wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CERPEN MENUAI EMAS TING. 2 (Latihan PKP)

Total questions: 40

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tema bagi cerpen Menuai Emas?

a)

Kasih sayang seorang anak kepada ibu bapa

b)

Keberanian mempertahankan hak dan pegangan diri

c)

Manusia dan alam ialah ciptaan Allah

d)

Kemajuan dalam bidang pertanian

2.

Alif merupakan siswazah jurusan ______________

a)

perniagaan

b)

ekonomi

c)

perakaunan

d)

perniagaan antarabangsa

3.

Berapakah petak sawah yang dimiliki oleh Alif dan keluarganya?

a)

tiga

b)

empat

c)

dua

d)

enam

4.

Berikut ialah tuduhan Abang Man terhadap Alif yang telah menyebabkan Alif hampir hilang sabar...

a)

Alif tidak lulus peperiksaan

b)

Alif tidak tamat belajar

c)

Alif mahu membolot tanah milik kelurganya

d)

Alif tidak mendapat pekerjaan yang lain

5.

Pemaju projek perumahan merancang untuk membina _________________ di tapak sawah tersebut.

a)

rumah teres kos rendah

b)

rumah flat

c)

rumah banglo satu tingkat

d)

rumah teres

6.

Hampir semua pemilik petak sawah telah bersetuju untuk menjual tanah mereka kecuali

a)

Tuk Ketua

b)

Pak Nik

c)

Mak Lang Munah

d)

Pak Long Umar

7.

Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam ayat ... Dia cuba memutar pita ingatan semula..

a)

personifikasi

b)

anafora

c)

inversi

d)

metafora

8.

Apakah punca utama abang Man naik angin dengan Alif?

a)

Dia tidak dapat menjual petak sawahnya yang bersempadanan dengan Alif

b)

Alif telah menghasut penduduk kampung

c)

Alif telah memalukan dirinya

d)

penduduk kampung bersetuju dengan cadangan Alif

9.

Gaya bahasa dalam ayat ...emak mengejipkan mata semacam memberi isyarat... ialah

a)

metafora

b)

personifikasi

c)

simile

d)

diksi

10.

Persoalan yang terdapat dalam cerpen Menuai Emas ialah

a)

keberanian mempertahankan hak dan pandangan sendiri

b)

kegigihan seorang anak muda mencapai cita-cita

c)

sikap rasional dalam membuat keputusan

d)

kesabaran dalam mengerjakan sesuatu pekerjaan

11.

Apakah kebaikan varieti padi yang diusahakan oleh Alif?

a)

kebal terhadap racun rumpai

b)

menjimatkan penggunaan air melalui pembanjiran sawah yang dilewatkan

c)

padi lebih subur dan cepat berbuah

d)

mencegah masalah siput gondang emas

12.

Pengajaran dalam cerpen tersebut ialah

a)

Kita haruslah menginsafi kesalahan kita

b)

Kita mestilah berani mempertahankan hak milik keluarga

c)

Kita digalakkan untuk berbakti kepada tanah supaya memperoleh manfaat daripadanya.

d)

Kita mestilah berkorban demi orang lain

13.

Berikut ialah perwatakan Mak Wan kecuali

a)

tegas

b)

tidak berpendirian

c)

sensitif

d)

penyabar

14.

Mengapakah golongan warga emas di kampung Alif ingin menjual petak sawah mereka

a)

mereka ditawarkan bayaran lumayan

b)

mereka tiada kudrat untuk mengerjakan tanah tersebut

c)

tiada waris yang boleh menyambung kerja mereka

d)

mereka telah ditipu oleh pihak pemaju perumahan

15.

''Saya tak mahu tengok mak sedih. Saya tak mahu tengok mak menangis. Saya tak sanggup biarkan mak dengar orang kata saya tak lulus universiti''


Apakah perwatakan Alif berdasarkan dialog di atas?

a)

seorang anak yang prihatin

b)

seorang anak yang bertanggungjawab

c)

seorang anak yang menyayangi ibunya

d)

seorang anak yang taat

16.

Apakah rancangan Alif terhadap tanah sawah di kampungnya

a)

ingin menjadikan estet padi

b)

ingin diusahakan sebagai tanaman moden

c)

ingin dikomersilkan sebagai homestay

d)

ingin diusahakan sebagai perkampungan moden

17.

Mengapakah Abang Man berbalah dengan Alif?

a)

untuk memaksa Alif bekerja di Tanah Sawah

b)

supaya Alif membenarkan tanahnya dimajukan

c)

supaya Alif melepaskan tanah sawahnya untuk pembangunan taman perumahan

d)

agar Alif memberikan tanah sawahnya yang tidak diusahakan serta tidak mendatangkan hasil

18.

Apakah yang dikatakan oleh ayah Alif jika manusia berbudi kepada tanah suatu ketika dahulu?

a)

Akan memberikan emas

b)

Mereka akan menuai emas

c)

Mereka akan memberikan kekayaan di dunia dan di akhirat

d)

Mereka akan mendapat kekayaan sepanjang hayat

19.

“Dia seorang sahaja yang tak bagi kata putus.“

Nyatakan gaya bahasa bagi ayat tersebut.

a)

simile

b)

responsi

c)

hiperbola

d)

sinkope

20.

