wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Imbuhan Tahun 5

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pak Cik Jamal hanya tidur __________ lengan di atas sofa buruk itu.

a)

berbantal

b)

berbantalkan

2.

Iskandar terasa gugup dan cemas ketika __________ berucap di hadapan perhimpunan sekolah.

a)

meminta

b)

diminta

3.

Malaysia giat merancang pelbagai aktiviti __________ sempena Tahun Melawat Malaysia.

a)

kebudayaan

b)

budaya

4.

"Tolong __________ buah-buahan ini ke dalam raga yang berwarna merah itu," kata Puan Aini kepada pembantu rumahnya.

a)

memasukkan

b)

masukkan

5.

"Jari __________ saya patah kerana kemalangan tempoh hari," kata Kamal.

a)

telunjuk

b)

tunjuk

6.

"Bidang __________ sudah sebati dengan jiwa saya," kata model ternama itu.

a)

peragaan

b)

peraga

7.

Adik Aishah menangis teresak-esak kerana __________ oleh budak-budak nakal yang sedang melepak di simpang jalan itu.

a)

persenda

b)

dipersendakan

8.

Puan Fatimah yang __________ ke luar negara selama selama dua minggu mulai bulan hadapan berasa amat sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan suaminya.

a)

bertugas

b)

ditugaskan

9.

Mereka bergotong-royong untuk __________ jalan itu.

a)

memperlebar

b)

memperlebarkan

10.

Puan Aliani __________ suaminya seutas jam tangan berjenama yang baru dibelinya semalam.

a)

menghadiahkan

b)

menghadiahi