wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ GEOGRAFI TING 2 BAB 4

Total questions: 25

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Malaysia terletak di garisan latitud ?

a)

Garisan Khatulistiwa

b)

Garisan Jadi

c)

Garisan Sartan

d)

Garisan Artik

2.

Negara-negara di bawah juga terletak dalam zon iklim khatulistiwa. Sila tandakan negara-negara tersebut.

a)

Singapura

b)

Brazil, Amerika Selatan

c)

Turki

d)

Pulau Kalimantan & Sumatera, Indonesia

e)

Korea Utara & Korea Selatan

3.

iklim khatulistiwa di Malaysia adalah __________________________ sepanjang tahun yang menjadi faktor utama pertumbuhan hutan hujan tropika di Malaysia

a)

sejuk

b)

panas dan lembap

c)

sederhana panas

d)

sejuk beku

4.

Purata suhu tahunan Malaysia ialah _________

a)

36 °C

b)

20 °C

c)

27 °C

d)

10 °C

5.

Kawasan-kawasan berikut merupakan kawasan yang mengalami suhu yang lebih rendah, iaitu purata 18 °C kerana terletak di kawasan tanah tinggi. Tandakan kawasan tanah tinggi berikut :

a)

Tanah Tinggi Himalaya

b)

Tanah Tinggi Cameron

c)

Bukit Fraser

d)

Tanah Tinggi Genting

e)

Kundasang

6.

Hujan bukit turun di kawasan cerun bukit yang menghadap tiupan angin lembap dari _____________________

a)

Selat Melaka

b)

Laut China Selatan

c)

Selat Tebrau

d)

Kepulauan Borneo

7.

Berikut merupakan kenyataan mengenai hujan perolakan KECUALI

a)

Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari

b)

Hujan lebat turun di bahagian cerun bukit

c)

Air tersejat dan membentuk wap air

d)

Hujan turun lebat pada lewat petang disertai kilat dan petir

8.

Bilakah angin monsun timur laut bertiup?

a)

Awal bulan November hingga Mac

b)

Pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September

9.

Antara berikut, kawasan manakah menerima hujan paling sedikit di Malaysia?

a)

Kapit

b)

Bukit Larut

c)

Kuala Pilah

d)

Kota Kinabalu

10.

Terdapat 2 jenis angin tempatan iaitu

a)

Angin Sumatera

b)

Bayu laut

c)

Angin Monsun

d)

Bayu darat

11.

Apakah pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia di Malaysia?

a)

Pertanian: Padi, kelapa sawit, lada hitam

b)

Pelancongan: cuaca panas menyebabkan kurang tarikan pelancong

c)

Perikanan: nelayan turun ke laut pada musim tengkujuh

d)

Pembalakan: pertumbuhan hutan hujan tropika

12.

Apakah kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia

a)

Pulau Haba

b)

Jerebu

c)

Kesan Rumah Hijau

d)

Hujan Asid

13.

Keadaan ini mengakibatkan negara-negara di barat Lautan Pasifik termasuk Malaysia mengalami kemarau.

a)

Fenomena El Nino

b)

Fenomena La Nina

14.

Keadaan ini mengakibatkan pembentukan awan yang tebal dan hujan lebat yang luar biasa yang berkemungkinan berlakunya banjir besar

a)

Fenomena El Nino

b)

Fenomena La Nina

15.

Apakah faktor yang menyebabkan aktiviti perikanan dapat dijalankan sepanjang tahun di negeri pantai barat Semenanjung Malaysia?

a)

Air laut dalam

b)

Pengaruh angin monsun

c)

Jumlah ikan yang banyak

d)

Halangan oleh Pulau Sumatera semasa tiupan angin Monsun Barat Daya

16.

Mengapakah Malaysia tidak mengalami 4 musim?

a)

kedudukannya berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa

b)

kedudukannya di zon panas sederhana

c)

kecondongan paksi bumi

d)

terlindung daripada angin monsun

17.

Apakah faktor yang menyebabkan perikanan di pantai timur Semenanjung Malaysia tidak dapat dijalankan sepanjang tahun?

a)

Pengaruh kelautan

b)

Angin bertiup dengan kencang

c)

Bentuk muka bumi yang rata

d)

Kemudahan infrastruktur yang terhad

18.

Apakah jenis tanaman yang dikaitkan dengan Tanah Tinggi Cameron?

a)

Padi

b)

Teh

c)

Getah

d)

Kelapa sawit

19.

Apakah kesan pulau haba di pusat bandar?

a)

Banjir kilat

b)

Peningkatan suhu

c)

Kesesakan lalu lintas

d)

Keselesaan penduduk terjejas

20.

Antara berikut, kawasan yang manakah dapat dikaitkan dengan hujan asid?

a)

Pinggir laut

b)

Tanah tinggi

c)

Pusat bandar

d)

Kawasan pedalaman

21.

Apakah langkah untuk mengurangkan masalah jerebu di pusat bandar?

a)

Menggunakan kenderaan hibrid

b)

Melarang pembakaran terbuka

c)

Menyediakan tong sampah

d)

Membersihkan longkang

22.

Awan yang dibentuk semasa berlakunya hujan perolakan ialah......

a)

awan kumulus

b)

awan sirus

c)

awan stratus

d)

awan kumulonimbus

23.

Pilih maklumat benar mengenai hujan di Malaysia.

a)

Tanah tinggi menerima hujan lebat

b)

Hujan tahunan kurang daripada 2000 mm

c)

Hujan dipengaruhi oleh angin monsun

d)

Hujan lebat pada musim peralihan monsun

24.

Bilakah angin monsun barat daya bertiup?

a)

Awal bulan November hingga Mac

b)

Pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September

25.

Angin Sumatera bertiup pada bulan?

a)

April hingga Mei

b)

Jun hingga Ogos

c)

September hingga Oktober

d)

November hingga Mac