NEW
Font size
WorksheetsSains Tahun 6
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria?
selsema
cacar air
kerosakan gigi
Rubella
Mikroorganisma yang dilihat di bawah mikroskop membuktikan bahawa
Mikroorganisma bergerak.
Mikroorganisma bernafas.
Mikroorganisma bertumbuh.
Mikroorganisma berkumuh.
Apakah kepentingan suntikan vaksin?
Untuk mempercepatkan penyembuhan sesuatu penyakit.
Untuk menguatkan sistem imunisasi badan.
Untuk mengelakkan badan manusia mengalami alahan.
Untuk meningkatkan pertumbuhan mikroorganisma dalam badan manusia.
Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan diri daripada mengalami keracunan makanan?
Balut luka jika ada.
Tutup mulut kita apabila batuk.
Kuarantinkan pesakit yang mengalami keracunan makanan.
Basuh tangan sebelum makan.
Rhiyadh mendapati sebahagian roti yang dibelinya telah berkulat sebelum tiba tarikh luputnya. Antara berikut, yang manakah mungkin menyebabkan hal itu berlaku?
Roti itu disimpan di dalam peti sejuk.
Roti itu lembap kerana terkena air.
Bungkusan plastik roti itu tidak diikat.
Habuk terkena pada permukaan roti itu.
Seramai 900 orang penduduk Malaysia telah dijangkiti Covid 19. Mereka dikuarantin di dalam sesebuah hospital khas untuk
membolehkannya berehat.
memberikannya penjagaan rapi.
membolehkannya sembuh dengan cepat.
mengelakkannya daripada merebakkan penyakit itu kepada orang lain.
Apakah ciri yang membezakan virus dengan mikroorganisma lain?
Virus boleh membuat makanannya sendiri.
Virus ialah mikroorganisma separa hidup yang boleh membiak dengan cara menguasai sel lain.
Virus hidup di dalam badan manusia, haiwan dan tumbuhan.
Mikroorganisma yang dapat dilihat dengan mata kasar.
Apakah mikroorganisma yang diperlukan dalam pembuatan yogurt?
kulat
paramesium
bakteria Laktobasilus
yis
Adam ingin melihat kulat yang terdapat pada roti. Apakah alat yang sesuai digunakan untuk melihat kulat roti tersebut dengan jelas?
Teleskop
Periskop
Mikroskop
Stetoskop
Antara berikut, yang manakah mempercepatkan pertumbuhan kulat pada roti?
Keadaan roti yang lembap.
Saiz roti yang lebih besar.
Roti dibakar beberapa minit.
Roti disimpan di dalam peti sejuk.
Antara makanan berikut, yang manakah disediakan dengan mencampurkan ragi dan ubi kayu?
Dadih
Keju
Tempe
Tapai
Bagaimanakah penyediaan makanan yang kotor boleh menyebabkan manusia mendapat penyakit berjangkit seperti taun?
Bakteria seperti Salmonella membiak dengan cepat apabila makanan tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak.
Yis bernafas dan menghasilkan gas karbon dioksida yang berbahaya kepada makanan.
Virus yang ada di udara menghasilkan vaksin yang menyedapkan rasa makanan itu.
Bakteria menghasilkan bau yang merosakkan nutrien pada makanan.
Mikroorganisma yang paling kecil ialah
bakteria
kulat
virus
alga
Mikroorganisma yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah
virus
alga
kulat
paramesium
Berikut adalah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma KECUALI
Suhu
Udara
Cahaya matahari
Keasidan
Apakah maksud mikroorganisma?
hidupan yang dapat dilihat dengan mata kasar
hidupan yang besar yang sukar dilihat
hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
hidupan berseni yang mudah dilihat
Yang manakah antara berikut BUKAN mikroorganisma?
Bakteria
Fungi
Berudu
Protozoa
Apakah bakteria yang menyebabkan manusia akan sakit perut jika dijangkiti?
Streptococcus aureus
Salmonella
Staphylococcus
E.Coli Azamo
Apakah langkah yang terbaik untuk mengelakkan penyebaran mikroorganisma?
Lap hingus dengan tapak tangan
Cuci tangan dengan air paip dan sabun
Korek hidung kemudian jilat
Lap tangan dengan kain basah
