Font size
WorksheetsBab 2 kebangkitan nasionalisme
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
"Nasionalisme merupakan gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara dan bangsanya"
Siapakah tokoh yang berkaitan dengan penyataan ini?
Profesor William R. Roff
Hans Kohn
Dato' Onn Jaafar
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Gerakan nasionalisme di Malaysia adalah merujuk kepada perasaan cinta negara.
Mengapakah wujudnya perasaan tersebut
Kehilangan kuasa pembesar
Cukai yang tinggi kepada semua rakyat
Kerahan tenaga dalam bidang pertanian
Bebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah
Dasar British telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Apakah dasar British tersebut
Memberi kemudahan kepada rakyat asing untuk datang ke tanah Melayu
Membiarkan kampung-kampung terus terpinggir
Mengenakan cukai kepada penduduk bandar
Menggalakkan orang Melayu menanam padi
Kuasa kuasa Berikut adalah bangsa penjajah yang pernah menakluki Tanah Melayu.
-Portugis
-Belanda
-Inggeris
-Jepun
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penjajahan mereka
Dasar penjajahan barat dan Timur adalah berbeza
Jepun pembebasan negara di Asia
Semua bangsa penjajah adalah zalim dan kejam
Semua bangsa penjajah ingin membangunkan negara Asia
Semangat kesedaran politik penduduk di Tanah Melayu adalah dipengaruhi oleh suasana politik di Indonesia.
Bagaimanakah pengaruh tersebut sampai dengan lebih berkesan ke tanah Melayu
Tanah Melayu berjiran dengan Indonesia
Pemimpin nasionalisme Tanah Melayu belajar di Indonesia
Kemasukan orang Indonesia ke tanah Melayu
Gerakan untuk menyatukan Indonesia dan Tanah Melayu
Apakah sumbangan tokoh ini dalam perjuangan nasionalisme di negara kita ?
Perjuangan berpendidikan agama
Perjuangan bercorak radikal
Perjuangan melalui penulisan
Perjuangan terawal di Tanah Melayu.
Kemunculan mesin cetak telah memberi kesan kepada nasionalisme di Tanah Melayu abad ke 20.
Apakah kesan tersebut ?
Pentadbiran sistematik
Penentangan terhadap British
Peningkatan sistem pendidikan
Perluasan pengaruh barat
Maklumat berikut berkaitan akhbar yang dibentuk bagi melahirkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
• Diterbitkan pada 23 julai 1906
• Menyeru umat islam kembali kepada ajaran islam sebenar.
Apakah akhbar tersebut ?
Saudara.
Neracha
Al-Imam
Pengasuh
Antara berikut, yang manakah mencirikan Kaum Muda
Terdiri daripada golongan pemuda
Memperjuangkan nasib golongan muda
Mengasingkan diri dari golongan tua.
Membawa idea baru dari Timur Tengah
Pernyataan berikut berkaitan karya kreatif yang telah lahir di Tanah Melayu.
• Mari kita berjuang
• Angan – angan dengan gurindam
• Sedarlah
Apakah isu yang dibangkitkan dalam penulisan tersebut ?
Memupuk semangat kebangsaan
Menyeru penubuhan persatuan
Menentang tuntutan orang dagang
Menuntut kemerdekaan negara
Persatuan sahabat pena Malaysia ( PASPAM ) telah ditubuhkan pada tahun 1934.
Apakah peranan PASPAM ?
Menegakkan ajaran Islam
Menggalakkan kemajuan bangsa
Memajukan budaya dan maruah
Menggalakkan ahlinya untuk bersatu
Kesatuan melayu singapura ( KMS ) berperanan penting dalam membela nasib orang - orang Melayu.
Apakah bukti keberkesana perjuangan kesatuan di atas
Pembentukan pasukan tentera semut
Mendapat naungan daripada kerajaan British.
Menghadiri Kongres Melayu di Kuala Lumpur.
Penubuhan cawangan di negeri melayu lain.
Ibrahim Haji Yaakkob merupakan pemimpin sebuah kesatuan yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun 1939.
Apakah objektif utama kesatuan pimpinan beliau ?
