Font size
WorksheetsBahasa Melayu
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Siapakah yang menemui Dahlia dan memberitahu bahawa ada seorang lelaki ingin menemuinya di kantin?
Siti Wangi
Kavita
Geetha
Mengapakah Azhari datang berjumpa Dahlia di sekolah?
Menghantar barangan
Memaklumkan bahawa keluarganya akan datang merisik Dahlia
Memberitahu bahawa dia akan mendapat ijazah pada bulan Julai
Siapakah yang menegur Dahlia semasa dia turun dari kereta Azhari?
Aton
Nek Kiah
Zaiton
Mengapakah Dahlia memarahi Melati?
Membiarkan adiknya Anggerik menangis
Susu yang dibuat oleh Melati terlalu cair
Melati tidak mahu ke kedai Tauke Lim
Di manakah Dahlia berjumpa emaknya dan bagaimanakah keadaan emaknya?
Di rumah Nek Kiah dan sedang bersiap untuk pulang ke rumah
Di kebun getah sedang bercakap sendirian
Di kebun getah sedang menoreh getah
Apakah yang dilakukan oleh Embong sehingga menimbulkan kemarahan ibu Saleha?
Mengurung Saleha di dalam bilik
Mengikat Saleha
Membiarkan Saleha merayau-rayau
Berikan tema novel Songket Berbenang Emas.
Kecekalan seorang gadis mengharungi kehidupan yang penuh cabaran..
Ketabahan seorang gadis yang menhadapi cabaran dalam kehidupan.
Kegigihan seorang gadis dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.
Embong teringat semula perbualannya dengan Saleha mengenai ibu mertuanya.
Berikan teknik plot yang menggambarkan pernyataan tersebut.
Teknik imbas kembali
Teknik imbas muka
Teknik pemerian,
Apakah yang diberitahu Saleha kepada Embong?
Nek Kiah tidak suka akan keluarga mereka.
Anak-anak mereka tidak diumpamakan sebagai cucu oleh ibunya.
Saleha terasa ada bayang-bayang mengejarnya dan dia sering terdengar suara yang pelik-pelik.
Huraian yang salah tentang Abu Bakar.
Menjual kambing ayahnya untuk membayar yuran sekolah.
Rela menjadi gelandangan.
Mendapat gred 3 dalam SPM
Dahlia ditanya oleh .................................punca kelewatannya ke sekolah dan meminta Dahlia berjumpa dengannya pada petang itu.
Cikgu Salwani
Cikgu Hisyam
Cikgu Hazwani
Haji Sulaiman telah memberitahu Dahlia bahawa emaknya telah dibawa ke .............................................
Hospital Permai, Johor Bahru
Hospital Batu Pahat
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Apakah punca emak Dahlia gila menurut pendapat Nek Kiah?
Rumah mereka telah dilanggar hantu dan penuh syaitan.
Emak Dahlia terkena buatan orang.
Emak Dahlia terkena sampuk.
Tuduhan Aton terhadap Dahlia dan Embong ialah.................
Dahlia yang menyebabkan Said mati dan Embong yang mahu Said mati.
Dahlia dan Embong tidak cuba untuk menyelamatkan anaknya. Said.
Dahlia dan Embong berdendam kepadanya.
Mengapakah Dahlia ketakutan semasa Embong membawa pulang ular sawa ke rumah ?
Dia memang takut ular sawa.
Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa yang cuba membelitnya.
Ular sawa yang dibawa Embong masih hidup.
Mengapakah Seman pergi ke rumah Nek Kiah?
Untuk memberitahu bahawa dia malu apabila orang bercakap tentang adiknya Saleha yang dibawa ke hospital.
Seman mencadangkan agar tanah yang diduduki Embong diserahkan kepadanya.
Seman berjanji untuk mencari pembeli tanah yang diduduki Embong agar tanah itu dapat dijual.
Bagaimanakah keadaan Saleha semasa Dahlia dan Azhari melawatnya?
Saleha tidak mengenali Dahlia dan mengatakan Dahlia seorng pengutip hutang.
Saleha menyuruh Dahlia pergi dari situ.
Saleha meminta agar Dahlia menziarahinya lagi.
Mengapakah Tauke Lim berasa hampa apabila dia datang untuk membeli kambing Embong?
