WorksheetsPQS F5: Bab 5: Hukum Zina, Qazaf dan Li'an
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah asbabul nuzul ayat 1-10 surah an Nur bab ini?
Hilal telah membuat tuduhan zina terhadap isterinya lalu Rasulullah meminta dikemukakan saksi atau dikenakan sebat. Lalu beliau berdoa agar Allah menurunkan wahyu untuk membebaskannya daripada sebatan.
Abu Lubabah dan 5 orang rakannya tidak menyertai peperangan Tabuk lalu mereka mengikat diri mereka di pagar masjid sambil berharap Rasulullah membuka ikatan tersebut.
.....وَالَّذِينَ يَرْمُونَ أَزْوَاجَهُمْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ شُهَدَاءُ إِلَّا أَنْفُسُهُمْ
(surah al Nur ayat 6)
Apakah larangan Allah dalam ayat di atas?
Melakukan zina
Membuat Li'an
Menuduh isteri berzina
Menuduh seorang perempuan berzina
الزَّانِي لا يَنْكِحُ إلا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ
Surah al Nur ayat : 3
Apakah intisari ayat di atas?
Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan sebaliknya
Penzina lelaki tidak ingin berkahwin melainkan dengan penzina perempuan dan sebaliknya
Penzina lelaki tidak ingin berkahwin melainkan penzina perempuan datang kepadanya
penzina lelaki dan perempuan akan berkahwin sesama mereka
Pensabitan jenayah zina adalah melalui cara berikut KECUALI:
Saksi
Pengakuan
Wali
Qarinah
Hukuman yang dikenakan ke atas penzina MUHSON adalah:
100 kali rotan
80 kali rotan
Buang daerah
Rejam hingga mati
Apakah hukuman yang dikenakan terhadap penzina "Ghairu Muhson"?
Rejam dengan batu sampai mati
Sebat 60 kali
Sebat 100 kali
Dibuang negeri
Apakah yang dimaksudkan dengan qazaf?
Persetubuhan yang dilakukan di antara lelaki dan perempuan tanpa nikah yang sah menurut syarak
Menuduh seseorang perempuan baik dengan tuduhan zina atau menafikan keturunan
Sumpah seorang suami yang mendakwa atau menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan keturunannya
Sebab berlakunya li'an ialah suami....
Menuduh isteri berzina tanpa sumpah
Menuduh isteri berzina dengan mengemukakan 4 orang saksi
Menuduh isteri berzina tanpa mengemukakan 2 orang saksi
Tidak mengakui atau menolak anak yang dikandung oleh isterinya
Hukuman yang dikenakan terhadap orang yang membuat tuduhan qazaf tanpa saksi ialah:
100 kali sebatan
90 kali sebatan
80 kali sebatan
70 kali sebatan
Mengapakah disyariatkan hukuman qazaf dan li'an dalam komuniti masyarakat Islam?
Menjaga nama baik dan maruah wanita solehah daripada fitnah yang tidak berasas
Menghalang anak yang lahir daripada seorang yang dituduh dengan tuduhan li'an
Supaya tidak berlaku percampuran keturunan
Menjaga kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga dan keluarga
