wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ejaan

Total questions: 100

Worksheet time: 25hrs 0mins

Name
Class
Date
1.

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahan _____________ ini," rintih Awfa di hening pagi Ramadan.

a)

hambaMu

b)

hamba-Mu

2.

Dia kelihatan _____________ dan teragak-agak dalam adegan lakonan itu.

a)

gubra

b)

gabra

3.

Makanan yang dibuat daripada daging, ikan, udang dan sebagainya, kemudian disiat halus-halus dan dimasak dengan santan dan rempah-rempah hingga kering itu dikenali sebagai _____________.

a)

serondeng

b)

serunding

4.

Rasuah mengakibatkan turunnya _____________ dalam pentadbiran.

a)

efisyen

b)

efisien

5.

Demam _____________ penyakit yang mu­dah berjangkit dan menyebabkan peng­hidapnya demam serta berhingus.

a)

selsema

b)

selesema

6.

_____________ ialah sejenis pakaian yang dibuat daripada benang sutera, kapas, bulu dan lain-lain untuk membalut kaki.

a)

Stokin

b)

Stoking

7.

Khurafat pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yang karut, dongeng dan _____________.

a)

tahayul

b)

tahyul

8.

"Kamu terlalu ______________ dengan kemajuan sehingga terlupa pada insan yang bersaudara denganmu," kata Pak Ali kepada Rosidi.

a)

taksub

b)

taasub

9.

Dia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat ________________ orang yang warak.

a)

bermertuakan

b)

bermentuakan

10.

Semua perbelanjaan runcit hendaklah dibuat melalui buku, dan pembayaran hendaklah disokong oleh _____________ ataupun resit.

a)

baucar

b)

baucer

11.

______________ ialah cerita yang tidak dapat dipastikan benar tidaknya yang bersangkutan dengan kisah-kisah bersejarah.

a)

Legenda

b)

Lagenda

12.

"Jikalau tuan hendak belayar, ___________nya hamba dibawa," pinta Khalid kepada majikannya.

a)

sayugia

b)

seyogia

13.

_____________ ialah sandiwara yang pelakon-pelakonnya hanya melakukan gerak-geri sahaja tetapi tidak menuturkan kata-kata.

a)

Pantomin

b)

Pantomim

14.

______________ ialah sejenis penyakit yang kronik atau berlarut-larutan oleh sebab terdapatnya leukosit yang berkembang biak dan meresap ke dalam sumsum tulang, limpa dan lain-lain lalu membinasakan alat-alat tubuh yang membentuk darah.

a)

Leukimia

b)

Leukemia

15.

Ibu menyediakan ______________ telur dan sardin sebagai bekalan makanan untuk dibawa berkelah di tepi pantai.

a)

sandwic

b)

sandwich

16.

___________ iaitu meniru atau mengutip karangan orang lain tanpa izin daripada pe­nulisnya ialah satu perbuatan yang salah dari segi undang-undang.

a)

Menciplak

b)

Menjiplak

17.

Kakak tersipu-sipu malu apabila bapa memuji masakan ___________ gorengnya yang sungguh lazat.

a)

mihun

b)

bihun

18.

Sebahagian besar perkataan dalam kamus ini diberi ____________ dan dituruti oleh kata seerti.

a)

definasi

b)

definisi

19.

Abang membeli nasi __________ ayam, daging dan kambing untuk juadah berbuka pada hari ini.

a)

beryani

b)

beriani

20.

World Squash Federation (W.S.F.) ialah badan yang bertanggungjawab dalam pengurusan dan pembangunan ______________ di peringkat dunia.

a)

skuash

b)

skuasy

21.

_____________ gaya bahasa sajak Usman Awang itu telah ditulis oleh Chai Loon Guan dalam akhbar Watan Minggu.

a)

Analisa

b)

Analisis

22.

_____________ ialah nama sejenis binatang seperti cicak tetapi lebih besar dan berwarna hijau serta bersisik badannya atau nama saintifik haiwan tersebut ialah tachydromus seclineatus.

a)

Mengkarung

b)

Bengkarung

23.

Makanan yang mengandungi lemak dan ___________ yang tinggi haruslah dielakkan kerana kandungan makanan tersebut dikatakan mem­punyai kesan buruk pada sistem pengedaran darah.

a)

kolestrol

b)

kolesterol

24.

