wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Tatabahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mak Cik Saodah sedang _____________ padi menggunakan nyiru.

a)

menampi

b)

mengasing

c)

menapis

d)

melambung

2.

"Jemputlah singgah ke rumah ________ jikalau ______ datang ke Semenyih," kata Suzie kepada Intan.

a)

kami.........kamu

b)

kita.......kalian

c)

saya......kamu

d)

saya.......kita

3.

Nenek Bedah sedang ___________ cili di dapur untuk menyediakan masakan tengah hari.

a)

melenyek

b)

menenyeh

c)

menggiling

d)

menggelek

4.

Jasnita _________ berbahasa Inggeris kerana dia pernah tinggal bersama keluarganya di England.

a)

fasih

b)

hebat

c)

cekap

d)

petah

5.

___________ dia miskin, namun dia kaya dengan budi bahasa.

a)

Bukan sahaja

b)

Malah

c)

Sungguhpun

d)

Namun begitu

6.

Kedai _________ motosikal itu musnah dalam kebakaran pagi semalam.

a)

alat ganti

b)

alat-alatan

c)

perkakasan

d)

alatan

7.

Pemain bola sepak yang cedera _____ kepala itu telah diusung ke luar padang oleh pegawai perubatan.

a)

kepada

b)

pada

c)

ke

d)

di

8.

___________ hadir ke majlis perasmian sukan tahunan sekolah saya pada minggu hadapan.

a)

Sila

b)

Jemput

c)

Harap

d)

Tolong

9.

"Mengapakah _________ ingin berjumpa dengan saya?" tanya Encik Salleh kepada para pekerjanya.

a)

kita

b)

awak

c)

kalian

d)

mereka

10.

Humairah berasa __________ ketika berada di tingkat yang paling tinggi di Menara Kuala Lumpur.

a)

gayat

b)

gugup

c)

gamam

d)

gelisah

11.

Wajah Danish lebih kacak _____________ wajah abangnya, Danial.

a)

terhadap

b)

kepada

c)

daripada

d)

dari

12.

Pada musim kemarau, sawah kepunyaan Pak Kassim menjadi ___________ menyebabkan pengeluaran padi terjejas.

a)

tandus

b)

kontang

c)

jerlus

d)

pecah

13.

Ketua pasukan bola sepak JDT itu ____________ piala yang dimenangi oleh pasukannya.

a)

mengangkat

b)

menjunjung

c)

menjulang

d)

mengelek

14.

"Sesiapa yang membawa telefon bimbit ke sekolah akan dikenakan tindakan __________ yang tegas," kata Cikgu Au kepada murid-muridnya.

a)

tatatertib

b)

tatarakyat

c)

tatasusila

d)

tatabahasa

15.

Mak Cik Leha sedang asyik __________ tikar mengkuang di serambi rumahnya.

a)

menjahit

b)

menyirat

c)

menyulam

d)

menganyam

16.

Hasliza amat rindu ________ abangnya yang berada di Jepun kerana sudah lama tidak bersua.

a)

akan

b)

kepada

c)

untuk

d)

pada

17.

Abid merupakan anak bongsu Puan Syahirah yang masih belum berkahwin.

Pilih perkataan berlawan bagi bongsu.

a)

awal

b)

sulung

c)

akhir

d)

tengah

18.

Mangsa kemalangan itu dihantar ke hospital dalam keadaan yang tenat.

Pilih perkataan seerti bagi tenat.

a)

parah

b)

sembuh

c)

sakit

d)

getir

19.

Cita-cita abang untuk memasui sekolah berasrama penuh punah kerana gagal mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR.

Pilih perkataan berlawan punah.

a)

berjaya

b)

gagal

c)

hancur

d)

ranap

20.

Burung merpati itu hinggap di atas ranting.

Pilih perkataan seerti bagi hinggap.

a)

singgah

b)

duduk

c)

tenggek

d)

berdiri