wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA TAHUN 4

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Sultan Mahmud sedang bersantap . _____________ suka makan ikan dengan kuah Asam.

a)

Baginda

b)

Mereka

c)

Dia

d)

Beliau

2.

Ahli Persatuan Sains itu sedang mencantikkan taman sains._______ melakukan tugas itu bersama-sama.

a)

Beliau

b)

Kami

c)

Mereka

d)

Dia

3.

Pemain pasukan Sabah itu sedang melakukan ________ sudut untuk pasukannya.

a)

pukulan

b)

sepakan

c)

hayunan

d)

hantaran

4.

Buku cerita yang baru diterbitkan itu sesuai _____________________ kanak- kanak berusia tujuh tahun.

a)

daripada

b)

dari

c)

untuk

d)

kepada

5.

Rani memungut baju-baju kotor itu _________________ merendamnya di dalam besen.

a)

dan

b)

atau

c)

lalu

d)

maka

6.

Abang mengeluarkan ________ yang baru dibelinya daripada kotak itu lalu meletakkannya di atas meja.

a)

bebuli

b)

tetikus

c)

kekunci

d)

lelabah

7.

Baju yang baru dibeli oleh Ranjita ada ___________ kakaknya.

a)

akan

b)

daripada

c)

pada

d)

dengan

8.

” ___________________ , ambil tuala ini dan pergi mandi sekarang juga !” kata Puan Eng kepada anaknya.

a)

Cih

b)

Nah

c)

Amboi

d)

Eh

9.

Badan pesakit yang baru menjalani pembedahan itu masih ___________ dan dia perlu banyak berehat.

a)

lemah

b)

layu

c)

lembik

d)

lembap

10.

Pada malam hari raya, Roslan membantu datuknya ________ ketupat.

a)

membakar

b)

mereneh

c)

merebus

d)

menyalai

11.

Penternak lembu itu terkejut apabila mendapati ________ ekor lembunya mati.

a)

sebahagian

b)

beberapa

c)

setengah

d)

semua

12.

_____________________ penduduk kampung diarahkan berpindah ke kawasan perumahan yang baru dibina.

a)

Setiap

b)

Segala

c)

Setengah

d)

Semua

13.

Ai Ling memakai _______________ semasa mengikuti kelas renang.

a)

baju renang

b)

baju kemeja

c)

baju hujan

d)

baju sukan

14.

Terdapat se_________________ anak sungai yang jernih airnya di belakang rumah saya.

a)

buah

b)

biji

c)

batang

d)

kaki

15.

Ayah tidak suka ___________________ dalam pergaduhan antara saya dengan kakak.

a)

cepat tangan

b)

ringan tulang

c)

bekas tangan

d)

campur tangan