Pada pendapat anda, mengapakah Alif sangat positif dalam mengusahakan tanah ayahnya?

a)

Alif percaya hidup perlu belajar tinggi sahaja, barulah menjamin kehidupan seterusnya

b)

Alif percaya jika gagal dalam pelajaran, maka gagallah dalam hidup

c)

Alif percaya kepada diri sendiri dan ingin membuktikan bahawa usaha yang baik akan mendapat hasil yang baik

d)

Alif percaya kekayaan keluarga penting untuk menjamin kesejahteraan keluarga

21.

Mengapakah Abang Man bersungguh-sungguh ingin menjual petak sawahnya?

a)

Abang Man ingin menikmati kemajuan di kampung itu.

b)

Abang Man mahu berpindah ke Kuala Lumpur.

c)

Abang Man sudah berjanji dengan ayah Alif.

22.

Mengapakah pihak Jabatan Pertanian memandang penanaman padi sebagai usaha yang penting ?

a)

Meningkatkan kemajuan teknologi dan hasil pengeluaran padi.

b)

Mengelakkan kebergantungan padi dari negara Thailand.

c)

Mengelakkan serangan siput gondang emas yang merosakkan padi.

23.

Pada pendapat anda, mengapakah bidang pertanian dapat dimajukan?

a)

tidak perlu mengikuti kursus pertanian.

b)

menanam benih yang berkualiti.

c)

mengekalkan cara penanaman tradisioanal.

d)

menggunakan teknologi moden.

24.

Berikut merupakan sikap yang menyebabkan Alif berjaya menjadi petani moden kecuali...

a)

Malas

b)

Malu

c)

Gigih

d)

Penakut

25.

Pada pandangan anda, apakah kepentingan menjaga keindahan desa?

a)

Meningkatkan pendapatan negara melalui sektor pembangunan.

b)

Melindungi flora dan fauna daripada tercemar.

c)

Mengekalkan keindahan alam untuk generasi akan datang.

d)

Memberi lebih banyak kemajuan di kawasan desa.

26.

Berikut merupakan perwatakan yang betul bagi watak Alif kecuali?

a)

Anak Man Wan.

b)

Optimistik.

c)

Berazam ingin membawa kemajuan melalui pertanian moden.

d)

Sarkastik.

27.

Pilih perwatakan yang salah bagi watak Abang Man.

a)

Bengis.

b)

Suka mengeluarkan kata kesat.

c)

Berpandangan jauh.

d)

Mudah berang.

28.

Berdasarkan contoh yang berikut, apakah teknik plot yang digunakan?

"Bila jentera tuai sampai?."

"Inshaa Allah, esok tuk. Kita mulakan kerja menuai esok."

a)

Imbas kembali

b)

Monolog Dalaman

c)

Dialog

d)

Pemerian

29.

Sebagai seorang anak, bagaimanakah cara mengekalkan warisan peninggalan kedua-dua ibu bapa kita?

a)

Mengusahakan dan memulihara warisan dengan cermat.

b)

Menjual warisan bagi mendapatkan keuntungan yang banyak.

c)

Meminggirkan dan mengabaikan keaslian warisan tersebut.

d)

Memelihara dan melindungi warisan daripada sebarang ancaman.

30.

Dia hafal kebaikan yang bakal diperoleh daripada varieti padi yang diusahakan ini. Benih verieti ini kebal terhadap racun rumpai imidazolodonone, dan menjimatkan penggunaan air... Apakah teknik plot yang digunakan?

a)

Imbas kembali

b)

Pemerian

c)

Dialog

d)

Monolog Dalaman

31.

"Ya abah, tidak lama lagi kita akan menuai emas, hatinya berbisik". Apakah teknik plot yang digunakan?

a)

Pemerian.

b)

Dialog.

c)

Monolog dalaman.

d)

Imbas kembali.

32.

Kita mestilah (a)   mempertahankan hak milik supaya tidak mudah dirampas oleh pihak lain.

33.

Kita haruslah (a)   menuntut ilmu agar memperoleh kejayaan pada masa hadapan.

34.

Kita hendaklah sentiasa (a)   dengan kurniaan Tuhan agar tidak mudah lupa akan nikmat yang diberikan.

35.

Kita hendaklah (a)   dengan kebolehan diri dalam menguruskan sesuatu perkara agar mudah memperoleh kejayaan.

36.

Antara berikut, yang manakah bukan latar tempat cerpen Menuai Emas?

a)

Sekolah

b)

Petak bendang

c)

Petak sawah di Seberang Perak

d)

Anjung Rumah

37.

Apakah peristiwa penting yang berlaku ketika Alif di petak bendang?

a)

Alif terjatuh ke petak bendang

b)

Tuk ketua memarahi Alif

c)

Tuk ketua menyapa Alif

d)

Alif bersanggah pendapat dengan Mak Wan

38.

Berikan maksud simpulan bahasa " bendera putih"?

a)

mengalah

b)

menyokong

c)

bersubahat

39.

Apakah kesudahan cerpen ini?

a)

Usaha Alif berjaya kerana berkatnya berbudi kepada tanah.

b)

Alif terpaksa menanggung bebanan hutang dan akhirnya muflis.

c)

Alif gagal membawa kemajuan dalam bidang pertanian yang diusahakan.

d)

Alif cacat setelah dicederakan oleh Abang Man dan orang kampung.

40.

Nyatakan gaya bahasa bagi rangkai kata pisau kata-kata

a)

metafora

b)

personifikasi

c)

anafora

d)

epifora