Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bijak Peribahasa

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar kerana dia___________________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

2.

Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap __________________________.

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu

3.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik __________________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

4.

Faridah mengambil sekeping roti berkrim sebagai ______________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

5.

Azizi dan anak-anaknya ___________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan sudah dihidang.

a)

langkah kanan

b)

langkah bendul

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

6.

Puan Sarah masih _____________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

geli hati

b)

makan hati

c)

cekal hati

d)

isi hati

7.

Bahar_____________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

a)

pekak badak

b)

lepas tangan

c)

makan hati

d)

tidur mati

8.

Pengadil bola sepak antara sekolah saya dan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana ___________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

angkat kaki

d)

lepas tangan

9.

Keadaan Alif yang malas__________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.

a)

bagai cicak makan kapur

b)

bagai kumbang putus tali

c)

bagai itik pulang petang

d)

bagai balak terendam

10.

Siti dan Nurul _____________ kerana sering bergaduh walaupun perkara remeh sahaja.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

11.

Kebanyakan penduduk Kampung Permai ____________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang sangat tinggi daripada pihak kerajaan.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai kaca jatuh ke batu

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai ayam disambar helang

12.

Puan Zainab ___________ kerana lima ahli keluarganya teah maut dalam sebuah kemalangan jalan raya.

a)

bagai melepaskan aning tersepit

b)

bagai dihiris dengan sembilu

c)

bagai ayam disambar helang

d)

bagai kaca jatuh ke batu

13.

Pak cik Rahim dianggap ____________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti bulan purnama

d)

seperti kera sumbang

14.

Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya ________________.

a)

bagai mendukung biawak hidup

b)

bagai ayam mengeram telur

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai layang-layang putus tali

15.

Encik Azhari_____________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seseorang yang tidak dikenali.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menghitung bulu kambing

c)

bagai berumah di tepi tebing

d)

bagai anjing buruk kepala

16.

Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya ____________.

a)

seperti rumput di tepi jalan

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

seperti mendukung biawak hidup

d)

seperti sudah jatuh ditimpa tangga

17.

Jalan raya menuju ke Cameron Highland agak curam dan bengkak-bengkok seperti _________________.

a)

bumi dengan langit

b)

aur ditarik songsang

c)

pinang dibelah dua

d)

ular kena palu

18.

Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Arif telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti ________________.

a)

enau dalam belukar

b)

kacang lupakan kulit

c)

aur dengan tebing

d)

dakwat dengan kertas

19.

Kamarul __________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.

a)

seperti mencurah garama ke laut

b)

seperti kera mendapat bunga

c)

seperti Belanda diberi tanah

d)

seperti hujan jatuh ke pasir

20.

Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan agama yang mencukupi kerana baginya ___________________.

a)

tepuk dada tanya selera

b)

segan bertanya sesat jalan

c)

harapkan pagar, pagar makan padi

d)

melentur buluh biarlah daripada rebungnya

21.

Sungguhpun Era dan Aina merupakan sahabat yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ____________.

a)

rambut sama hitam hati lain-lain

b)

sambil menyelam minum air

c)

ukur baju di badan sendiri

d)

tepuk dada tanya selera

22.

Penduduk di Taman Setia sering melakukan kerja-kerja gotong-royong bagai _______________________.

a)

cincin dengan permata

b)

anjing dengan kucing

c)

aur dengan tebing

d)

isi dengan kuku

23.

Salina tidak berputus asa untuk mengulang kaji semula pelajarannya kerana dia yakin __________________.

a)

lain di mulut lain di hati

b)

tepuk dada tanya selera

c)

indah khabar daripada rupa

d)

belakang parang diasah lagikan tajam

24.

Encik Tarmizi _____________________ kerana beliau menuruti semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.

a)

seperti lembu dicucuk hidung

b)

seperti anjing menyalak bukit

c)

seperti tikus membaiki labu

d)

seperti murai tercabut ekor

25.

Pekerja binaan itu berasa sangat cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja _______________.

a)

bagai gergaji dua mata

b)

bagai pahat dengan penukul

c)

bagai kucing kehilangan anak

d)

bagai telur dihujung tanduk