WorksheetsKata Terbitan ( Tahun 6 )
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Pak Cik Sulaiman menyuruh Ismail mengambilkannya kain __________________________ kerana tangannya luka.
pencuci
pembalut
pengikat
pelekat
Ketua Kampung Peserai mencari __________________________ kepada dermawan yang baru meninggal dunia itu.
pewaris
penama
pengganti
pelapis
“Siapakah _____________________________ yang membuka pintu kota Melaka ini?” titah Sultan Iskandar Syah.
pembohong
pembelot
perampas
pelawat
Semua __________________ tanpa izin diarahkan berkumpul di kedutaan negara masing-masing.
pendorong
pendatang
penceramah
pensyarah
_________________ yang bertugas di stesen radio itu amat petah berbicara.
Juruulas
Juruhebah
Jurucakap
Juruacara
_______________________ lagu yang amat popular itu sungguh berpengalaman.
Pengarang
Penggubah
Pengubah
Penulis
Azra merupakan anak yang _________________________ dalam keluarga.
pendua
perdua
kedua
ketua
Setiap ____________ akan mendapat durian runtuh daripada kerajaan apabila kerajaan mengumumkan kenaikan gaji kakitangannya.
pesakit
pesara
pelabur
pesawah
Pihak ____________________________ sekolah itu telah berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang sukan.
pentadbir
pengusaha
pengetua
pemikir
Air kelapa dapat dijadikan _____________ penyakit demam panas.
pentawar
pengawal
penawar
penghidap
... juga akhirnya oleh mereka gunung yang tinggi itu.
Terpanjat
Terdaki
Terharung
Ternaik
Baju batik itu tidak luntur warnanya walaupun ... beberapa kali.
dibasuh
dibilas
diperah
digosok
Haziq dan Hezlina terpaksa menjelaskan perkara yang sebenarnya setelah ... oleh ibu mereka.
diminta
diarah
diperintah
didesak
Bukit yang tinggi itu telah ... untuk membina rumah-rumah
mewah yang tinggi harganya.
ditolak
dipotong
ditarah
dipangkas
Pisau ini ... oleh datuk sehingga tajam.
diasak
digosok
diasah
dikikis
... oleh kakak lidi itu sebelum diikat dan dijadikan penyapu.
Dihiris
Dinipiskan
Dipotong
Diraut
Beberapa ekor kelawar kelihatan ... pada dinding gua itu.
bergantung
bergayut
berayun
berpegang
Kereta yang dipandu dengan laju itu ... ke dalam gaung setelah hilang kawalan.
terpelanting
tersungkur
terperosok
terhumban
Ibu menggunakan air yang ... oleh kakak untuk membancuh kopi.
direbus
dijerang
dididih
dimasak
Ahmad jatuh ... setelah ... seketul batu di tepi kolam itu.
telentang … terpijak
tersungkur … tersepak
terduduk … tertendang
tergolek … terkuis
Bahasa Melayu sepatutnya _____ dalam segala urusan rasmi dalam negara dan menjadi bahasa pengantar utama dalam kehidupan harian kita.
menggunakan
dipergunakan
gunakan
digunakan
Segelintir rakyat Malaysia masih tidak _____ dan memahami kemampuan dan kewibawaan bahasa Melayu.
menghargakan
hargai
menghargai
dihargai
Kursus bahasa Melayu sememangnya ______ di pelbagai negara sebagai bahasa kedua.
diajar
mengajar
diajarkan
mengajarkan
Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa perlu _____ minat dan jati diri yang mendalam terhadap bahasa Melayu.
tunjukkan
ditunjukkan
menunjukkan
menunjuk
Orang ramai perlu rajin _____ bahan bacaan dalam bahasa Melayu agar dapat meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
membacakan
dibacakan
terbaca
membaca
Semua rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk _____ kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
martabatkan
memartabat
memartabatkan
dimartabatkan
Guru Bahasa Melayu menggalakkan kami membaca majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk _____ lebih banyak kosa kata.
menguasakan
dikuasai
menguasai
berkuasa
Dasar Bahasa Kebangsaan _____ oleh pihak kerajaan untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.
dikenali
diperkenalkan
mengenali
memperkenalkan
Penggunaan bahasa yang baik _____ identiti bangsa.
melambangkan
dilambangkan
melambang
dilambang
Kita harus berusaha untuk _____ persepsi masyarakat terhadap kemampuan bahasa Melayu berada di tempat rasmi dan pentas antarabangsa.
membetul
dibetulkan
betulkan
membetulkan
