wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Ting 2 - Kata Ganti Nama Diri

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

“ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Harun pada petang nanti” kata David kepada Siti.

a)

Beta

b)

Saya

c)

Patik

d)

Kami

2.

"__________ perlu pastikan bahawa suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan kelas," pesan Cikgu Halim kepada pelajar-pelajarnya.

a)

kalian

b)

dia

c)

kami

d)

beliau

3.

Pelajar itu didenda oleh gurunya kerana _________ hadir lewat ke sekolah.

a)

beliau

b)

kamu

c)

dia

d)

aku

4.

Cikgu Fazira seorang guru yang berdedikasi. ________________ menjadi contoh kepada guru yang lain.

a)

Dia

b)

Baginda

c)

Kita

d)

Beliau

5.
 ____________mestilah berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan. 
a)
A. Kami
b)
B. Kita
c)
C. Mereka
d)
 D. Engkau 
6.

Arahan: Pilih jenis kata ganti nama diri orang yang betul:


kami

a)

Kata Ganti Nama Diri Pertama

b)

Kata Ganti Nama Diri Kedua

c)

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

7.

Arahan: Pilih jenis kata ganti nama diri orang yang betul:


awak

a)

Kata Ganti Nama Diri Pertama

b)

Kata Ganti Nama Diri Kedua

c)

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

8.

Arahan: Pilih jenis kata ganti nama diri orang yang betul:


beliau

a)

Kata Ganti Nama Diri Pertama

b)

Kata Ganti Nama Diri Kedua

c)

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

9.

"_______ akan berangkat ke majlis itu sebentar lagi," titah sultan.

a)

Patik

b)

Hamba

c)

Saya

d)

Beta

10.

"________ akan menyiasat punca kemalangan maut itu," kata Ketua Polis Daerah Maran.

a)

Kami

b)

Kita

c)

Beliau

d)

Kamu

11.

"Mengapakah ________ tidak hadir ke sekolah semalam?" tanya Cikgu Ramli kepada Aziz.

a)

kalian

b)

anda

c)

kamu

d)

dia

12.

"Sudahkah _________ bawa barang yang saya perlukan itu, Aaron? " tanya Cikgu Chee Kang kepada pelajarnya.

a)

baginda

b)

dia

c)

anda

d)

kamu

13.

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Semasa hayatnya, __________ telah berjuang menuntut kemerdekaan daripada British.

a)

ia

b)

dia

c)

beliau

d)

baginda

14.
"Azim, Hafiz dan Badrul tidak hadir semalam kerana __________ ketinggalan bas," kata ketua kelas kepada Cikgu Musa.
a)
mereka
b)
beliau
c)
awak
d)
dia
15.

Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul

a)

Dia, Kami, Kita

b)

Mereka, Beliau, Baginda

c)

Saya, Kami, Beta

d)

Baginda, Dia, Kalian