NEW
Font size
WorksheetsKATA GANDA BERENTAK
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Mariam dan adiknya berlari ___________________ ke rumah kerana hujan lebat.
mundar-mandir
incang-incut
lalu-lalang
lintang-pukang
Garisan yang dilukis oleh adik ________________ kerana dia baru belajar menulis.
herot-berot
simpang-siur
pontang-panting
bengkang-bengkok
Tarian yang ____________________ itu menarik perhatian ramai penonton.
liang-liuk
lemak-merdu
lemah-gemalai
lemah-longlai
Majlis perkahwinan anak orang kaya itu berlangsung dalam suasana yang ______________________.
huru-hara
gegak-gempita
gilang-gemilang
ramah-tamah
Sayur yang dijual di pasar itu ________________ dan harganya agak berpatutan.
berseri-seri
bergunung-ganang
segar-bugar
semak-samun
Suasana di kampung itu ___________________ kerana bekalan elektrik terputus.
kacau-bilau
gelap-gelita
terang-benderang
porak-peranda
Kami banyak belajar cara membuat _________________ tradisional daripada nenek, kata Kamala kepada Nani.
kuih-kuih
kuih-muih
kuih-kuihan
muih-kuih
Suasana dalam dewan peperiksaan itu menjadi __________________ apabila seorang murid jatuh pengsan.
herot-berot
gopoh-gapah
mundar-mandir
kelam-kabut
Muka petinju itu _______________ akibat tumbukan pihak lawan.
comot-momot
bengkang-bengkok
bengkak-bengkil
calar-balar
Encik Lim mengawasi anak-anaknya yang sedang _____________ di laut.
mundar-mandir
riuh-rendah
kacau-bilau
mandi-manda
Baju Lucy _________________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.
koyak-rabak
compang-camping
comot-momot
serba-serbih
Beberapa orang murid sekolah itu mengalami _______________ akibat keracunan makanan.
cirit-birit
lemah-gemalai
hiruk-pikuk
lemah-longlai
Rambut budak perempuan itu kelihatan _________________ kerana tidak disisir.
comot-momot
serba-serbih
compang-camping
kusut-masai
Setelah mendengar berita itu, badannya terus menjadi __________________.
porak-peranda
lemah-longlai
kering-kontang
sedu-sedan
Pihak polis sentiasa mengawasi __________________ anggota kumpulan gengster itu.
desas-desus
gerak-geri
sedu-sedan
sorak-sorai
Mereka melarikan diri dengan ______________ agar tidak dicam oleh orang ramai.
lemah-gemalai
serba-serbih
sedu-sedan
serta-merta
Abang sedang menebas ____________________ di belakang rumah untuk menanam sayur.
tanah-tanih
bukit-bukau
hutan-rimba
semak-samun
Sawah padi di kawasan itu __________________ pada musim kemarau.
kering-kontang
pecah-belah
punah-ranah
kacau-bilau
Komuter memudahkan abang _______________ dari Seremban ke Kuala Lumpur.
mundar--mandir
lalu-lalang
pindah-randah
ulang-alik
Badan saya terasa ____________________ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.
segar-bugar
comot-momot
kusut-masai
tawar-hambar
