wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA BANTU

Total questions: 30

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Walaupun sudah ditegur beberapa kali, Vincent masih tidak _______ mendengar nasihat daripada ibu bapanya.

a)

pernah

b)

mahu

c)

mesti

d)

boleh

2.

Cikgu Dayana telah memberi tempoh selama dua minggu untuk menyiapkan Folio Sains tetapi malangnya tiada sesiapa pun yang _________ menyiapkannya.

a)

telah

b)

belum

c)

pernah

d)

hendak

3.

Larry dan Richmond telah menghadiri ujian pemilihan bola sepak selama dua hari dan akhirnya mereka _________ mewakili sekolah.

a)

sedang

b)

mahu

c)

mesti

d)

boleh

4.

Semua calon PT3 ________ membawa kad pengenalan ke dalam dewan peperiksaan.

a)

masih

b)

mesti

c)

akan

d)

pernah

5.

Setelah seharian mendaki Gunung Santubong, para peserta keletihan dan mereka ____________ berehat secukupnya sebelum meneruskan pendakian.

a)

pernah

b)

telah

c)

perlu

d)

akan

6.

Bagi mengelakkan diri kita daripada terkena jangkitan Covid-19, kita _______ lah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

a)

akan

b)

mahu

c)

hendak

d)

sedang

7.

Setelah menghuni rumah tersebut selama sebulan kami ____________ mengenali jiran tetangga.

a)

tidak akan

b)

masih belum

c)

sedang akan

d)

sudah pernah

8.

Setelah menghadapi pelbagai halangan dan rintangan akhirnya pasukan bola sepak SMK Tatau _______ menjadi juara peringkat daerah.

a)

akan

b)

mesti

c)

sudah

d)

telah

9.

Puan Syahirah ____________ meninggalkan rumah ketika telefon berdering.

a)

akan dapat

b)

masih mahu

c)

sudah dapat

d)

sedang hendak

10.

Evelin ______________ gagal dalam subjek Matematik kerana itulah dia tekun belajar sekarang.

a)

masih belum

b)

sudah pernah

c)

masih sedang

d)

belum pernah

11.

Peserta-peserta daripada pasukan SMK Tatau itu ___________ mengaku kalah dalam pertandingan itu.

a)

masih belum

b)

telah pernah

c)

mesti mahu

d)

masih akan

12.

Pada bulan Julai nanti, ayah _____________ membawa kami sekeluarga ke Pulau Langkawi.

a)

pernah

b)

masih

c)

dapat

d)

akan

13.

Lagu-lagu hasil karya penggubah terkenal itu ____________ menembusi pasaran antarabangsa.

a)

mesti sedang

b)

mesti mahu

c)

sudah pernah

d)

akan pernah

14.

Semua hidupan di muka bumi ini ____________ mati.

a)

mesti akan

b)

mesti belum

c)

masih belum

d)

masih sedang

15.

Albert Kiong yang kuat makan itu ___________ menghabiskan dua pinggan nasi ayam.

a)

hendak

b)

pernah

c)

dapat

d)

masih

16.

"Atiqa ________ belajar rajin-rajin untuk berjaya," kata ibunya.

a)

mesti

b)

mahu

c)

belum

d)

pernah

17.

Kenal pasti pernyataan berikut betul atau salah.


Kata bantu membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

a)

betul

b)

salah

18.

Pilih dua jawapan.


Kata bantu terbahagi kepada dua jenis iaitu

a)

aspek

b)

masih

c)

ragam

d)

akan

19.

"Sudah, telah, pernah" merupakan contoh bagi kata bantu

a)

aspek

b)

ragam

c)

sifat

d)

kerja

20.

Kenal pasti pernyataan berikut betul atau salah.


Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama.

a)

betul

b)

salah

21.

Kenal pasti pernyataan berikut betul atau salah.


Kata bantu aspek yang menerangkan ragam yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan seseorang itu.

a)

betul

b)

salah

22.

Pilih gabungan Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam

a)

harus sudah

b)

mesti telah

c)

belum boleh

d)

mesti akan

23.

Yang manakah merupakan contoh kata bantu ragam

a)

pernah

b)

masih

c)

hendak

d)

akan

24.

Yang manakah merupakan contoh kata bantu aspek

a)

mahu

b)

pernah

c)

dapat

d)

boleh

25.

Berikah satu contoh kata bantu ragam

(a)  

26.

Tandakan contoh kata bantu ragam

a)

hendak

b)

mahu

c)

dapat

d)

akan

27.

Tandakan contoh kata bantu aspek

a)

sudah

b)

boleh

c)

telah

d)

pernah

28.

Antara berikut yang manakah penggunaan kata bantu yang betul?

a)

Jerebu boleh diatasi jika pembakaran terbuka dihentikan

b)

Jerebu dapat diatasi sekiranya pembakaran terbuka dihentikan

29.

Antara berikut yang manakah penggunaan kata bantu yang betul?

a)

Mahukah kamu ikut saya?

b)

Hendakkah kamu ikut saya?

30.

Antara berikut yang manakah penggunaan kata bantu yang betul?

a)

Christina menulis masih bukunya.

b)

Christina masih menulis bukunya.