Menuntut kemerdekaan
Membaiki taraf ekonomi
Menggalakan perpaduan
Menegakkan ajaran agama
Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Temelong, Terengganu menentang British.
Mengapakah penentangan tersebut dilakukan ?
Pengenalan peraturan tanah
Perlucutan jawatan pembesar
Pengenalan pendidikan sekular
Pembunuhan penduduk tempatan
Tokoh berikut merupakan tokoh penting dalam Gerakan Islah di Tanah Melayu .
- Syeikh Tahir Jalaluddin
- Syed Syeikh al-Hadi
Apakah sumbangan mereka ?
Menentang British secara radikal
Menubuhkan kerajaan negeri
Menganggotai kaum muda
Mmeperkenalkan teknologi moden
Akhbar berikut merujuk kepada akhbar yang menyemai semangat kebangsaan pada awal abad ke-20.
- al-Imam
- Neracha
- Idaran Zaman
Pihak manakah yang menerbitkan akhbar tersebut ?
Gerakan Islah
Kesatuan Melayu Muda
Gerakan Pan-Islamisme
Persatuan Melayu Pahang
Perkembangan nasionalisme di Asia, nilaikan pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa itu.
Kebangkitan nasionalisme pemimpin-pemimpin tempatan menentang penjajahan
Akur dengan kehendak penjajah tanpa penentangan
Ramai pejuang Islam bangkit berjuang berteraskan ajaran Islam
memperbaik kehidupan untuk melepaskan diri dari penjajahan barat.
Gerakan nasionalisme di Malaysia adalah merujuk kepada perasaan cinta negara.
Mengapakah wujudnya perasaan tersebut
Kehilangan kuasa pembesar
Cukai yang tinggi kepada semua rakyat
Kerahan tenaga dalam bidang pertanian
Bebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah
Apakah tujuan Kesatuan Melayu Muda ditubuhkan
Menentang kuasa Jepun
Menyebarkan fahaman komunis
Mendaulatkan kesusasteraan
Mendapatkan kemerdekaan
Nyatakan faktor-faktor kemunculan nasionalisme pada abad ke-20 di Tanah Melayu
I karya asing
II sistem sosial
III peranan agama
IV sistem pendidikan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Akhbar dan majalah turut memainkan peranan dengan mengetengahkan isu hak dan masa depan penduduk Tanah Melayu. Antaranya ialah Jelutung Press.
Apakah kesan daripada penubuhannya
Memakmurkan ekonomi
Menggalakkan persaudaraan Islam
Mengembangkan fahaman demokrasi
Menyemarakkan kegiatan nasionalisme
Perkembangan nasionalisme di negara kita meninggalkan kesan yang dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari segi sosial untuk lepasan SITC yang terdiri daripada guru wanita.
Apakah yang dihasratkan oleh ibu Zain dalam majalah bulan Melayu
Wanita tidak perlu mempertahankan tanah air kerana mempunyai tanggungjawab mengemas rumah tangga
Wanita boleh mengangkat senjata sekiranya diperlukan
Wanita hanya perlu memberi semangat kepada perjuangan lelaki
Mengingatkan wanita tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita
Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua.
Rumah Besar Tiang Sebatang
Cerita Awang Putat
Di sini Kita Bukannya Orang Dagang.
Apakah tema cerpen tersebut
Menyekat pengaruh komunis
Mewujudkan perpaduan kaum
Memperjuangkan nasib bangsa
Mengurangkan pengaruh golongan radikal
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada Mei 1937. Apakah perjuangan yang dibawa oleh KMM ini?
Memajukan ekonomi orang Melayu.
Mencetuskan revolusi yang lebih radikal.
Memberikan kerjasama kepada penjajah.
Menentang British dengan mewujudkan gagasan Melayu Raya.
Langkah British memperkenalkan Dasar Desentralisasi adalah untuk mendorong orang Melayu agar lebih peka tentang masa depan mereka. Apakah kesan dasar ini terhadap orang Melayu?
Mengembalikan kuasa sultan.
Penubuhan persatuan peringkat negeri.
Memberi perhatian kepada sosioekonomi.
Membincangkan Kemerdekaan Tanah Melayu.
