wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CERPEN GERHANA MANUSIA

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
Cerpen ini memaparkan kisah seorang doktor yang mementingkan...
a)
pahala
b)
keadilan
c)
ganjaran dan duit
d)
kerja
2.

Siapakah Ketua Wad Unit Rawatan Rapi?

a)

Nusia

b)

Doktor Murni

c)

Tuan Besar Musa

d)

Profesor Doktor Juaidi

3.

Profesor Doktor Juaidi merupakan seorang yang mementingkan kebendaan. Mengapakah Profesor Doktor Juaidi berusaha menyelamatkan Tuan Besar Musa?

a)

Mempunyai integriti

b)

Sebagai ucapan terima kasih

c)

Sudah menjadi satu kewajipan

d)

Ahli korporat itu bakal menderma RM100 ribu untuk kelab elitnya

4.

Mengapakah Profesor Doktor Juaidi digambarkan sebagai seorang yang kejam?

a)

Dia membiarkan lima orang lagi yang memerlukan darah tanpa menyelamatkan nyawa mereka

b)

Dia mengambil minuman keras selama bertahun-tahun

c)

Dia mengabaikan tanggungjawab terhadap anak

d)

Sering keluar berfoya-foya

5.

Di manakah Doktor Murni bertugas?

a)

Wad Lelaki

b)

Wad Onkologi

c)

Wad Perempuan

d)

Wad Unit Rawatan Rapi

6.

Berikut merupakan perwatakan Doktor Murni, kecuali

a)

Bertanggungjawab

b)

Materialistik

c)

Berani

d)

Tegas

7.

Doktor Murni merupakan seorang yang berani. Mengapakah Doktor murni meletak jawatan sebagai doktor?

a)

Dia berusaha menyelamatkan lima orang yang memerlukan bantuan darah

b)

Memberi ingatan kepada Profesor Doktor Juaidi tentang kepentingan nilai kemanusiaan

c)

Membantah arahan Profesor Doktor Juaidi untuk memasukkan gelafundin ke dalam tubuh Solehah

d)

Dia mengajak Nusia menderma empat pek darah untuk menyelamatkan semua pesakit di Unit Rawatan Rapi

8.

Nusia merupakan seorang jururawat yang berfikiran rasional. Mengapakah Nusia berpendapat bahawa 50 pek darah dan ubat-ubatan lain yang digunakan untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa hanya pembaziran?

a)

Tuan Besar Musa sudah nyawa-nyawa ikan

b)

Tubuh Tuan Besar Musa sudah menolak semua darah dan ubat

c)

Kepala Tuan Besar Musa berdarah kerana dibelasah dengan kayu beroti

d)

Tuan Besar Musa memerlukan platlet dan plasma segar untuk memekatkan darahnya

9.

Seorang ahli korporat yang berjaya, memiliki isteri jelita dan gedung perniagaan yang besar serta gemar minum arak.

a)

Tuan Besar Musa

b)

Mahasiswa

c)

Solehah

d)

al-Hafiz

10.
Apakah yang membuat Nusia tidak berpuas hati?
a)
keluarga Tuan Besar Musa tidak datang
b)
tindakan Dr Juaidi yang mahu Tuan Besar Musa diutamakan
c)
gajinya kecil
d)
tidak diberi cuti
11.

Solehah tenat dan koma akibat....

a)

pundi janinnya pecah

b)

kakinya patah

c)

didera

d)

kemalangan jalan raya

12.
Mengapakah Dr Juaidi bersungguh untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa?
a)
untuk mengumpul pahala
b)
Kerana Tuan Besar Musa penyumbang utama kelab elit hospital
c)
kerana Tuan Besar Musa sudah tua
d)
kerana Dr Juaidi seorang yang adil
13.
Dengan siapakah Nusia meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan Dr Juaidi?
a)
Tuan Besar Musa
b)
Al-Hafiz
c)
Cikgu Hasmemy
d)
Dr Murni
14.
Apakah tindakan Dr Murni akhirnya?
a)
menyokong Dr Juaidi
b)
membunuh Tuan Besar Musa
c)
meletakkan jawatan sebagai doktor
d)
melarikan diri
15.
Apakah yang dilakukan oleh Dr Murni dan Nusia demi menyelamatkan pesakit di unit ICU?
a)
membakar wad ICU tersebut
b)
mengalihkan pesakit ke hospital lain
c)
memanggil doktor lain untuk menyelamatkan pesakit tersebut
d)
menderma darah kepada pesakit ICU
16.

Apakah tema cerpen ini?

a)

Karenah pekerja hospitaliti

b)

Konflik terhadap etika kerja

c)

Kegigihan seorang jururawat merawat pesakit

d)

Kegigihan pesakit melawan menyakit yang dihadapinya.

17.

Dr Juaidi dan Dr Murni bertanggungjawab merawat pesakit di hospital.


Apakah persoalan yang sesuai dengan pernyataan di atas?

a)

Persoalan kegigihan pesakit melawan penyakit

b)

Persoalan tanggungjawab seorang pesakit terhadap doktor

c)

Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakit

d)

Peroalan tanggungjawab doktor terhadap hospital

18.

Profesor Dr Juaidi mengutamakan rawatan kepada Tuan Besar Musa kerana mengharapkan dana untuk kelab elit hospital itu.


Apakah latar masyarakat yang sesuai berdasarkan peristiwa di atas?

a)

Masyarakat yang saling membantu

b)

Masyarakat yang mementingkan ganjaran dalam perkhidmatan

c)

Masyarakat yang tidak mementingkan ganjaran dalam perkhidmatan

d)

Masyarakat yang mementingkan perkhidmatan

19.
Doktor Juaidi menyuruh semua pekerjanya agar memastikan semua pek darah yang ada di hospital tersebut hanya diberikan kepada
a)
Nusia
b)
Solehah
c)
Al-Hafiz
d)
Tuan Besar Musa
20.

Apakah yang berlaku kepada Tuan Musa pada akhir cerita?

a)

Tuan Musa dapat diselamatkan

b)

Tuan Musa tidak dapat diselamatkan

c)

Tuan Musa memberi hadiah kepada Doktor Murni

d)

Tuan Musa berkahwin dengan Doktor Murni