Jalan masuk ke kedai itu ___________ dan becak.

a)

lembab

b)

lembap

25.

Kaum muda mestilah lebih ___________ supaya lekas maju.

a)

dinamis

b)

dinamik

26.

______________ ialah bilangan anggota atau ahli paling kecil yang mesti hadir bagi membolehkan mesyuarat diadakan secara rasmi dan sah.

a)

Korum

b)

Kuorum

27.

Pak Atan menempah 500 cucuk ____________ sebagai hidangan makanan kepada tetamu yang hadir ke majlis kesyukurannya.

a)

satay

b)

sate

28.

Sukan Paralimpik ialah sukan peringkat antarabangsa bagi __________ yang berkelainan upaya.

a)

atlit

b)

atlet

29.

Hikayat Amir Hamzah antara karya pengangkat semangat juang ___________ Melayu.

a)

satria

b)

sateria

30.

___________ Ahmad dihantar ke bengkel kerana rosak.

a)

Motosikal

b)

Motorsikal

31.

___________ sungguh gadis itu sehingga hal-hal

peri­badinya pun diceritakan kepada orang lain.

a)

Celupar

b)

Celopar

32.

__________ di kawasan bandar mempunyai keanekaan yang lebih tinggi seperti mempunyai taman yang dilengkapi dengan pelbagai tumbuhan, lampu, arca, perabot dan sebagainya, berbanding dengan ___________ gurun yang mempunyai keanekaan yang lebih rendah.

a)

Lanskap

b)

Landskap

33.

Ramai pelanggan yang beratur di gerai Encik Kamal yang menjual ____________ goreng yang lazat lagi murah.

a)

kuetiau

b)

kuey tiau

34.

Syarat ke­masukan ke dalam ___________ syarikat dan peluang untuk mencapai kedudukan tinggi sebahagian besarnya ditentukan oleh tingkat pendidikan.

a)

hierarki

b)

hirarki

35.

Aizad melakukan sujud syukur setelah menjuarai kejohanan _____________ peringkat kebangsaan.

a)

pingpong

b)

ping pong

36.

Pendidikan asas yang menekankan pembelajaran membaca, menulis dan mengira, biasanya bermula dari ____________ hingga ke darjah enam bagi sekolah-sekolah di Malaysia.

a)

prasekolah

b)

pra sekolah

37.

Dengan __________nya pengeluaran ekonomi, maka lebih banyaklah barang-barang yang boleh dibahagi-bahagikan antara rakyat.

a)

maksimum

b)

maksima

38.

Dia telah diminta untuk __________ nama-nama pekerja yang datang lewat.

a)

mencatat

b)

mencatit

39.

Mesin ____________ ialah alat untuk menyalin dan menghantar imej cetak ke satu tempat yang lain menerusi talian telefon.

a)

faksimili

b)

faksimile

40.

Pemuda itu ialah _____________ sebuah syarikat kereta.

a)

ejen

b)

agen

41.

Angin, serangga, air dan sebagainya ialah _____________ pendebungaan.

a)

ejen

b)

agen

42.

Hidangan disajikan secara ____________ ketika majlis makan malam itu.

a)

bufet

b)

buffet

43.

Dua ratus tahun kemudian, seorang ______________ menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut yang sedang nyenyak tidur di dalam gua tersebut.

a)

pengembala

b)

penggembala

44.

Penspaman ialah satu perbuatan menghantar ____________ yang biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus atau apa jua bentuk teks, grafik atau fail lampiran yang tidak diingini kepada penerima-penerima yang tidak mengundang atau meminta ____________ tersebut.

a)

emel

b)

e-mel

45.

________ Allah terletak pada __________ kedua-dua ibu bapa kita.

a)

Reda

b)

Redha

46.

Ada waktu yang lama untuk mereka ________________ selepas makan.

a)

bersilaturahim

b)

bersilaturrahim

47.

Ahli ______________ wal­jamaah ialah golongan yang berpegang teguh kepada al-Quran, hadis, ijmak dan qias sebagai landasan agama.

a)

sunah

b)

sunnah

48.

"Jangan kamu pergi mandi-manda di lombong-lombong kerana itu ____________," pesan Haji Sidek kepada Misbun.

a)

berbahaya

b)

merbahaya

49.

Ramai wanita mengambil berat penggunaan krim atau ____________ tabir suria tetapi mengabaikan penggunaan ____________ untuk mengurangkan masalah kulit kering.

a)

losen

b)

losyen

50.

