WorksheetsSejarah
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Nyatakan sebab Parameswara memilih muara Sungai Bertam untuk mengasaskan kerajaan?
Mempunyai tanah yang subur
Kaya dengan hasil hutan
Mempunyai lokasi yang strategik
Merhampiran dengan sungai
Apakah faktor yang menyebabkan pelabuhan Melaka selamat dan membolehkan kapal dagang datang berlabuh?
Muara sungai yang cetek
Bukit bukau sebagai benteng pertahanan
Terlindung daripada tiupan angin monsun
Melaka mempunyai tentera yang ramai
Apakah fungsi pokok bakau kepada kerajaan Melaka?
Sebagai barangan dagangan
Digunakan untuk membuat kapal
Sebagai benteng pertahanan
Panduan kepada kapal dagang
Pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak raja Palembang? Bukti tersebut bersumberkan kepada ........
Sulalatus Salatin
Hikayat Raja-Raja Pasai
Hikayat Hang Tuah
Salasilah Raja-Raja Melayu
Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran kesultanan Melayu Melaka.
[ Kawasan pegangan ]
Kawasan tersebut diberikan kepada _____________.
Pembesar kampung
Pembesar berempat
Pembesar daerah
Pembesar jajahan
Antara berikut, yang manakah faktor kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka?
Mempunyai pemimpin yang berwibawa
Kaya dengan hasil laut
Kekayaan sumber alam semula jadi
Sistem pengangkutan dan perhubungan
Gambar di atas berkaitan dengan Undang-Undang Laut Melaka. Penggubahan undang-undang tersebut dilakukan semasa pemerintahan ___________________.
Sultan Mansur Syah
Sultan Iskandar Syah
Sultan Mahmud Syah
Sultan Muzaffar Syah
Hukum Kanun Melaka ditulis semasa pemerintahan ____________?
Sultan Alauddin Riayat Shah
Sultan Muzaffar Shah
Sultan Iskandar Shah
Sultan Mansor Shah
Pembesar X - i.Menjadi ketua duta
ii.Menjadi ketua utusan
Pembesar X ialah ________________?
Bendahara
Penghulu Bendahari
Laksamana
Temenggung
Apakah bentuk perkhidmatan yang disediakan oleh golongan berikut terhadap Kesultanan Melayu Melaka?
[ Golongan Kiwi ]
Menjamin keselamatan pedagang
Menguatkuasakan sistem perundangan
Membekalkan minuman dan makanan
Menyewakan tempat letak barang
Antara berikut, yang manakah merupakan peranan raja dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
i. Mengutamakan golongan kerabat diraja
ii. Menguruskan kewangan dan percukaian
iii. Menjadi simbol perpaduan
iv. Ketua agama Islam
Antara berikut, yang manakah benar mengenai Adat Temenggung?
i. Anak perempuan boleh mewarisi takhta
ii. Diasaskan oleh datuk Ketemenggungan
iii. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
iv. Diamalkan di Negeri Sembilan
Pemerintah Kesultanan Melayu Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Raja Iskandar Zulkarnain. Apakah impak perkara tersebut terhadap pemerintah Kesultanan Melayu Melaka?
Mereka digeruni oleh raja-raja kerajaan Alam Melayu yang lain
Raja-raja Alam Melayu yang lain membayar ufti kepada Melaka
Taraf kedudukan pemerintah Kesultanan Melayu Melaka menjadi tinggi.
Kerajaan-kerajaan Alam melayu yang lain dengan rela menjadi negeri naungan Melaka
Berapakah kadar cukai yang dikenakan kepada pedagang Arab dan Siam yang berdagang di pelabuhan Melaka?
5 peratus
6 peratus
4 peratus
10 peratus
Pelabuhan di Melaka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Buktikan.
i. Gudang tempat menyimpan barang
ii. Tempat membaiki kapal
iii. Pengawal di pelabuhan
iv. Juru timbang di pelabuhan
Kawasan berikut menjadi sebahagian daripada empayar Kesultanan Melayu Melaka.
[ Rokan ]
Perluasan empayar tersebut berlaku melalui cara __________
Naungan
Taklukan
Keagamaan
Perkahwinan
Kesultanan Melayu Melaka menjalin hubungan dengan kerajaan Siam. Jalinan tersebut berlaku dalam bentuk hubungan ________________.
i. diplomatik
ii. keagamaan
iii. penaklukan
iv. perdagangan
Apakah mata wang luar yang telah digunakan oleh Kesultanan Melayu Melaka?
Mata wang Parsi
Mata wang Bengal
Mata wang Hormuz
Mata wang Gujerat
Sultan X- Sultan terawal yang menganut agama Islam di Melaka. Siapakah sultan X ?
Sultan Alauddin Riayat Shah
Sultan Mahmud Shah
Sultan Iskandar Shah
Sultan Mansur Shah
Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem pengangkutan Kesultanan Melayu Melaka.
[ Kapal Jong ]
Pengangkutan tersebut dibina di ___________.
Jawa
Acheh
Gujerat
Koromandel
Melaka menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kerajaan Ryukyu yang dikenali sebagai (a) .
Antara yang berikut, yang manakah faktor berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka?
i. Masalah kewangan
ii. Kekurangan senjata
iii. Masalah perpaduan
iv. Masalah kepimpinan
Antara yang berikut, yang manakah matlamat utama kedatangan Portugis ke Alam Melayu?
i. Memberikan bantuan
ii. Menyebarkan agama kristian
iii. Mengawal perdagangan rempah
iv. Menawan puteri sultan
Apakah strategi yang diambil oleh kesultanan Melayu Melaka bagi menghadapi serangan Portugis?
Meminta bantuan dari tentera Siam
Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai
Menghulurkan persahabatan dengan Portugis
Menggunakan tentera berkuda
Apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka?
Rakyat mestilah bersatu padu
Pemimpin haruslah pilih kasih
Bersyukur dengan kekayaan sumber alam
Rakyat mestilah berani