Embong tidak ingin menjualkan kambingnya kepada Tauke Lim.
Embong cuba menaikkan harga untuk kambingnya.
Embong memberitahu bahawa kambingnya telah hilang.
Siapakah yang ingin berhenti sekolah untuk menjaga adik-adiknya semasa Embong dimasukkan ke hospital?
Melati
Anggerik
Mawar
Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk.....................................
menziarahi Dahlia selalu untuk bertanya khabar
membuat salinan nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah
memberi sumbangan kepada Dahlia
Berapakah jumlah wang yang perlu dibayar oleh keluarga Dahlia jika mereka ingin terus tinggal di tanah Nek Kiah?
RM12000
RM15000
RM18000
Siapakah yang meminta Dahlia mengajar anaknya Bahasa Melayu kerana anaknya bakal mengambil peperiksaan SRP?
Tauke Lim dan anaknya Anne
Tauke Lim dan anaknya Ann
Tauke Tan dan anaknya Anny
Kehadiran Najib dan Azhari ke rumah Dahlia menyebabkan ...........................memandang serong kepada Dahlia.
Saleha
Haji Sulaiman
Nek Kiah
Bagaimanakah Embong mengenakan Nek Kiah apabila Nek Kiah datang mengingatkan Dahlia bahawa tanah tersebut akan dijual?
Memarahi dan menghalau Nek Kiah
Menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan senang hendak memotong leher.
Menggunakan pisau yang sedang dipegangnya untuk menyembelih ayam bagi menakutkan Nek Kiah
Berikan peristiwa yang telah berlaku semasa Dahlia ke balai raya untuk membantu persiapan memasak Majlis Maulidur Rasul.
Aton memberitahu isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia membawa lelaki silih berganti ke rumahnya.
Abu Bakar telah hilang sabar dan memukul Aton.
Haji Sulaiman gembira kerana banyak penduduk kampung yang membantu membuat persiapan.
Abu Bakar telah memujuk Dahlia.
Dahlia memberitahu telah banyak dugaan yang dihadapinya.
Abu Bakar telah memberitahu bahawa dialah yang mencuri kambing milik ayahnya.
Teknik binaan plot di atas ialah....
Perumitan
Klimaks
Peleraian
Di manakah Abu Bakar telah berjumpa kain merah yang sudah reput dan mengandungi pelbagai bahan untuk tujuan sihir?
Di hadapan rumah mereka
Di bawah rumahnya
Di dalam rumahnya
Siapakah yang menemani Dahlia ke rumah Nek Kiah?
Najib
Azhari
Abu Bakar
Mengapakah Nek Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong?
Keluarga Embong melayan Nek Kiah dengan baik semasa dia sakit.
Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas keluar dari hospital.
Keluarga Seman ingin membawanya pulang ke rumah.
Apakah yang berlaku setelah rumah Embong roboh semasa banjir?
Nek Kiah telah memberi Embong rumah baharu.
Nek Kiah telah mengajak Embong sekeluarga tinggal di rumahnya.
Nek Kiah meminta Seman mencari pembeli baharu.
Mengapakah Embong tidak membenarkan Dahlia berhenti sekolah dan bekerja di kilang?
Dia ingin Dahlia mencari pekerjaan lain.
Dia ingin Dahlia belajar hingga ke universiti kerana ilmu amat penting pada masa depan.
Pekerjaan di kilang memenatkan dan jauh dari kampung mereka.
Mengapakah Dahlia tidak berjumpa dengan Azhari semasa majlis pertunangan?
Azhari tidak hadir ke majlis tersebut.
Azhari datang lewat kerana menunggu bapa saudaranya .
Dahlia merajuk dan lari ke Kuala Lumpur.
Nyatakan perkara yang diberitahu oleh Cikgu Daim ketika datang ke rumah Embong.
Dahlia terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti di Jepun dalam Kursus Pengurusan Pentadbiran.
Dahlia akan belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama setahun.
Dahlia akan belajar di Jepun selama empat tahun.
Apakah pesanan Azhari ketika menghadiahi Dahlia songket berbenang emas?
Azhari berpesan agar Dahlia akan sentiasa mengingati janji mereka.
Azhari meminta Dahlia menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.
