NEW
Font size
WorksheetsGEOGRAFI TINGKATAN 1-BAB 12 -SUMBER AIR
Total questions: 15
Worksheet time: 6mins
Sumber air terdiri daripada air permukaan dan ________________.
Air sungai
Air tasik
Air hujan
Air bawah tanah
Apakah maksud air bawah tanah?
Air hujan yang akan mengalami proses hidrologi.
Air permukaan yang akan sampai ke sistem saliran.
Air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak di bawah permukaan bumi.
Air yang tersimpan di sungai, empangan dan tasik sebagai sumber utama permukaan bumi.
Antara berikut merupakan punca krisis air di Malaysia KECUALI
Mewujudkan kawasan tadahan hujan
Fenomena kemarau dan El Nino
Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai
Penggunaan baja kimia dan racun serangga dalam pertanian
Ekosistem yang penting untuk sumber bekalan air bersih ialah _______________
Manusia
Hutan
Cahaya matahari
Haiwan
Gambar berikut menunjukkan catuan air. Mengapakah catuan air seperti yang ditunjukkan dalam gambar berlaku?
Pencemaran air sungai
Tanah menjadi kering-kontang
Kekurangan air bersih
Ketidakseimbangan ekosistem
Antara berikut yang manakah contoh penyakit bawaan air?
Diabetis
Katarak Mata
Demam campak
Demam kepialu
Maklumat berikut berkaitan langkah mengurangkan kesan krisis air.
⏺️ Memantau pengusaha industri yang sering melakukan pembuangan sisa toksik.
Antara berikut yang manakah mewakili maklumat di atas?
Penguatkuasaan undang-undang
Kempen kesedaran terhadap alam sekitar
Pertandingan mencintai sungai kita
Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tadahan hujan
Berapa peratuskah air bawah tanah yang telah diteroka di Malaysia?
2 %
3 %
4 %
5 %
Apakah maksud rawatan air kumbahan?
Proses bahan pepejal yang diasingkan dan di rawat
Proses bahan pepejal yang diasingkan, dirawat dan ditapis
Proses bahan pepejal yang diasingkan, dirawat, ditapis dan dilepaskan ke sungai
Proses bahan pepejal yang diasingkan, di rawat, di tapis, di asingkan kembali dan dilepaskan ke sungai
Indah Water Consortium (IWK) ditubuhkan oleh kerajaan untuk
Meneroka air bawah tanah
Memantau pengusaha industri
Melaksanakan kempen penjagaan air
Membangunkan dan menyelenggara sistem rawatan air kumbahan
Sumber air permukaan ialah daripada ______________.
Air Bawah Tanah
Air Hujan
Air Sungai
Air Tasik
Sumber air utama untuk kegunaan harian ialah ______________.
Sungai
Air Bawah Tanah
Hujan
Kebanyakan sungai di Malaysia tercemar dengan sisa industri dan pembuangan ________________.
Sampah
Kumbahan
Sisa toksik
Krisis air menyebabkan tanah menjadi______________.
Pupus
Hancur
Kering-kontang
Kepupusan flora dan fauna akibat pencemaran air menyebabkan ketidakseimbangan ____________________.
Populasi
Ekosistem
Flora dan fauna
