WorksheetsBM T6- Kata Majmuk (Cikgu Ana)
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Surat yang ditulis oleh __________ Persatuan Bahasa Melayu sekolah itu belum di_____________ oleh Guru Besar.
kakitangan ... kemas kini
orang awam ... tandatangan
setiausaha ... tandatangan
Semua peserta Pertandingan Bercerita Peringkat Zon Bangi diminta mendaftarkan nama di meja _______.
setiausaha
kakitangan
urusetia.
Miftahul dan kawan-kawannya telah mewakili Rumah Sukan Waja dalam acara ___________.
ibu bapa
sukaneka
luar biasa
Encik Yusri meminta anak lelakinya menggunakan baldi untuk menakung ___________.
air terjun
air laut
air hujan
Murid-murid kelas 6 Kreatif sedang menjalankan _______ di makmal Sains dengan berhati-hati.
tindak balas
aturcara
ujikaji
Mereka mencampurkan bahan tersebut ke dalam bikar yang berisi air garam untuk melihat _____________ yang berlaku.
tindak balas
tunjuk ajar
susun atur
Cikgu Mei Mei berasa risau apabila melihat sikap Gopal yang __________ sedikit semenjak kebelakangan ini.
luar dugaan
luar akal
luar biasa
Encik Suba sentiasa mengawal ___________ di hadapan sekolah untuk memastikan murid dapat melintas dengan selamat.
lebuh raya
lintas langsung
lalu lintas
Amin dan Irfan terpaksa ____________ kerana terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Jalan Karak Lama.
berpatah balik
berputus asa
bersesak-sesak
Keadaan di __________ itu agak sesak walaupun arahan Perintah Kawalan Pergerakan telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
balai raya
pasar raya
bunga raya
