Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa T4

Total questions: 35

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Pilih peribahasa yang tepat dengan situasi di bawah.


Dania dan adiknya sudah berbaik semula selepas bergaduh selama beberapa minggu.

a)

Bagai anjing dengan kucing

b)

Air dicencang tidak akan putus.

c)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

d)

Bapak borek anak rintik.

2.

Kawan-kawannya tidak mahu menasihati Amran lagi kerana nasihat mereka itu tidak diendahkannya.


Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah..

a)

Bagai mencurah air ke daun keladi.

b)

Bagai aur dengan tebing.

c)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

d)

Tangkai jering.

3.

Carik-carik bulu ayam akhirnya (a)   jua

4.

Di mana bumi dipijak di situ langit (a)  

5.

Pilih DUA peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.


''Api dalam sekam."

a)

Ada udang disebalik batu.

b)

Musuh dalam selimut.

c)

Membuka pekung di dada.

d)

Gunting dalam lipatan.

6.

Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat.

a)

Habis madu sepah dibuang.

b)

Lain padang lain belalang.

c)

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

d)

Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

7.

Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.

a)

Bersatu teguh, bercerai roboh.

b)

Ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

c)

Biar putih tulang jangan putih mata.

8.

Apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi


Apakah peribahasa yang mempunyai maksud di atas ?

a)

Kaki bangku.

b)

Bagai mencurah air ke daun keladi

c)

Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.

d)

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

9.
Anggota - anggota ekspidisi yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.
a)
alas perut
b)
ikat perut
c)
makan hati
d)
makan garam
10.
Sikap Mak Munah yang _____________ itu menyebabkan jiran - jirannya berpecah-belah.
a)
angkat muka
b)
muka tembok
c)
bermuka-muka
d)
tebal muka
11.
Orang yang bijak menggunakan masa pasti akan mencipta kejayaan dalam hidupnya kerana _________________.
a)
masa itu emas
b)
ilmu itu pelita hidup
c)
bertangguh itu pencuri masa
d)
bahasa jiwa bangsa
12.
Cikgu Salleh memuji Sulaiman atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Rahimi lah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.
a)
untung sabut timbul, untung batu tenggelam
b)
biar putih tulang, jangan putih mata
c)
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
d)
lembu punya susu, sapi dapat nama
13.
Akhirnya Wak Seman berjaya menyiapkan rumah itu walaupun dilakukan sedikit demi sedikit setiap hari.
a)
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
b)
diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat
c)
ikut hati mati, ikut rasa binasa
d)
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
14.
Orang gaji itu _______________ apabila majikannya mahu melaporkan kepada polis mengenai kehilangan barang kemasnya.
a)
seperti rusa masuk kampung
b)
seperti cacing kepanasan
c)
seperti tikus jatuh di beras
d)
seperti cicak makan kapur
15.

Apakah maksud peribahasa di bawah


Bagai cincin dengan permata

a)

Pasangan yang sama tetapi tidak cantik dan sepadan

b)

Pasangan yang sama cantik dan sepadan

16.

Apakah maksud peribahasa di bawah


Bagai menatang minyak yang penuh

a)

Menjaga anak denagn penuh rasa dendam

b)

Menjaga anak dengan penuh kasih sayang

17.

Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____

a)

bagai kumbang putus tali

b)

seperti cincin dengan permata

c)

bagai kelip-kelip terbang malam

d)

bagai melepaskan anjing tersepit

18.

Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.

a)

bagai dihiris sembilu

b)

bagai murai tercabut ekor

c)

bagai menarik rambut di dalam tepung

d)

bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

19.

Mak Munah menangis mengenangkan kedegilan anaknya, apakan daya inilah akibatnya dia tidak mendidik anaknya dengan baik. Seperti kata pepatah

a)

Masak lemang carilah buluh muda

b)

Buluh tua banyak miangnya

c)

Lagi tua buluh lagi banyak gunanya

d)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

20.

Apakah maksud peribahasa ini?

Alang-alang berminyak biar licin

a)

Membuat sesuatu mestilah bersungguh-sungguh

b)

Membuat sesuatu mestilah mengambil masa

c)

Membuat sesuatu mestilah perlahan-lahan

d)

Membuat sesuatu mestilah cepat

21.

membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap

Berikan peribahasa yang sesuai bagi penyataan di atas.

a)

Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak.

b)

Biar alah sabung, asalkan menang sorak.

c)

Biar putih tulang jangan putih mata.

d)

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

22.

Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan

Apakah peribahasa yang sesuai untuk penyataan di atas?

a)

Alang-alang berminyak biar licin.

b)

Air beriak tanda tak dalam.

c)

Hendak seribu daya, hendak seribu dalih.

d)

Bagai ayam disambar helang.

23.
orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya
a)
bagai menghitung bulu kambing 
b)
bagai tikus membaiki labu
c)
seperti garam jatuh di air 
d)
seperti lipas kudung 
24.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
25.
Jelaskan maksud peribahasa  berikut:-
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya
a)
Makin kaya (berilmu) makin sombong
b)
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya.apabila merendah diri
c)
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
d)
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.
26.
Nyatakan jenis peribahasa bagi peribahasa berikut:-
"Seperti pungguk rindukan bulan"
a)
Bidalan
b)
Pepatah
c)
Simpulan bahasa
d)
Perumpamaan
27.

Felix adalah siswa kelas 6. Sebentar lagi dia akan menghadapi UN. Semenjak semester pertama, dia bertekad untuk belajar dengan tekun. Sekarang dia selalu belajar dengan sungguh-sungguh. Sesulit apa pun soal Matematika, dia terus mencoba hingga menemukan jawabannya. Kadang-kadang dia tidur larut malam untuk menyelesaikan PRnya. Usahanya tak sia-sia, akhirnya Felix lulus dengan nilai yang memuaskan.


Peribahasa yang tepat untuk ilustrasi tersebut adalah ....

a)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.

b)

Bagai katak dalam tempurung.

c)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

d)

Karena nila setitik, rusak susu sebelanga.

28.

Sekali air _______, sekali pantai berubah.

a)

naik

b)

kering

c)

bah

d)

pasang

29.

Ada gula, adalah __________.

a)

air

b)

manis

c)

minum

d)

semut

30.

Buat baik berpada-pada, buat ________ jangan sekali.

a)

kelakar

b)

jahat

c)

dusta

d)

bodoh

31.

Kerana _______ setitik, rosak susu sebelanga.

a)

nila

b)

dakwat

c)

air

d)

racun

32.

Bagai sirih pulang ke __________.

a)

tampuk

b)

pokok

c)

gagang

d)

puan

33.

Telunjuk lurus, ________ berkait.

a)

betis

b)

lutut

c)

lengan

d)

kelingking

34.

Alang-alang mandi biar _____________.

a)

bersabun

b)

wangi

c)

basah

d)

seronok

35.

Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua ________.

a)

busuk

b)

berkubang

c)

hitam

d)

terpalit