wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa Melayu

Total questions: 20

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia __________ .

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta mata

2.

Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik __________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

3.

Aziz dan anak-anaknya __________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah kanan

b)

langkah bendul

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

4.

Puan Nurin masih __________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

geli hati

b)

makan hati

c)

cekal hati

d)

isi hati

5.

Ramli sering menggunakan __________nya untuk menipu guru apabila tidak siap kerja sekolah.

a)

lidah bercabang

b)

buta huruf

c)

tangkai jering

d)

akal belut

6.

Semua barang itu dijual dengan __________ dalam Pameran Jom Heboh.

a)

tanda mata

b)

harga diri

c)

harga mati

d)

tanda harga

7.

Pada malam itu, Shamimi __________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

a)

pekak badak

b)

lepas tangan

c)

makan hati

d)

tidur mati

8.

Pengadil bola sepak itu dikritik oleh para penonton kerana __________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

angkat kaki

d)

lepas tangan

9.

Shahrul mengambil sekeping roti berkrim sebagai __________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

10.

Jelaskan maksud peribahasa berikut:

Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

a)

Makin kaya (berilmu) makin sombong.

b)

Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

c)

Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya apabila merendah diri.

d)

Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya.

11.

Jangan __________ menuduh orang lain kalau tidak ada bukti yang kukuh.

a)

diam-diam ubi berisi

b)

angkat muka

c)

serkap jarang

d)

curi tulang

12.

Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud __________.

a)

Terlalu banyak pada sesuatu masa.

b)

Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.

c)

Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.

d)

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

13.

Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?

a)

Timun dengan durian

b)

Timun tidak berduri

c)

Ibarat mentimun dengan durian

d)

Isi durian tidak sama dengan timun

14.

Peribahasa yang berkaitan dengan gambar ialah __________.

a)

Dimana ada udang di situ ada garam

b)

Ada udang di sebalik garam

c)

Ada udang ada garam

d)

Udang goreng bergaram

15.

Apakah peribahasa yang sesuai dengan gambar?

a)

Naik rakit jika tak pandai berenang

b)

Berakit senang, berenang pun senang

c)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

d)

Berakit atau berenang lebih mudah

16.

Seperti ular __________.

a)

kena pukul

b)

kena tangkap

c)

kena palu

d)

kena tarik

17.

Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut:

a)

Bagaimana contoh begitulah gubahannya

b)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

c)

Bagaimana tepuk, begitulah tarinya

d)

Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai yang tak rata

18.

Berikan peribahasa yang sesuai dengan gambar.

a)

Bagaikan kacang suka makan kulit

b)

Umpama kulit kacang yang bersepah

c)

Seperti kulit lupakan kacang

d)

Bagaikan kacang lupakan kulit

19.

Antara berikut, maksud yang manakah bertepatan dengan peribahasa di atas?

a)

Janji yang mesti ditepati

b)

Jangan mudah melafazkan janji

c)

Manusia memang mudah lupa janji

d)

Janji hanya dikeluarkan oleh mulut bukan di hati

20.

Apakah maksud peribahasa ini?

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

a)

Perbuatan yang sia-sia.

b)

Kita patut berbuat baik kepada semua orang.

c)

Buat sesuatu biar berpada-pada.

d)

Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.