wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SIMPULAN BAHASA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Timah digelar ______ kerana tidak tahan akan panas matahari.

a)

otak cair

b)

puteri lilin

c)

bunga dedap

d)

batu loncatan

2.

Qaireen ______ hendak menjadi guru apabila dewasa nanti.

a)

ambil hati

b)

bulat hati

c)

sakit hati

d)

berat hati

3.

Farish disayangi oleh ibunya kerana ______ membantu ibunya membuat kerja rumah.

a)

ambil angin

b)

berat tulang

c)

banyak lemak

d)

ringan tulang

4.

Johan yang ______ hanya melihat rakan-rakannya bermain bola dari tepi padang.

a)

iri hati

b)

ada angin

c)

cakap besar

d)

kaki bangku

5.

Mereka sekeluarga terpaksa ______ untuk menjimatkan perbelanjaan rumah tangga.

a)

ikat perut

b)

cepat tangan

c)

berat sebelah

d)

panjang akal

6.

Danial memberikan sebentuk cincin kepada ______ nya sempena hari ulang tahun gadis itu.

a)

buah mulut

b)

buah cakap

c)

buah hati

d)

buah tangan

7.

Zainab ______ apabila melihat pasu bunga yang cantik-cantik di kedai itu.

a)

buta mata

b)

cahaya mata

c)

rambang mata

d)

gelap mata

8.

Keluarga amat ______ tentang prestasi akademik dan masalah saya.

a)

mengambil hati

b)

mengambil berat

c)

terhutang budi

d)

bersambung nyawa

9.

Kak Siti sedang ______ untuk mengembangkan perniagaan nasi lemaknya.

a)

cari jalan

b)

ikut jejak

c)

jalan buntu

d)

panjang akal

10.

Encik Mohamad dan isterinya baru saja menimang ______ lelaki setelah mempunyai dua orang anak.

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

besar hati

d)

cahaya mata