar bayi sihat

c)

Memudahkan proses kelahiran

d)

Agar ibu berasa selesa

51.

51) Berendoi merupakan adat istiadat berkaitan dengan

a)

Mencukur rambut bayi

b)

Meletakkan bayi ke dalam buaian

c)

Mendengarkan azan kepada bayi

d)

Meletakkan manisan di mulut bayi

52.

52) Misa Melayu yang dikarang oleh Raja Chulan mengandungi

a)

Sejarah Kesultanan Johor

b)

Sejarah Kesultanan Perak

c)

Sejarah Kesultanan Sulu

d)

Sejarah Kesultanan Kampar

53.

53) Mengapakah Kuala Sungai Merbok menarik perhatian pedagang?

a)

Menyediakan kemudahan pelabuhan

b)

Banyak hasil dagangan

c)

Terlindung dari angina monsun

d)

Terdapat Gunung Jerai

54.

54) Sultan Muhammad II (Kelantan) telah menguatkuasakan Undang-undang Syarak. Apakah kesan tindakan tersebut?

a)

Menarik kehadiran pedagang Islam ke Kelantan

b)

Mengukuhkan kedudukan Sultan Kelantan

c)

Kelantan menjadi negeri yang aman

d)

Kelantan muncul sebagai pusat keilmuan Islam

55.

55) Siapakah pemerintah yang terkenal dalam kerajaan Negeri Sembilan?

a)

Yamtuan Seri Menanti

b)

Yamtuan Lenggang

c)

Yamtuan Radin

d)

Yamtuan Antah

56.

56) Negeri Sembilan unik berbanding negeri-negeri Melayu yang lain. Ini kerana Negeri Sembilan mengamalkan

a)

Adat Petua Melayu

b)

Adat Perpatih

c)

Adat Minangkabau

d)

Adat Istidat Melayu

57.

57) Perlis menghantar bunga Mas (Emas) kepada Bangkok (Siam) setiap tiga tahun sekali kerana

a)

Sebagai simbol kemakmuran negeri Perlis

b)

Mengukuhkan hubungan perdagangan

c)

Sebagai tanda persahabatan

d)

Bayaran ufti kepada kerajaan Siam

58.

58) Sungai Linggi menjadi laluan perhubungan dan perdagangan yang penting. Selai itu, Sungai Linggi juga berperanan sebagai

a)

Mengadakan aktiviti kerakyatan seperti lumba perahu

b)

Menjana sumber pendapatan daripada pungutan cukai

c)

Membekalkan sumber protein

d)

Membekalkan sumber air

59.

59) Masjid Kampung Laut merupakan antara masjid tertua di Malaysia. Ia terletak di

a)

Kelantan

b)

Sabah

c)

Pulau Pinang

d)

Terengganu

60.

60) Bilakah penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran diadakan?

a)

Sempena Hari Keputeraan Pemerintah

b)

Sempena Sambutan Kemerdekaan

c)

Sempena Sambutan Maulidurrasul

d)

Sempena Sambutan Hari Raya