NEW
Font size
WorksheetsKata Bilangan
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Selina meminta izin daripada bapanya untuk makan angin Pulau Pangkor selama ______ hari.
setiap
sekalian
separuh
beberapa
Anggota polis telah menembak mati ______ orang perompak yang merompak sebuah bank di ibu kota kota semalam.
segala
sebilangan
kelima
lima
Festival makanan itu mempamerkan ______ jenis kuih tempatan yang terdapata di Malaysia.
sebahagian
seluruh
pelbagai
pelbagai-bagai
Katherina mendapat tempat _______ dalam pertandingan lari 100 meter dalam sukan tahunan.
satu
kesatu
johan
pertama
_______ cara dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di pusat-pusat bandar.
Ribuan
Semua
Setengah-tengah
Berbagai-bagai
______ ekor lembu telah disembelih untuk jamuan di majlis itu.
Empat
Keempat-empat
Keempat-keempat
Empat-empat
Zaiton membela _____ ekor kucing Siam.
beberapa
sekumpulan
sekandang
seluruh
Hisyam membelikan ______ buah kereta mainan untuk adiknya.
beberapa
setiap
berjenis-jenis
dua
Ayam ternakan Pak Hisham menghasilkan _____ biji telur sehari.
seratus
beratus-ratus
ratusan
ratus
Kamu diberi masa selama ______ jam untuk menjawab soalan ini.
setengah
satu-satu
beberapa
berpuluh-puluh
Farihah memperuntukkan ______ daripada gajinya untuk membeli pakaian.
seratus
beratus-ratus
suku
seluruh
Setelah _____ merantau di negeri orang, akhirnya dia pulang juga.
bertahun-tahun
berdua-dua
kelima-lima
berpuluh-puluh
Cuaca yang berjerubu telah mengakibatkan _______ orang dimasukkan ke hospital.
ketiga-tiga
berpuluh-puluh
berhari-hari
sepuluh-puluh
Masukkan ______ bahan yang telah ditumbuk dan rebus sehingga masak.
sekalian
semua
segelintir
seluruh
“______ murid mesti melibatkan diri dalam bidang kokurikulum,” kata Cikgu Abu.
Setiap
Semua
Masing-masing
Berpuluh-puluh
_____ pagi bapa makan dua biji telur sebelum pergi ke pejabat.
Sebilangan
Berhari-hari
Masing-masing
Tiap-tiap
Kebakaran yang berlaku semalam telah memusnahkan _____ daripada kawasan perumahan setinggan itu.
satu
seluruh
setiap
separuh
Datuk Faisal telah menjemput ______ orang tetamu majlis hari lahirnya.
ratusan
dua ratus
beratus
beratus-ratus
_____ lamanya Puan Siti menenun kain songket itu.
Bertahun-tahun
Beratus-ratus
Berminggu-minggu
Berabad-abad
Bas yang datang dari bandar itu tiba setelah ______ dia menunggu.
berhari-hari
berjam-jam
bertahun-tahun
berabad-abad
