Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T2 Bab 6 TELEKOMUNIKASI

Total questions: 29

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Perkembangan pesat dalam sistem perhubungan telah membantu Malaysia


I memajukan kawasan terpencil

II mempercepatkan urusan perniagaan

III menarik lebih ramai pelabur asing

IV mengurangkan kos penghantaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan telekomunikasi?

a)

interaksi antara penyampai dan penerima

b)

proses menghantar informasi dari penyampai ke penerima

c)

interaksi jarak jauh antara penyampai dan penerima

3.

Antara yang berikut, yang manakah kesan negatif perkembangan sistem perhubungan di Malaysia?

a)

Mengancam keselamatan negara

b)

Maklumat dalam internet semua ditapis

c)

Kejadian jenayah juvana meningkat

d)

Cetak rompak perisian komputer meningkat

4.

Apakah kepentingan perkhidmatan di atas kepada masyarakat?

a)

Pelaburan asing akan meningkat

b)

Pendapatan negara akan bertambah

c)

Penubuhan kilang dapat dikawal

d)

Mengurangkan kesesakan lalu lintas

5.

Kepentingan sistem satelit di Malaysia ialah

a)

I menghubungi sahabat dengan cepatv

b)

II dapat menyaksikan sukan secara siaran langsung

c)

III barangan dapat diterima dengan cepat

d)

IV sistem pengangkutan semakin maju

6.

Perkembangan ICT telah memajukan bandar..

a)

Subang

b)

Putrajaya

c)

Cyberjaya

d)

Shah Alam

7.

Anta berikut, manakah yang TIDAK BENAR tentang satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT)?

a)

Mula dilancarkan pada tahun 1997

b)

merupakan radio berbayar pertama di Malaysia

c)

TV1, TV2 dan TV3 merupakan teknologi berdefinisi tinggi

d)

Mempunyai 185 rangkaian saluran televisyen pada tahun 2016

8.

Pernyataan di bawah berkaitan dengan kabel fibre optik iaitu,

a)

diperbuat dari kaca atau plastik

b)

boleh memindah dan memproses maklumat

c)

Meluaskan jalur lebar ke seluruh negara

d)

Memindahkan data dalam jaringan komputer

9.

Alat komunikasi yang wujud semasa zaman penjajahan ialah

a)

mesin teleks

b)

mesin faks

c)

telegraf

d)

telefon

10.

-Perkhidmatan atas talian

-Pelanggan menempah perkhidmatan perkhidmatan menggunakan aplikasi telefon


Maklumat di atas merujuk kepada perkhidmatan ..

a)

Teksi

b)

Monorel

c)

E Hailing

d)

Kapal Terbang

11.

-Rekod perubatan pesakit di atas talian

-Perkongsian maklumat dari doktor pakar negara luar


Maklumat di atas mungkin sekali dapat dikaitkan dengan..

a)

Telesidang

b)

Teleperubatan

c)

e Perbankan

d)

e Dagang

12.

Penggunaan alat telekomunikasi secara beretika ialah

a)

Melakukan plagiat

b)

Memberikan komen sesuka hati

c)

Mendedahkan maklumat diri di atas talian

d)

Mengamalkan sikap toleransi

13.

Apakah kepentingan tele-perbankan kepada pembangunan negara?

a)

Wujud penempatan baru

b)

Mata wang negara stabil

c)

Mempercepatkan komunikasi

d)

Urusan perniagaan lebih mudah

14.

Bagaimanakah perkhidmatan e-kerajaan dapat membantu rakyat

a)

menawarkan biasiswa

b)

memohon pekerjaan

c)

membayar cukai atas talian

d)

memohon bantuan perumahan

15.

Apakah kesan perkembangan tele kesihatan di Malaysia

a)

pertambahan jumlah doktor

b)

kerajaan menambah klinik di luar bandar

c)

kadar kematian berkurangan

d)

teknologi perubatan semakin moden

16.

Apakah perkara yang tidak boleh diberitahu kepada orang lain ketika menggunakan medium di atas?

a)

negeri

b)

nama

c)

alamat rumah

d)

hobi

17.

