wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Sistem Bahasa 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"_______ mohon ampun kerana gagal melaksanakan titah tuanku," kata Paduka Ali kepada Sultan Muzaffar Syah.

a)

Beta

b)

Saya

c)

Patik

d)

Hamba

2.

Ibu sedang ________ ikan yang baru sahaja dipancing oleh abang.

a)

menyiang

b)

mengopek

c)

memotong

d)

mencencang

3.

Pakar forensik itu ___________ laporan autopsi yang telah diterima untuk mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa tersebut.

a)

menilai

b)

meneliti

c)

menganalisis

d)

memerhatikan

4.

"Kamu _____________ mendapat gred purata terkumpul sekurang-kurangnya 3.75 sekiranya ingin menyambung tajaan JPA untuk peringkat ijazah," kata Encik Siva kepada anaknya.

a)

telah

b)

boleh

c)

harus

d)

masih

5.

Kanak-kanak yatim itu bergembira __________ suasana hari raya yang mulia atas sumbangan para dermawan.

a)

di

b)

pada

c)

demi

d)

dalam

6.

"____________, malangnya nasib lelaki itu kerana telah kehilangan kedua-dua belah kakinya dalam kemalangan jalan raya!" kata Lin kepada Syamila.

a)

Cis

b)

Wah

c)

Amboi

d)

Aduhai

7.

Adik mengutip duit syiling yang ___________ di atas lantai.

a)

tabur

b)

menabur

c)

berterabur

d)

bertaburan

8.

Ayat di bawah mungki betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, pilih kesalahan yang telah digariskan.


Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang pintu pagar sekolah sempena temasya sukan tahunan sekolah.

a)

Bendera-bendera

b)

berkibaran

c)

di

d)

Tiada kesalahan

9.

Pilih ayat yang betul.


i. Saudara-mara dan sahabat handai mula menziarahi datuk Azim yang sakit kuat di hospital.

ii. Beberapa buah rumah di kampung itu mengalami kerosakan teruk akibat dipukul ribut yang kuat malam tadi.

iii. Siew Leng kuat menghadapi semua dugaan yang menimpanya sejak ibu bapanya meninggal dunia.

iv. Lelaki yang kuat itu dapat merebahkan lawannya dalam pertandingan gusti.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

i, ii, iii dan iv sahaja

10.

Bahagian yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin tidak.


Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini, hasil kerja Amirul yang paling menonjol.

a)

Di antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

b)

Antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

c)

Di antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini

d)

Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini

11.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau paling hampir.


Semua murid yang memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Hebat Bercerita pada peringkat sekolah akan mewakili sekolah ke peringkat daerah.

a)

Semua pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Hebat Bercerita anjuran sekolah akan mewakili sekolah ke peringkat daerah.

b)

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Hebat Bercerita pada peringkat daerah.

c)

Tiga orang murid dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah kerana berjaya meraih tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Hebat Bercerita pada peringkat sekolah.

d)

Semua pemenang dalam Pertandingan Hebat Bercerita peringkat sekolah akan mewakili sekolah pada peringkat daerah.

12.

Pilih ayat yang betul.


i. Kini ramai di antara pendatang asing fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

ii. Banyak perbezaannya antara Johan dengan Johar walaupun mereka merupakan pasangan kembar.

iii. Teoh duduk mencelah di antara Hasnah dengan Dewi di dewan kuliah itu kerana tidak tahan sejuk.

iv. Mereka berbincang antara adik-beradik untuk menyelesaikan isu tanah pusaka tinggalan arwah ibu bapa mereka.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

13.

Pilih ayat yang betul.


i. Buku cerita saya yang hilang sejak minggu lepas masih belum saya temukan.

ii. Setiap murid harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

iii. Joginder didenda kerana lewat menghantar buku karangannya kepada Cikgu Aini.

iv. Oleh kerana tidak mengulang kaji pelajarannya, Suzie gagal dalam mata pelajaran Sains.

a)

i dan ii sahaja

b)

iii dan iv sahaja

c)

i, ii dan iii sahaja

d)

ii, iii dan iv sahaja

14.

Pilih peribahasa yang sesuai.


Selepas berlaku perselisihan faham itu, mereka tidak lagi bertegur sapa.

Keadaan ini diibaratkan

a)

jauh panggang dari api

b)

air dicencang tiada putus

c)

antan patah, lesung hilang

d)

berkerat rotan, berpatah arang

15.

Peribahasa bagai aur dengan tebing mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut, kecuali

a)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

b)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

c)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

d)

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa