Font size
WorksheetsPERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN 1
Total questions: 29
Worksheet time: 29mins
Seorang ahli perniagaan telah menggunakan harta kekayaannya ke jalan maksiat.
Apakah akibat perbuatannya di sisi Allah..........
Mulhid
Munafik
kufur nikmat
kufur hakikat
“Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam”
Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan.......
sihir
nifak
syirik
khurafat
Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai syirik........
melemahkan keimanan terhadap Allah
menyekutukan Allah SWT pada zatNya
menyekutukan Allah SWT dengan perkataan
mempercayai kepada sesuatu selain Allah SWT
Berikut adalah akibat perbuatan syirik jali kecuali........
rosak akidah
berdosa besar
menjadi murtad
mendapat azab di akhirat
Kepercayaan dan perbuatan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam.
Pernyataan di atas merujuk kepada..........
sihir
nifak
syirik
khurafat
Pilih pernyataan yang benar mengenai munafik........
Menyamakan Allah SWT dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatanNya
Mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW
Berpura-pura melahirkan keimanan tetapi hati tetap kufur
Berpaling daripada agama Islam
Akibat munafik terhadap individu ialah..........
melemahkan perpaduan
menghalang pembangunan
mengganggu ketenteraman jiwa
menghilangkan sikap bekerjasama
Berikut adalah akibat sihir terhadap individu kecuali .........
membatalkan akidah
mengelakkan kegagalan
membazir harta , tenaga dan masa
menghilangkan pergantungan kepada Allah SWT
Akidah orang mukmin boleh terpesong dengan cara......
menziarahi tempat ajaran sesat
memohon hajat di kubur keramat
melawat rumah ibadat agama lain
menghadiri pengkebumian orang bukan Islam
Pernyataan di bawah tepat mengenai sihir kecuali.....
bertujuan mengelirukan manusia
mengkhianati amanah yang diberikan
ilmu yang dikaitkan dengan bantuan syaitan
boleh memecahbelahkan pasangan suami isteri
Antara yang berikut yang manakah akibat perbuatan sihir terhadap individu?
Merosakkan harta awam
Mencetuskan pergaduhan
Membazirkan harta, tenaga dan masa
Menghilangkan pergantungan kepada Allah SWT
Antara yang berikut yang manakah benar mengenai syirik khafi?
Menunjuk-nunjuk kehebatan diri
Meminta hajat daripada kubur keramat
Mengaku nabi Isa a.s sebagai anak tuhan
Memakai tangkal azimat untuk melindungi diri
Pilih pernyataan yang benar mengenai syirik ..........
Menolak hukum Allah
Mempercayai perkara-perkara karut
Berpura-pura beriman kepada Allah SWT
Menyekutukan Allah SWT dengan makhluk
Contoh kufur nikmat ialah .......
melakukan pembaziran
mengagumi diri sendiri
menunjuk-nunjuk kehebatan diri
menyatakan solat fardhu merugikan masa
Puan Maimun menyuruh anaknya mandi bunga untuk mendapatkan jodoh.
Perbuatan di atas merujuk kepada amalan.......
Syirik
khurafat
sihir
nifak
-Menyembah patung berhala
-Menyembah pokok
Perbuatan di atas ialah contoh.......
kufur hakikat
kufur nikmat
syirik jali
syiruik khafi
Nazmi enggan menunaikan puasa bulan Ramadan kerana menganggapnya memenatkan dan sia-sia.
Nazmi mesti bertaubat kerana dia telah melakukan _____________________
kufur hakikat
kufur nikmat
khurafat
riddah
Pilih pernyataan yang tepat mengenai kesan perbuatan riddah.......
Menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam
menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman
Menyebabkan hubungan suami isteri terbatal
Menyekat akal berfikir secara logik
Antara yang berikut yang manakah contoh riddah melalui perbuatan..........
Meyakini agama lain lebih baik daripada agama Islam
Menyatakan niat untuk meninggalkan agama Islam
Mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam
Menganut agama lain selain daripada agama Islam
Meminta bantuan syaitan atau jin untuk kepentingan diri.
Pernyataan di atas adalah berkaitan .......
sihir
nifak
syirik
khurafat
Antara yang berikut yang manakah padanan yang betul antara istilah dan ciri-cirinya....
Menolak kewujudan hari akhirat - kafir
Selalu minum arak dan berjudi - murtad
Menyebarkan ajaran sesat - munafik
Memohon hajat daripada penunggu gua - musyrik
Pilih pernyataan yang benar akibat nifak terhadap individu.....
melemahkan perpaduan
menghilangkan kepercayaan
mengganggu ketenteraman
menghalang pembangunan
Pilih pernyataan yang benar mengenai syirik.....
menolak hukum Allah SWT
mempercayai perkara-perkara karut
berpura-pura beriman kepada Allah SWT
Menyekutukan Allah SWT dengan makhluk
-Berasa riak dan bangga diri
-menunjuk-nunjuk kehebatan diri
Pernyataan di atas merujuk kepada contoh ........
syirik
kufur
riddah
khurafat
Antara yang berikut yang manakah bukan keburukan khurafat........
Membazir harta, masa dan tenaga
Menjadi malas dan mundur
Mencemarkan imej Islam
Menjadi takbur
Pilih pernyataan yang betul akibat perbuatan riddah .........
Membazir harta, tenaga dan masa
Hubungan suami isteri terfasakh
Menghilangkan sikap percaya mempercayai
Menjadi takbur dan berani
Pilih pernyataan yang benar mengenai kufur.....
berpaling daripada agama Islam
mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW
berpura-pura melahirkan keimanan
Menyamakan Allah SWT dengan sesuatu pada zat, sifat dan afal-Nya
Antara yang berikut yang manakah contoh riddah melalui iktikad..........
Meyakini agama lain lebih baik daripada agama Islam
Menyatakan niat untuk meninggalkan agama Islam
Mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam
Menganut agama lain selain daripada agama Islam
Antara yang berikut yang manakah contoh riddah melalui perkataan ..........
Meyakini agama lain lebih baik daripada agama Islam
Menyatakan niat untuk meninggalkan agama Islam
Mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam
Menganut agama lain selain daripada agama Islam
