Font size
WorksheetsPEMAHAMAN TAHUN 4 SET 2
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Hafiz mengambil _____ kertas lalu menulis karangan yang disuruh oleh Cikgu Lee.
sebaris
sebuku
sehelai
secebis
Saiful memancing ikan di sungai yang terletak di belakang rumahnya dengan menggunakan _____ joran.
sebatang
sepucuk
sebilah
sekaki
Mei Ling _____ peperiksaan UPSR pada bulan September nanti bersama-sama tiga orang rakan baiknya.
terduduk
penduduk
menduduki
mendudukkan
_____ peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan sepak takraw itu hebat-hebat belaka.
Kedua
Setengah
Para-para
Kebanyakan
Puan Mariam menambahkan sedikit garam ke dalam kuah gulai itu kerana ia terlalu _____ .
cair
tawar
pekat
masin
Petani yang mengerjakan sawah itu bekerja _____ untuk mendapatkan rezeki bagi menyara hidup keluarganya.
mati-matian
sakit-sakitan
besar-besaran
sambil-sambilan
Ibu sedang _____ bawang di dapur untuk memasak lauk yang enak.
mengisar
mencanai
menghiris
mengadun
Walaupun sudah menjadi seorang _____ hasil kejayaan perniagaannya, beliau tidak pernah melupakan jasa keluarga kepadanya.
jutawan
karyawan
angkasawan
olahragawan
Pemohon yang mengisi borang untuk mengisi jawatan kosong di kilang itu mesti menjalani _____ terlebih dahulu sebelum dipilih.
uji bakat
latih tubi
temu duga
temu ramah
Samsul turut membuat nota ringkas sewaktu guru mengajar untuk lebih memahami isi-isi penting yang diajar.
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan nota.
ukiran
catatan
lakaran
karangan
Kita mestilah menjaga keselamatan di jalan raya seperti memakai pakaian yang berwarna cerah apabila berjalan pada waktu malam.
Pilih perkataan antonim bagi cerah.
gelap
malap
hitam
suram
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "ahli"dengan betul.
Pendaftaran ahli kelab catur akan diadakan di dewan.
Ramai ahli askar yang menyertai perbarisan itu.
Ahli Persatuan Bahasa Melayu akan bermesyuarat ada petang ini.
Encik Azhar mengupah ahli tukang untuk membaiki dapur rumahnya.
Kejayaan Shalini dalam pelajaran menjadi _____ penduduk kampungnya.
bulat kata
buah mulut
langkah kanan
tulang belakang
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
"Perusahaan membuat keropok sudah lama diusahakan di Kampung Kedai Buloh, " kata Pak Samad.
Pak Samad sudah lama mengusahakan perusahaan membuat keropok di Kampung Kedai Buloh.
Perusahaan membuat keropok Pak Samad sudah lama dimajukan di Kampung Kedai Buloh.
Menurut Pak Samad Kampung Kedai Buloh sudah lama mengusahakan perusahaan membuat keropok.
Pak Samad memberitahu bahawa perusahaan membuat keropok di Kampung Kedai Buloh sudah lama diusahakan.
Pilih ayat yang betul.
Betul besar badan lelaki yang tinggi itu.
Rasa buah mangga putik itu sungguh masam.
Ani merupakan perempuan yang tercantik sekali di kampung itu.
Pisau yang digunakan oleh ibu untuk memotong sayur tajam terlalu.