Pelajar di Malaysia boleh berinteraksi secara maya dengan pensyarah yang berada di Amerika Syarikat melalui

a)

telesidang

b)

telekesihatan

c)

e-dagang

d)

multimedia interaktif

18.

Antara yang berikut manakah benar mengenai kesan negatif telekomunikasi?

a)

Keputusan peperiksaan pelajar merosot

b)

pengaliran mata wang asing keluar

c)

maklumat dapat dengan cepat

d)

keselamatan negara terancam

19.

Apakah fungsi RazakSAT?

a)

Membekalkan imej data yang lebih spesifik

b)

Pencerapan bumi

c)

Uji kaji saintifik CosmicRay Energy DispositionExperiment

d)

Aplikasi komunikasi

20.

Contoh penggunaan telekomunikasi yang tidak beretika ialah.......

a)

menyebarkan berita yang benar dan penting.

b)

mengemaskini status profil IG/ Facebook sekali-sekala.

c)

menyebarkan mesej berantai kerana takut bernasib malang.

d)

menggunakan ayat sopan untuk bertanya atau memberi pendapat.

21.

E-dagang ialah............

a)

aktiviti jual beli di pusat membeli belah

b)

aktiviti berdagang di kedai 7 Elevan

c)

aktiviti jual beli di pasar malam

d)

perkhidmatan dan jual beli atas talian

22.

E-perbankan merujuk kepada........

a)

urusan perbankan yang diselesaikan di kaunter bank sahaja

b)

urusan perbankan yang dijalankan pada waktu bekerja sahaja

c)

urusan perbankan yang boleh dijalankan di mana-mana sahaja

d)

urusan perbankan yang dijalankan secara bersemuka sahaja

23.

Perkhidmatan tele-kesihatan ialah pesakit boleh diperiksa..........

a)

dari jauh oleh bomoh dengan menggunakan teknologi sihir

b)

dari dekat tanpa perlu menggunakan teknologi komunikasi

c)

dari jauh oleh doktor pakar menggunakan teknologi komunikasi

d)

dari mana hendak ke mana

24.

Berikut merupakan misi utama satelit TiungSAT-1 kecuali

a)

Pencerapan bumi

b)

Perkhidmatan satelit untuk siaran telivisyen dan radio

c)

Uji kaji saintifik Cosmic Ray Energy Disposition Experiment (CEDEX)

d)

Aplikasi komunikasi

25.

Perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang itu dituduh melakukan jenayah siber ialah

a)

Membuat perniagaan dalam talian

b)

Menghasut dan membuat fitnah

c)

Menguruskan kewangan secara dalam talian

d)

Menggunakan aplikasi percuma untuk tujuan media sosial

26.

Apakah tindakan yang tepat jika maklumat peribadi kita tersebar?

a)

Buat laporan polis

b)

Abaikan semua dan santai

c)

Maklumkan kepada rakan

d)

Mengadu kepada keluarga

27.

Berikut adalah tujuan MSC (Koridor Raya Multimedia) ditubuhkan.

a)

Meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara.

b)

Memperkasakan capaian internet dan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara

c)

Menarik syarikat berteknologi tinggi untuk memajukan industri ICT Malaysia.

d)

Menyediakan talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara.

28.

Susun atur perkembangan telekomunikasi di Malaysia ialah seperti berikut...

a)

Telefon --> telegraf --> mesin teleks --> mesin faks --> telefon bimbit --> telefon pintar

b)

Mesin teleks --> telefonn --> telegraf --> telefon bimbit --> mesin faks --> telefon pintar

c)

Telegraf --> telefon --> mesin teleks --> mesin faks --> telefon bimbit --> telefon pintar

d)

mesin faks --> telegraf --> mesin teleks --> telefon pintar --> telefon bimbit --> telegraf

29.

Berikut adalah syarikat telekomunikasi yang memajukan industri telekomunikasi Malaysia kecuali..

a)

Telekom Malaysia (TM)

b)

Celcom

c)

YTL Network

d)

Samsung