Syed Saddiq memaklumkan empat sukan iaitu olahraga, gimrama, memanah dan boling padang, selain beberapa sukan baharu seperti sukan elektronik dan sukan berhalangan dijangka menjadi penyumbang utama kepada kutipan pingat emas ____________ negara pada Sukan SEA kali ini.

a)

kontingen

b)

kontinjen

51.

____________ ialah wang upah yang dibayarkan kepada wakil atau ejen kerana menjual barang-barang.

a)

Komisen

b)

Komisyen

52.

Kulitnya hitam manis dan rambutnya ___________.

a)

keriting

b)

kerinting

53.

____________ birokrasi proses atau urusan kerja kadangkala sangat merumitkan keadaan, terutamanya yang melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yang mengambil masa yang sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan.

a)

Karenah

b)

Kerenah

54.

Selepas tiga jam berlatih, mereka ____________ setengah jam.

a)

beristirahat

b)

beristirehat

55.

"Jika saudara mengamalkan senaman ini, ___________ saudara akan berasa segar dan sihat," ujar Pak Sudirman kepada Sazali.

a)

insya Allah

b)

insya-Allah

56.

Halnisah menghadiahi sahabatnya beberapa set sudu dan __________ sempena walimatulurus beliau baru-baru ini.

a)

garfu

b)

garpu

57.

Mereka bekerja seolah-olah dalam satu keluarga besar, sentiasa bertolak ansur dan menjalin tali __________ antara satu dengan yang lain.

a)

ukhwah

b)

ukhuwah

58.

Pejabat ___________ ialah pejabat yang bertanggungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian dan pentadbiran sesebuah badan perundangan, majlis atau pertubuhan antarabangsa.

a)

urus setia

b)

urusetia

59.

Setelah lima bulan cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) dilaksanakan, pelbagai rungutan dan komen dapat dilihat dan didengar, ____________ di kedai makan, pejabat dan rumah ataupun di dalam bas dan kereta api.

a)

samada

b)

sama ada

60.

Sesampai di _________ kereta api Kuala Lumpur, aku lihat ibuku sudah ada menunggu.

a)

stesen

b)

stesyen

61.

Salad Boston ialah salad seperti ____________ kecil berdaun lembut, halus dan lebar seperti mangkuk, berwarna hijau tua di sebelah luar dan hampir putih di sebelah dalam, sebagai lapik makanan semasa dihidang.

a)

kobis

b)

kubis

62.

Tumpuan juga boleh dialih kepada bidang _____________ yang sering menarik minat pelancong.

a)

kraftangan

b)

kraf tangan

63.

_____________ kifayah ialah tuntutan bersama bagi orang Islam, yang apabila dilaksanakan oleh seseorang antara mereka, yang lain bebas daripada tanggungjawab itu seperti mengebumikan mayat.

a)

Fardu

b)

Fardhu

64.

Dia telah membayar hutangnya ____________.

a)

sekali gus

b)

sekaligus

65.

Contohnya ‘Kempen _____________’ yang merupakan satu program mega daripada kerajaan untuk membanteras najis dadah dalam kalangan remaja khasnya dan masyarakat umum amnya.

a)

Anti Dadah

b)

Antidadah

66.

Sultan Abdul Hamid telah menolak semua cadangan yang dikemukan oleh pegawai yang sentiasa berfikiran ____________ itu.

a)

pro-Barat

b)

pro Barat

67.

Pohon-pohon ______________ dipuput bayu laut.

a)

bergemersik

b)

bergemeresik

68.

_________ Habibah bercadang mem­buka kelas tekat-menekat sebagai langkah permulaan men­didik generasi muda.

a)

Hajah

b)

Hajjah

69.

"Pergilah sembahyang ________ cepat sedikit. Waktu ________ hampir seput," gesa Mak Minah kepada anak terunanya.

a)

zohor

b)

zuhur

c)

Zohor

d)

Zuhur

70.

Rantai makanan ialah pemindahan tenaga sehala dari satu _____________ ke _____________ yang lain secara berturutan.

a)

organisma

b)

organisme

71.

____________ ialah bayaran wang atau bentuk bantuan

lain daripada kerajaan pusat kepada kerajaan

negeri, industri, syarikat swasta atau individu.

a)

Sabsidi

b)

Subsidi

72.

