NEW
Font size
WorksheetsSejarah Tingkatan 4 Bab 2
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?
Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
Perasaan yang membenci penjajah
Semangat berjuang yang tinggi untuk mencapai matlamat
Perjuangan menentang penjajah dengan pelbagai cara
Peristiwa X merupakan titik tolak kepada perkembangan nasionalisme di India.
Peristiwa X ialah
Satyagraha
Semangat Bushido
Dahagi India 1857
Gerakan Islah
Nasionalisme di Jepun digerakkan oleh sikap masyarakat Jepun yang sangup menanggung risiko,bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan tanggunggjawab terhadap ketua dan negara.
Pernyataan di atas merujuk kepada
Satyagraha
Kamikaze
al-Urwah al-Wuthqa
Semangat Bushido
Nasionalisme di Burma
( Myanmar ) pada mulanya digerakkan oleh golongan kelas pertengahan Pendidikan Barat berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha.
Hal ini menyebabkan mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
Apakah isu yang digunakan oleh persatuan tersebut untuk membangkitkan nasionalisme?
Isu kesihatan
Isu kapitalisme
Isu kasut
Isu baju
Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England.
Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?
Mengutip cukai
Melantik penasihat
Mengawal kerajaan
Menolak penjajahan
Jean Jacques Rousseau
Tokoh berikut telah mengemukakan keunggulan suara rakyat dalam Revolusi Perancis 1789.
Apakah gelaran terhadap suara rakyat tersebut?
Kata sepakat
Hasrat umum
Tuntutan rakyat
Impian bersama
Pertubuhan politik berikut telah membentuk jawatankuasa khas selepas Perang Dunia Kedua di India.
Liga Muslim
Kongres Kebangsaan India (INC )
Mengapakah jawatankuasa khas tersebut dibentuk?
Menggerakkan perang gerila
Melancarkan gerakan dakyah
Merangka pembahagian India
Melakukan penentangan militan
Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti-parti politik berikut?
Katipunan di Filipina
Parti Komunis di Indonesia
Viet Nam Quoc Dang Dang
I Bertindak secara revolusi
II Pertubuhan bersifat radikal
III Bekerjasama dengan penjajah
IV Pemimpinnya berhaluan sederhana
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada tahun 1932,Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.
Apakah kesan revolusi tersebut?
Dasar tutup pintu dikuatkan
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Pemerintahan republik dilaksanakan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan
Apakah strategi Jose Rizal apabila tuntutan beliau gagal mendapat perhatian kerajaan Sepanyol?
Melancarkan gerakan bersenjata
Membentuk Katipunan
Menjalankan rundingan damai
Menubuhkan Liga Filipina
Pernyataan berikut merujuk kepada hasil karya Raden Adjen Kartini.
Habis Gelap Terbitlah Terang
Apakah isu yang diketengahkan melalui penulisan novel di atas
Pengembalian kuasa raja
Kemunduran rakyat
Hak bersuara
Kemerdekaan mutlak
Apakah peristiwa yang membawa kepada kemerosotan Katipunan di Filipina?
Katipunan - Melancarkan revolusi Filipina untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal
Emilio Aguinaldo dipenjara
Penghapusan pentadbiran liberal
Kemuculan golongan nasionalis
Bonifacio dihukum mati
Apakah persamaan tokoh-tokoh berikut?
- Syed Syeikh al-Hadi
- Dr.Burhanuddin al-Helmy
- Syeikh Tahir Jaluddin
Merupakah Gerakan Islah
Menyertai parti berhaluan kiri
Menganggotai golongan radikal
Merupakan Kaum Tua
Perkembangan nasionalisme di Asia berbeza daripada perkembangan nasionalisme di Barat.
Bagaimanakah perkembangan nasionalisme di Barat?
Penentangan terhadap pemerintahan beraja
Penghapusan golongan hamba
Pembentukan negara bangsa
Pembentukan parlimen
Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Asia.
- Nasionalisme di India
- Nasionalisme di China
- Nasionalisme di Jepun
Apakah persamaan yang terdapat pada nasionalisme tersebut?
Membentuk negara bangsa
Menjadi kuasa Imperialisme
Menamatkan penjajahan kuasa asing
Memulihkan kuasa golongan bangsawan
Nasionalisme di Burma ( Myanmar ) bermula apabila golongan Thakin menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.
Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?
Melancarkan revolusi
Mengekalkan tradisi Buddha
Memperjuangkan kemerdekaan
Membela nasib golongan pemuda
Mengapakah nasionalisme di Thailand berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara?
Menentang penjajahan
Menghalau kuasa asing
Mempertahankan kedaulatan negara
Melaksanaan pemerintahan demokrasi
Mengapakah penulisan kreatif berjaya mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara?
Memperkenalkan semangat jihad
Mendorong gerakan radikal
Mencetus idea revolusi
Menyindir sikap penjajah
Jadual berikut berkaitan dengan usaha golongan intelektual berpendidikan Melayu di Tanah Melayu
Pejabat Karang Mengarang
Za'ba
Apakah kepentingan penubuhan pejabat tersebut?
I Mengasah bakat pelajar
II Melatih ramai penterjemah
III Menyatukan rumpun Melayu
IV Menghasilkan buku berkualiti
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah persatuan berikut ditubuhkan oleh masyarakat India di Tanah Melayu pada tahun 1936?
Central India Association of Malaya (CIAM )
Meningkatkan pertukaran idea
Meningkatkan perpaduan kaum
Menjaga kebajikan masyarakat
Menggalakkan pendidikan tinggi
Senarai berikut merujuk kepada novel yang dihasilkan pada awal abad ke-20.
- Melor Kuala Lumpur
- Anak Mat Lela Gila
Apakah persamaan kedua-kedua novel di atas?
Memberi tafsiran baru terhadap agama Islam
Menyindir penjajahan
Mengritik sikap pembesar Melayu
Sejarah sebagai inspirasi perjuangan
Apakah peranan media berikut dalam gerakan nasionalisme negeri Melayu?
-Majalah
-Akhbar
-Novel
I Mengkritik dasar-dasar penjajah
II Menyatupadukan orang Melayu
III Membangkitkan minat suka membaca
IV Menuntut kemerdekaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tokoh berikut memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.
- Zainal Abidin Ahmad ( Za'ba )
- Abdul Rahim Kajai
- Hajah Zainon
Bagaimanakah mereka berjaya menaikkan semangat nasionalisme di negara kita?
Menghasilkan penulisan kreatif
Menentang golongan penjajah
Mengadakan ceramah umum
Menubuhkan parti politik
Tokoh pendidikan agama telah berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu.
Bagaimanakah kesedaran tersebut dibangkitkan?
Melalui penulisan buku agama
Menggunakan semangat jihad
Penentangan secara gerila
Penubuhan madrasah
PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang.
Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?
Menghasilkan penulisan kesedaran nasionalisme
Menggalakkan ahlinya bersatu padu
Mengumpulkan golongan pemuda
Menuntut kemerdekaan
