Font size
WorksheetsKATA KERJA - Cikgu Zain
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Peniaga itu _____________ keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
meraih
mencapai
mengumpul
mengais
Mulut adik ____________ semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
tertutup
tersengih
terlopong
terkatup
Fauzan _____________kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
menunggu
menyambut
mengajak
menanti
Banduan itu terpaksa ___________ di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
menetap
menginap
meringkuk
menumpang
Syarikat Tonggak Maju mampu __________ projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
menganjurkan
melaksanakan
meningkatkan
mengadakan
Adik ___________ kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.
terjatuh
tertimpa
terhantuk
terhempas
Elina ___________________ perca-perca kain itu pada selimut yang koyak
melekatkan
menampalkan
mencantumkan
meletakkan
Sang Kancil yang cerdik itu berjaya _____________sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
melepasi
melangkahi
mengharungi
menyeberangi
Lidahnya melecur kerana ____________ air yang masih panas itu.
terhisap
tertelan
tersedut
terhirup
Bekalan air di kawasan kami sering___________
terkandas
terganggu
terpotong
terhalang
Chong Ming __________ sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur.
mendengkur
mendepang
menggeliat
menganga
Murid-murid Tahun Tiga Amanah ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh guru kelas mereka yang __________ hati.
menggeletek
menyentuh
menggores
mencuit
Setelah menanak nasi, ibu ________ ikan senangin untuk dimasak kari.
menghiris
menyiang
mencincang
menyiat
Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.
terpijak
terpegang
tersentuh
terlangkah
Anggota polis trafik akan ___________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.
mendenda
memarahi
menyaman
menasihati
Pak Long Ahmad tidak berselera ___________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.
menjamah
menyuap
mencubit
menelan
Penunggang motosikal itu telah _________ rantai leher wanita itu.
menyinggung
menyambar
merenggut
merampas
Hasil eksperimen itu akan _________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada beliau.
diumumkan
dinyatakan
dibahaskan
dibincangkan
Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.
membalingkan
melemparkan
menebarkan
mencampakkan
Puan Sarifah ________air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya.
merenjis
menyiram
menyimbah
menuangkan
