wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GKT T5 - Lukisan Perspektif

Total questions: 30

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Lukisan perspektif ialah lukisan yang digunakan untuk menunjukkan gambaran sebenar sesuatu objek serta suasana dan aktiviti dalam ruangnya.

a)

YA

b)

TIDAK

2.

Lukisan perspektif dibezakan mengikut jenis berdasarkan bilangan titik stesennya.

a)

YA

b)

TIDAK

3.

Menurut konsep lukisan perpektif, sesuatu objek contohnya tiang lampu akan kelihatan lebih rendah apabila berada dekat dengan mata pemerhati.

a)

YA

b)

TIDAK

4.

Garis penglihatan merupakan kedudukan mata pelukis semasa melihat ke arah sesuatu objek.

a)

YA

b)

TIDAK

5.

Satah gambar merupakan satu satah yang terletak di antara objek dan titik stesen.

a)

YA

b)

TIDAK

6.

Garis unjuran ke belakang yang menghala daripada objek ke titik lenyap merupakan salah satu elemen lukisan perspektif.

a)

YA

b)

TIDAK

7.

Garis tinggi digunakan sebagai tapak untuk mengukur ketinggian objek.

a)

YA

b)

TIDAK

8.

Titik lenyap merupakan titik yang mewakili objek apabila objek berada jauh daripada mata pelukis.

a)

YA

b)

TIDAK

9.

Jika kedudukan pandangan atas berada jauh daripada satah gambar, saiz objek pada hasil lukisan perspektif akan kelihatan besar.

a)

YA

b)

TIDAK

10.

Jika kedudukan garis ufuk hampir dengan garis bumi, bahagian atas objek pada hasil lukisan perspektif akan kurang atau tidak kelihatan langsung.

a)

YA

b)

TIDAK

11.

Rajah 1 menunjukkan tiga bongkah yang telah dilukis dalam tiga jenis lukisan perspektif, yang manakah lukisan perspektif 3 titik?

a)

A

b)

B

c)

C

12.

Rajah 2 menunjukkan satu lukisan perspektif. (soalan 12 & 13 adalah berkaitan)

Namakan bahagian yang berlabel X?

a)

Garis tinggi

b)

Garis penglihatan

c)

Satah gambar

d)

Titik stesen

13.

Nyatakan fungsi Y?

a)

Sebagai tapak untuk mengukur ketinggian sesuatu objek. tinggi

b)

Sebagai wakil objek apabila objek berada jauh dari mata pelukis.

c)

Tempat untuk menandakan aras ketinggian objek.

d)

Sebagai wakil kepada garis penglihatan mata pelukis.

14.

Rajah 3 menunjukkan satu gambar lukisan perspektif. Nyatakan A?

a)

Satah gambar

b)

Titik lenyap

c)

Garis bumi

d)

Garis ufuk

15.

Antara berikut yang manakah gambar lukisan perspektif 2 titik?

a)
b)
c)
16.

Garis X merupakan garisan yang diunjur daripada titik stesen ke titik tertentu pada objek. Apakah garis X?

a)

Garis penglihatan

b)

Garis bumi

c)

Garis tinggi

d)

Garis ufuk

17.

Garis Y merupakan garisan mendatar dalam bayangan yang selari dengan satah gambar. Apakah garis Y?

a)

Garis penglihatan

b)

Garis bumi

c)

Garis tinggi

d)

Garis ufuk

18.

Kedudukan elemen-elemen lukisan perspektif akan mempengaruhi hasil lukisan perspektif. Nyatakan elemen-elemen utama yang memberi pengaruh besar terhadap hasil lukisan perspektif?

I. Satah gambar

II. Ttitik stesen

III. Garis ufuk

IV.Titik lenyap

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

“Salah satu titik lenyapnya berada sama ada di atas atau bawah garis ufuk”.

Pernyataan di atas merujuk kepada lukisan...

a)

Perspektif 1 titik lenyap

b)

Perspektif 2 titik lenyap

c)

Perspektif 3 titik lenyap

d)

Perspektif 4 titik lenyap

20.

Apakah langkah pertama yang paling sesuai dilakukan semasa melukis sesuatu lukisan perspektif?

a)

menentukan kedudukan titik lenyap

b)

mengunjurkan garisan penglihatan dari titik stesen

c)

mengunjurkan ketinggian objek dari pandangan hadapan

d)

mengunjurkan garisan persilangan dari satah gambar

21.

Salah satu ciri lukisan perspektif 1 titik ialah kedudukan paksi tegak dan paksi mengufuk sentiasa berada (a)   dengan satah.

22.

Saiz objek yang dilukis akan kelihatan besar apabila kedudukan objek berada (a)   dengan satah gambar.

23.

Jenis lukisan perspektif ditentukan berdasarkan (a)   titik lenyapnya.

24.

Lukisan perspektif adalah lukisan yang sama kategori dengan lukisan isometri dan lukisan oblik iaitu lukisan berbentuk (a)  

25.

Ukuran kedalaman sesuatu objek yang di lukis dalam lukisan perspektif, ditentukan oleh garisan yang diunjur secara serenjang dari titik persilangan di (a)   .ke garis bumi.

26.

(a)   merupakan garisan arah pandangan mata pelukis kepada objek.

27.

Bagi lukisan perspektif 2 titik, paksi tegak objek berkeadaan selari dengan satah manakala paksi lain berkeadaan (a)   dengan satah.

28.

Objek yang dilukis berkedudukan selari dengan satah gambar hanya dalam lukisan pespektif (a)   lenyap sahaja.

29.

Jika kedudukan garis ufuk berada di bawah garis bumi, hasil lukisan perspektif akan tertumpu kepada bahagian (a)   objek.

30.

Dalam lukisan perspektif 1 titik, jika kedudukan titik stesen berada di tengah dan berhampiran dengan garis bumi, hasil lukisan perspektif akan tertumpu kepada bahagian (a)   objek.