____________ tindakan ialah langkah-­langkah tindakan yang diambil untuk mencapai sesuatu tujuan.

a)

Plan

b)

Pelan

73.

Anugerah ini ___________ dengan jasanya.

a)

cocok

b)

cucuk

74.

Dia menggosok-gosok bekas kena _____________.

a)

cocok

b)

cucuk

75.

___________ ialah laluan atau lorong berbumbung atau bertutup dengan kedai-kedai kecil di kiri kanan kedai-kedai tersebut.

a)

Aked

b)

Arked

76.

Sekolah itu banyak melahirkan jaguh negara dalam acara tenis, ____________ dan badminton.

a)

boling

b)

bowling

77.

Presiden Soekarno dapat ______________ seluruh rakyat Indonesia dengan pidatonya yg berapi-api.

a)

menggembleng

b)

menggembeleng

78.

__________ ialah satu sistem ekonomi dan politik yang pemilikan harta benda, industri dan per­niagaan sistem tersebut lebih banyak tertumpu pada sektor swasta daripada kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dengan lain untuk membuat keuntungan.

a)

Kapitalisma

b)

Kapitalisme

79.

Usul al-Fiqh menyediakan _____________ yang diperlukan untuk mengubah, menunda, menambah atau menguatkuasakan undang-undang.

a)

mekanisma

b)

mekanisme

80.

_________ goreng di kantin sekolah dijual dengan harga seringgit.

a)

Mi

b)

Mee

81.

Drama ini merupakan reaksi daripada drama sebelumnya yang ______________ kehidupan yang tidak bermoral masyarakat kelas bangsawan.

a)

mengenengahkan

b)

mengetengahkan

82.

Mereka membincangkan perkara yang mus­tahak sahaja dan _________________ perkara yang tidak penting.

a)

mengenepikan

b)

mengetepikan

83.

Sebagai jiran, kita _____________ terhadap rusuhan rakyat menentang pemerintahan tentera di Bangkok.

a)

perihatin

b)

prihatin

84.

Guru hendaklah sentiasa sedia untuk memberikan _____________ dan pertolongan.

a)

pertunjukan

b)

pertunjukkan

85.

Pengumuman Tun Mahathir berkenaan_______________ jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 telah menggemparkan dunia.

a)

peletakan

b)

perletakan

86.

Soto ialah makanan seperti sup yang dicampur dengan daging ayam, nasi himpit, __________ dan lain-lain.

a)

tauge

b)

taugeh

87.

Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah ___________ Islam, mengamalkan adat budaya Melayu dan bertutur menggunakan bahasa Melayu.

a)

beragama

b)

berugama

88.

Rancangan itu dibuat khas supaya ____________ dapat memberikan maklum balas.

a)

audien

b)

audiens

89.

Maklumat mahasiswa yang masih berada di kampus telah pun _____________ oleh pihak kolej.

a)

dikemaskini

b)

dikemas kini

90.

PAS ialah akronim bagi Parti Islam ________________.

a)

SeMalaysia

b)

Se-Malaysia

91.

"Jika timbul sesuatu perkara, ____________ saya," pesan Encik Kamarul kepada Affan dan Elias.

a)

beri tahu

b)

beritahu

92.

Harga ikan _________ mencanak naik pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

a)

kembung

b)

kembong

93.

Esoterik bermaksud sesuatu yang hanya difahami, diketahui atau __________ oleh sebilangan kecil orang sahaja.

a)

dihayati

b)

di hayati

94.

Para pelajar ____________ untuk berada di kawasan asrama pada waktu persekolahan.

a)

di larang

b)

dilarang

95.

Ramai gelandangan kelihatan berlegar-legar ________________.

a)

di jalanan

b)

dijalanan

96.

Kertas soalan itu mengandungi soalan _______________.

a)

dwi-bahasa

b)

dwibahasa

97.

Ayah _____________ makan malam bersama ibu sebentar tadi.

a)

sudahpun

b)

sudah pun

98.

_____________ anak raja itu tersangatlah buas serta nakal.

a)

Adapun

b)

Ada pun

99.

Dekad _____________ merupakan tahun-tahun dari 90 hingga 99.

a)

90an

b)

90 an

c)

90-an

100.

Kita ______________ bekerja, sedang mereka berdengkur tidur,

a)

bertungkus lumus

b)

bertungkus-lumus