WorksheetsPEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR PART 2
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Proses manakah dalam kitar air yang melibatkan tumbuhan?
Penyejatan
Transpirasi
Kondensasi
Hujan
Antara yang berikut, yang manakah dapat membantu dalam mengekalkan keseimbangan alam?
Bencana alam
Kitar semula jadi
Pencemaran alam
Pembakaran
Antara berikut, yang manakah kesan bencana alam terhadap keseimbangan alam?
Pencemaran
Kanser kulit
Perubahan populasi organisma setempat
Kemarau berpanjangan
Apakah akibat pembakaran bahan api fosil secara tidak terkawal?
Kekurangan tangkapan ikan
Pencemaran udara
Kemusnahan hutan
Kepupusan spesis
Apakah cara yang paling berkesan untuk melupuskan bahan buangan plastik?
Menanam di dalam tanah
Kitar semula
Membakar plastik
Membuang ke dalam sungai
Apakah bahan pencemar yang akan membunuh hidupan akuatik?
Karbon dioksida
Karbon monoksida
Merkuri
Kloroflorokarbon
Mengapakah perlu untuk memasang pemendak elektrostatik pada serombong kilang?
Untuk mengelakkan kerugian
Untuk mengawal pemangsa
Untuk menarik zarah-zarah bahan pencemar
Untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida
Antara organisasi berikut, yang manakah terlibat dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutan?
MARDI
MPOB
FELDA
FRIM
Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan hidupan akuatik tidak mengalami kepupusan?
Membina tukun tiruan untuk pembiakan ikan
Menggalakkan penggunaan pukat tunda
Menangkap ikan yang kecil sahaja
Membuang sampah ke dalam laut
Antara masalah berikut, yang manakah tidak akan dihidapi oleh manusia disebabkan oleh penipisan lapisan ozon?
Kanser kulit
Mutasi
Katarak mata
Kencing manis
