wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS T1-BAB 3 HOMEOSTASIS

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan homeostasis?

a)

Keadaan menggigil apabila kesejukan

b)

Penyingkiran peluh ketika cuaca panas

c)

Proses biologi dan gerak balas terhadap perubahan keadaan badan

d)

Mekanisme kawal atur dalam organisma yang mengekalkan keadaan persekitaran dalaman tubuh dalam keadaan seimbang

2.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kepentingan homeostasis kepada manusia?

a)

Mengawal atur suhu badan pada aras normal.

b)

Mengawal atur pertukaran gas melalui sistem respirasi.

c)

Membolehkan manusia mengawal kadar metabolisme mengikut keperluan badan.

d)

Membolehkan sel-sel badan berfungsi dengan optimum sepanjang masa walaupun persekitaran luar sentiasa berubah.

3.

Antara yang berikut, yang manakah contoh homeostasis dalam benda hidup?

a)

Manusia menggigil apabila kesejukan.

b)

Kucing berhibernasi pada musim sejuk.

c)

Manusia berpeluh ketika cuaca sejuk.

d)

Pokok pisang menggugurkan daunnya pada cuaca panas.

4.

Encik Hasnol sedang berlari mengelilingi tasik. Antara yang berikut, yang manakah gerak balas biologi yang berlaku pada badannya?

a)

Menggigil.

b)

Berpeluh.

c)

Kadang degupan jantung menurun.

d)

Lebih banyak insulin dirembeskan.

5.

Antara yang berikut, yang manakah gerak balas homeostasis bagi anjing?

a)

Menegakkan bulu untuk memerangkap haba.

b)

Pasif dan pergerakan menjadi perlahan ketika cuaca sejuk.

c)

Mencari tempat lembap untuk mengurangakan penyejatan air.

d)

Menjelirkan lidah untuk membebaskan haba daripada badan.

6.

Apakah liang kecil pada daun yang membenarkan wap air dibebaskan semasa transpirasi?

a)

Stoma

b)

Lentisel

c)

Sel pengawal

d)

Sel epidermis

7.

Antara proses berikut, yang manakah boleh mengawal atur air dalam tumbuhan?

a)

Osmosis

b)

Resapan

c)

Transpirasi

d)

Fotosintesis

8.

Apakah yang dimaksudkan dengan transpirasi?

a)

Kehilangan wap air dari daun.

b)

Penyerapan wap air oleh akar.

c)

Pengangkutan air dari akar ke daun.

d)

Penyingkiran titisan air dari hujung vena daun.

9.

Antara faktor yang berikut, yang manakah merendahkan kadar transpirasi?

a)

Panas dan kelembapan rendah.

b)

Panas dan kelembapan tinggi.

c)

Sejuk dan kelembapan rendah.

d)

Sejuk dan kelembapan tinggi.

10.

Antara yang berikut, yang manakah gerak balas homeostasis bagi cicak?

a)

Menegakkan bulu untuk memerangkap haba.

b)

Pasif dan pergerakan menjadi perlahan ketika cuaca sejuk.

c)

Kadar metabolisme menurun dalam persekitaran panas.

d)

Mencari tempat lembap untuk mengurangkan penyejatan air.

11.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang keadaan tumbuhan pada waktu siang?

a)

Stoma tertutup.

b)

Kadar transpirasi rendah.

c)

Lebih banyak air tersejat.

d)

Jumlah air yang tersejat sedikit.

12.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan gerak balas pokok getah pada hari panas?

a)

Menggugurkan daunnya.

b)

Menggulungkan daunnya.

c)

Mengeluarkan air yang banyak dari daun.

d)

Mempunyai daun yang berlilin dan kalis air.

13.

Antara yangbberikut, yang manakah menunjukkan mekanisme pembetulan apabila kandungan air di dalam badan meningkat?

a)

Berpeluh

b)

Berasa dahaga

c)

Penghasilan air kencing meningkat

d)

Penghasilan air kencing berkurang

14.

Otot rangka remaja Y akan mengecut dan mengendur untuk menurunkan suhu badannya.

a)

Benar

b)

Palsu

15.

Bulu roma remaja X akan berdiri tegak untuk memerangkap haba.

a)

Benar

b)

Palsu

16.

Salur darah remaja X akan mengecut dan menyebabkan darah mengalir dengan sedikit ke permukaan kulit.

a)

Benar

b)

Palsu