wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Interaksi Antara Tumbuhan Tahun 6

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah faktor persaingan antara tumbuhan? (Tandakan 2 jawapan)

a)

cahaya matahari

b)

ruang

c)

tempat perlindungan

2.

Apakah hubungan di antara anak pokok dengan ketinggiannya?

a)

Semakin bertambah bilangan anak pokok, semakin pokok bertambah tinggi.

b)

Semakin bertambah bilangan anak pokok, semakin bertambah ketinggian anak pokok.

c)

Semakin bertambah bilangan anak pokok, semakin berkurang ketinggian anak pokok.

3.

Adakah tumbuhan juga mempunyai 3 jenis simbiosis iaitu mutualisme, parasitisme dan komensalisme?

a)

Ya

b)

Tidak

4.

Tumbuhan tidak memerlukan nutrien sekiranya telah disiram dengan air?

a)

Betul

b)

Salah

5.

Seorang petani ingin mengurangkan persaingan antara tanaman di kebunnya. Bagaimanakah cara untuk dia melakukannnya?

a)

Menanam pelbagai jenis tanaman.

b)

Menyiram air dalam kuantiti yang banyak.

c)

Menabur pelbagai jenis baja dalam kuantiti yang banyak.

d)

Menjauhkan jarak antara anak-anak pokok yang ditanam.

6.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan interaksi di atas?

a)

cendawan dan pokok getah

b)

orkid liar dengan pokok mangga

c)

rafflesia dengan pokok meranti

d)

pokok dedalu dengan pokok rambutan

7.

Rafflesia menyerap nutrien daripada pokok. Pokok kehilangan nutrien.


Kategori bunga rafflesia ialah ......

a)

Komensalisme

b)

Parasitisme

8.

Dalam suatu ekosistem, organisma boleh dikelaskan kepada .........

a)

Pengeluar, Pembeli, Pengurai

b)

Pengeluar, Pemakan, Pengurai

c)

Pengeluar, Pengguna, Pengurai

d)

Pengeluar, Pengguna, Perosak

9.

Paku langsuyar tumbuh di atas pokok untuk mendapatkan cahaya matahari. Pokok tidak terjejas.


Kategori pokok langsuyar ialah ......

a)

Komensalisme

b)

Parasitisme

10.

Tumbuhan yang kalah dalam persaingan akan .......

a)

terus tumbuh

b)

terbantut

c)

berpindah ke tempat lain

d)

berbuah