Azhari berharap Dahlia akan selalu berkirim khabar dan tidak melupakannya.
Embong sayang akan keluarganya dan sanggup bekerja keras untuk menyara keluarganya. Persoalan yang boleh diberikan berdasarkan huraian tersebut ialah.............
Kasih sayang antara ahli keluarga.
Persoalan kasih sayang seorang bapa kepada keluarganya.
Persoalan kasih sayang.
Berikan perwatakan watak utama iaitu Dahlia dalam Songket Berbenang Emas.
Seorang yang cekal, kerana walaupun pelbagai dugaan menimpa hidupnya, namun Dahlia tetap cekal menghadapinya.
Dahlia berani terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.
Dia penyayang dan menyayangi keluarganya.
Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah ketika ibu dan ayahnya berada di hospital dan pada masa yang sama beliau tetap belajar dan meminjam nota daripada Kavita dan Siti Wangi.
Apakah binaan plot yang boleh dikaitkan dengan peristiwa tersebut?
Klimaks
Konflik
Saspens
Jelaskan peristiwa yang boleh dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak sampingan.
Dahlia menahan sabar ketika Aton memburukkannya kepada orang kampung.
Orang kampung membantu dan bekerjasama membina semula rumah Embong yang musnah akibat banjir.
Dahlia dan ibunya , Saleha bekerjasama menjaga Nek Kiah setelah Nek Kiah keluar dari hospital.
Unsur saspens dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan. Pilih peristiwa yang boleh menjelaskan unsur saspens dalam novel SBE.
Peristiwa Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.
Peristiwa Nek Kiah yang insaf atas segala kesalahannya.
Peristiwa Azhari memberitahu Dahlia bahawa dia hanya bekerja sambilan di hospital.
Tauke Lim sering membantu keluarga Embong dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Dia memberikan sumbangan ikhlas sebanyak RM300 kepada Dahlia untuk membantunya mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya. Dia juga memberi sumbangan semasa Majlis Maulidur Rasul. Dia juga sanggup membantu ketika Nek Kiah ingin menjual tanah yang menjadi tapak rumah Embong .
Berikan latar masyarakat berdasarkan huraian di atas.
Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup.
Masyarakat yang mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.
Masyarakat yang ikhlas membantu tanpa mengharapkan balasan.
Latar tempat semasa Dahlia belajar di Tingkatan Enam dan tinggal di asrama sekolah tersebut.
Sekolah Menengah Sultan Ismail.
Sekolah Menengah Haji Rais
Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim
Dahlia rajin mengulang kaji pelajaran walaupun ketika berada di pusat pemindahan banjir yang tidak selesa.
Berikan nilai yang boleh didapati daripada peristiwa itu.
Nilai rajin
Nilai ketekunan
Nilai kerajinan
Aton bersangka buruk terhadap Dahlia apabila melihat Dahlia dihantar oleh Azhari . Perbuatannya menimbulkan perselisihan faham antara masyarakat.
Berikan pengajaran yang boleh didapati daripada peristiwa tersebut.
Perbuatan menfitnah boleh membawa kehancuran dalam masyarakat.
Kita janganlah bersangka buruk terhadap orang lain.
Janganlah kita mengikut perangai ini.
Kalimah itu menerjah ke gegendang telinganya.
Berikan gaya bahasa di atas.
Metafora
Hiperbola
Personifikasi
Bunga kebahagiaan semacam kepunyaannya.
Gaya bahasa di atas ialah
Anafora
Hiperbola
Metafora
Bagai mahu luluh jiwa Dahlia mendengar kalimat itu merupakan gaya bahasa ......
Metafora
Simile
Asonansi
Kepiluan kian menggunung.
Gaya bahasa tersebut menunjukkan
simile
hiperbola
metafora
Berikan gaya bahasa di bawah.
"Khamis ini kita perlu bentangkan".
Simile
Personifikasi
Inversi
Penulis novel Songket Berbenang Emas ialah .....................
Khairuddin Ayip
Khairudin Ayib
Zainudin Ayit
Pada tahun berapakah novel Songket Berbenang Emas mendapat tempat pertama dalam Peraduan Menulis Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)?
Tahun 1990
Tahun 1995
Tahun 2000
