Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T1 : 1.1 - Sains adalah Sebahagian drpd Kehidupan Seharian

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan sains?

a)

Rekaan silap mata untuk mengelirukan orang ramai.

b)

Ilmu mantik yang melibatkan pemerhatian terhadap fenomena alam.

c)

Disiplin ilmu yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen yang sistematik terhadap fenomena alam semula jadi.

d)

Bidang ilmu yang melibatkan hipotesis dan kesimpulan melalui pemerhatian yang dilakukan.

2.

Bidang sains yang mengkaji organisma seni ialah

a)

Botani

b)

Geologi

c)

Mikrobiologi

d)

Zoologi

3.

Antara berikut yang manakah BUKAN fenomena semulajadi?

a)

Kejadian pelangi

b)

Kemalangan jalan raya

c)

Matahari terbit

d)

Kejadian petir

4.

Dalam proses sains, bagaimanakah hipotesis yang dibentuk dapat diuji?

a)

Melakukan eksperimen

b)

Mengenal pasti masalah

c)

Membuat inferens

d)

Membuat kesimpulan

5.

Suatu eksperimen dijalankan untuk membuktikan bahawa semakin besar luas keratan rentas dawai, semakin rendah rintangannya. Apakah pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini?

a)

Rintangan dawai

b)

Panjang dawai

c)

Diameter dawai

d)

Suhu

6.

Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud hipotesis dengan paling tepat?

a)

Hipotesis ialah suatu pernyataan tentang hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas

b)

Hipotesis ialah suatu pernyataan mengenai penyiasatan yang kebenarannya telah dibuktikan

c)

Hipotesis ialah keputusan suatu penyiasatan

d)

Hipotesis ialah suatu tafsiran data yang dikumpulkan semasa penyiasatan

7.

Manakah antara berikut kerjaya dalam sains bagi bidang Biologi?

a)

Ahli geologi

b)

Jurutera

c)

Ahli meteorologi

d)

Ahli zoologi

8.

Sains terbahagi kepada beberapa cabang bidang sains. Bidang sains geologi ialah

a)

Kajian tentang cuaca dan iklim

b)

Kajian tentang batuan, tanah dan garam mineral

c)

Kajian tentang bintang, planet dan objek lain dalam alam semesta

d)

Kajian tentang benda hidup

9.

Berikut adalah kepentingan sains dalam kehidupan kecuali

a)

menyumbang kepada kejuruteraan dalam pembinaan bangunan tinggi pencakar langit

b)

penemuan vaksin dan antibiotik untuk peyakit

c)

meningkatkan hasil tanaman melalui penggunaan baja yang dipatenkan oleh MARDI

d)

membina model kereta yang sama melalui peniruan rekaan

10.

Manakah antara berikut kerjaya dalam sains bagi bidang Fizik?

a)

Ahli geologi

b)

Ahli astronomi

c)

Ahli botani

d)

Ahli forensik