NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA TAHUN 5
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
1. Hubungan kedua-dua orang saudara kembar
itu sangat erat dan sukar dipisahkan ______
A bagai hempedu dengan permata
B seperti bulan dipagari bintang
C seperti cincin dengan permata
D bagai kunyit dengan kapur
2. Kumpulan Marikh bekerjasama untuk
menyiapkan projek Sains dalam masa yang
ditetapkan.
A seperti cincin dengan permata
B seperti tikus jatuh ke beras
C bagai aur dengan tebing
D bagai isi dengan kuku
3. Kita hendaklah mengingati kebaikan
seseorang. Janganlah kita menjadi seperti
__________.
A kacang lupakan kulit
B serampang dua mata
C melukut di tepi gantang
D bersatu teguh bercerai roboh
4. Persahabatan antara Azimah dengan Salina
memang akrab _____________.
A bagai isi dengan kuku
B bagai aur dengan tebing
C bagai pinang dibelah dua
D bagai pahat dengan penukul
5. Hakimi _________ kerana merosakkan
komputer yang hendak dibaiki walaupun
tidak tahu cara membaikinya.
A seperti katak di bawah tempurung
B seperti kerbau dicucuk hidung
C seperti kera mendapat bunga
D seperti tikus membaiki labu
6.Pasangan pengantin yang sama cantik dan
padan.
A seperti isi dengan kuku
B seperti gergaji dua mata
C seperti bumi dengan langit
D seperti cincin dengan permata
7.Pak Pandir mengikut apa sahaja yang di-
suruh oleh Mak Andah tanpa banyak
soal ________.
A seperti kera mendapat bunga
B seperti kerbau dicucuk hidung
C seperti katak di bawah tempurung
D seperti orang buta kehilangan tongkat
8.Azizi memang tidak pandai menghargai
hadiah yang diberikan oleh tunangnya.
A Seperti mendukung biawak hidup
B Seperti melepaskan anjing tersepit
C Seperti kera mendapat bunga
D Seperti kacang lupakan kulit
9.Pak Uda _________ kerana tercengang-
cengang apabila melihat bangunan tinggi
di Kuala Lumpur.
A seperti cacing kepanasan
B seperti cicak makan kapur
C seperti rusa masuk kampung
D seperti katak di bawh tempurung
10.Encik Malek dan Puan Faezah menjaga
anak bongsunya dengan penuh kasih sayang
_____________.
A bagai aur dengan tebing
B bagai pahat dengan penukul
C bagai melepaskan batuk di tangga
D bagai menatang minyak yang penuh
